LIKE

Saturday, December 4, 2010

Berjalan-jalan cari pasal hari sabtu

Post kali ni nak cite pasal family kami berjalan-jalan pada hari sabtu mencari pasal...hehehe...

4/12/2010
[9:30 am] - Keluar dari rumah gi breakfast dulu la... perut sudah lapar dong.. lokasi- Restoran ABC (Always Best Choice) trademark restoran ni la... kalau tak caya, lenkali aku upload pic k.. kitorang makan roti canai ngan roti boom dan air teh tarik kurang manis je la..(jangan salah sangka lak sorang makan sampai dua roti k..i'm on diet yang tak seperti diet pon..muahaha) Aleesya lak roti bakar yang dicicahkan air milo..nyumm...nyumm..

[10:15 am] - kitorang kuar dari restoran tu dan menuju ke...BUKIT TINGGI, PAHANG... yippii...berjalan-jalan untuk bergambar.. cari pasal la tu kan... ahaks! Mak aih, jalan jem lak kat MRR2.. dah la letih pegang Aleesya.. tak leh dok diam.. dah tak mo dok kat carseat dia lelama..

[1.00 pm] - Sampai bukit tinggi dalam kul 1 tengahari. Tiket masuk kena bayar RM24 for 2 pax. tapi takpe la..sebab nak bergambar punya pasal. Ada kisah disebalik kisah tau pasal ni. tu lainkali la kalau ada masa aku cite ey. Sampai kat sana, ramai gak orang compare sebelum kitorang gi tahun lepas. Tapi gerimis da.. sian pulak kat Aleesya. risau kalau dia demam lagi.Sila baca entry ni. Amik gambar pun terhad la..

[2.20 pm] - Kami decide untuk gi GENTING HIGHLANDS lak. Dah alang-alang dekat kan. ni gara-gara ujan kat Bukit Tinggi la ni. hehe.. Odw ke sana, kami singgah R&R Genting Sempah untuk lunch dan tukar baju Aleesya. Tengah-tengah lunch ni (of kos makanan segera..), Aleesya leh membuang lak.. Terpaksa makan dengan mengunyah menelan makanan yang lom hancus tu..hehee..

[4.00 pm] - Lebih kurang la ni masa sampai Genting. Tak ingat lak kul bape sampai. Sejuk giler kat sana. Tapi kitorang tak amik outdoor atau indoor pun. Jalan-jalan cari pasal je. hehehe.. Ramai orang wey.. kan cuti sekolah.. Tunggu Aleesya besar sikit baru best nak gi theme park.

[6.00 pm] - Kitorang mau pulang. Kabus pun sangat tebal. Haaa...sampai sini je la ey.. Ngantuk ni nak taip panjang-panjang. Penat dah berjalan-jalan cari pasal satu hari ni. Gambar tunggu En. Lensabulat edit, baru leh upload k.. Tunnggguuuu...

P/S: Haaa..tertinggal lak nak cite.. Odw mau pulang tu, kami baru sedar yang gigi Aleesya dah tumbuh. Ni pun gara-gara dia geget jari En. Lensabulat. Wah!! Anak mommy dah de gigi.. hati-hati la pasni.. nanti kena geget...

Thursday, December 2, 2010

Aleesya yang Baru Baik Demam

Alhamdulillah...sekarang Aleesya dah baik demam. Harap takde la ON OFF cam ari tu. Sejak demam ni, dia dah suka menangis, manja, garang, dan suka berdiri kat tepi2 sofa. Dia pun dah pandai memanjat sofa. Memang nak kena tengok selalu. Tak boleh tinggal walau sekejap.

Gambar Aleesya yang diambil selepas baik demam. Sebelum nak pergi IOI Mall.

Suka buat mulut cam tu.                                        Ni kalau muka dia tercengang2.

                                                                           Chak!

Kisah Aleesya yang Demam

Kali ni nak bercerita pasal baby perempuan saya...Aleesya Hani.. Baru-baru ni dia demam panas. tengah malam pada 22/10/2010. Check temperature dia, hampir cecah 39o C. Sangat risau. En. Lensabulat pulak takde kat rumah. Kursus 4D 3N kat pangkor. Berbalik pada demam Aleesya tu, sepanjang malam berjaga la saya ni sebab nak tuam dia ngan air sejuk supaya suhu dia turun. Tapi turun pun sikit je. Dugaan...

Pagi Selasa tu, cepat2 la bawak Aleesya ke klinik. Doc pun check, memang suhu dia average 38o C je. Tapi, lepas je balik klinik, terus suhu dia jatuh ke 36++o C. Legaaaa rasanya.. Aktif pun aktif. Tak leh dok diam. Tapi dia kurang makan dan minum susu. Tapi kena paksa gak dia minum susu sebab nak bagi makan ubat demam kan... Ingatkan demam dia baik. Rupanya malam tu panas lagi. Tuam lagi sekali. Esoknya memang tak keje la kan. Sakit kepala + ngantok. Pegi klinik untuk check Aleesya lagi ngan saya pun amik MC dan ubat sakit kepala. Malam tu Aleesya tak demam dah. Alhamdulillah.....

Tiba-tiba, Malam sabtu Aleesya demam lagi. Kali ni suhu 39.4o C pulak. sangat tinggi. Kali ni En. Lensabulat ada kat umah. Dapat kami bergilir-gilir jaga dia. Call mak, dia kata tuam Aleesya dengan air sejuk. Basahkan kepala dia. Jangan selimut. Ni kerana adik saya pernah kena sawan sebab panas dalam. Bahayaaa.... Saya pun buat seperti yang mak suruh sementara tunggu pagi esok (Hari minggu). Kali ni Aleesya memang betul-betul demam la. Merengek sepanjang malam. Pagi tu, bila dia bangun, merengek lagi. Kami (mamiween & En. Lensabulat) pun bersiap sebab nak bawak Aleesya ke Klinik. Kali ni pegi klinik yang biasa saya pergi dari zaman sekolah lagi. Kira klinik family saya. Klinik ni bernama Poliklinik Mindaku, Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Doc check suhu Aleesya. Masih tinggi. Doc pun masukkan ubat demam dalam bontot dan basahkan kepala dia. Tak lama lepas tu, suhu dah turun. Alhamdulillah. Banyaknya ubat Aleesya kena makan. Dah la susah makan ubat dia ni. Sabo je la.. hehee...

Tips dari doktor kalau anak demam panas (kalau tetibe demam tengah malam):

  • Mandikan dengan air suam. Kalau tak mandi, lap tapi dengan air sejuk.
  • Jangan pakai baju tebal dan stokin. Kalau boleh, pakai diaper je.
  • Jangan selimut.

Tuesday, November 30, 2010

Setelah Sekian Lama....

Waaa!!! Lamanya aku tak mengupdate blog. Sejak Hari Raya Aidiladha Adilfitri lagi. Mak aih!! Lama tu.. Duit Raya pon dah habis... hehee.. Pas ni I try my best tuk update blog ni.. Tunggu update terbaru lepas ni... Of course bout My Lovely Dotter la... Tunggggguuuuu!!!! ZAS!!

Wednesday, September 8, 2010

Tudung Raya

Semalam selepas berbuka pergi la ke kedai2 area Tesco Kuala Selangor tu.. Hajat nak cari tudung.. bawak la sekali baju raya yang takde tudung lagi tu.. cari punya cari, tak jumpa gak yang leh matching dengan baju tu.. pening tol la.. pergi la satu butik tudung ni, budak yang jual ni main2 lak.. lawak la tapi geram gak.. tapi takpe la.. tgk pon cam budak2 lg.. tapi, tak leh la layan customer cam tu kan.. isk...
Last2 decide, nak cari kat PKNS Shah Alam la hari ni.. Balik kerja sebelum amik hubby (memandangkan saya keluar awal dari ofis drpd dia) bolehla singgah sekejap.. Esok dah nak raya ni.. Nak beli online dah tak sempat dah.. baju raya pun belum cuci lagi.. Kena dapatkan gak tudung hari ni sebab malam ni nak basuh.. Huwaaa!!!

Tuesday, September 7, 2010

Raya Menjelma

Salam... Dah lama tak mengupdate blog ni.. Bz dengan kerja, bz dengan tugas sebagai isteri dan juga ibu.. Lagi beberapa hari dah nak raya ni.. tapi saya masih di ofis.. kerana tak cuti sebelum raya..sebab tahun ni turn raya kat Selangor.. Cuti panjang minggu depan je sebab akan balik ke Sarawak.. Beraya di rumah mertua.. Aleesya naik belon.. cam ne la nanti..harap2 dia ok x meragam.. Tak sabar gak nak balik Sarawak. Nak makan mee kari ibu mertua, kek lapis dan jalan2 ke The Spring. Bape kali ke Kuching, hubby iaitu En. Lensabulat takde pun nak bawak ke sana...ish..ish.. Kali ni mesti pergi jugak.. tak kira! tak kira! =P

Bila raya menjelma ni, macam2 la persiapan yang dibuat. Prepare baju raya, kuih raya, kemas rumah dan mcm2 lagi... sekarang ni tambah dengan prepare tudung raya pulak.. pening gak ni nak cari tudung yang matching dengan baju.. haish.. help! help! tahun ni tema purple. Ingat nak pink, tapi bila pegi jakel, jadi rambang lak.. rasa sume kaler nak.. hahaha.. baju raya Aleesya tak yah cakap la..dah banyak tapi rasa cam tak cukup lagi.. sempat ke nak shopping lagi  ni? hihihi..

Tuesday, August 17, 2010

Majlis Berbuka Puasa Ofis

Sabtu hari tu, department ofis aku buat majlis berbuka puasa. Meriah sangat. Dapat berkumpul ramai-ramai. Kenal keluarga masing-masing. Hubby aku biasa la, ke mana saja dengan kamera dia. Snap sana, snap sini. Thanks to lensabulat sebab rajin sangat ambil gambar kami...
Tak tau la nak cakap apa lagi, u all tengok je la gambar kat bawah... ENJOY!!
Tempat: Abdul & Charlie's Restaurant, Mines Wellness Hotel
Tarikh: 14 Ogos 2010

Antara yang hadir awal. Masing-masing dukung anak
Udang & Ikan bakar
Best sebab tak ramai orang nak ambil makanan. maksudnya tak ya la Q panjang

Kambing tergolek

Aleesya pun lapar la mami..
Antara yang hadir ke majlis tersebut


Harapnya dapatla buat aktiviti cam ni lagi. Berkenal mesra dengan keluarga masing-masing. Jumpa lagi di aktiviti akan datang. Sekian.......

Pergi Ofis Pemaju

Semalam call pemaju yang wat umah kitorang tu, tanya pasal refund. then, YEAY!! refund dah ada untuk unit kitorang. Hepi sangat sebab boleh la buat gril rumah nanti. for safety... Nak kena tanya management ni pasal spec gril. nanti buat lain kena reject lak. haish...satu keje lagi.. nampaknya tu hubby la yang kena tanya tu... nak ke ofis pemaju tu, kena la gi waktu ofis hour...terpaksa la apply time off.. tq boss sebab luluskan time off saya!! hehehe..


Monday, August 16, 2010

Bermulalah Perjalanan Seorang Blogger


Selama ni saya suka membaca blog...macam2 jenis blog...haish!! naya la...time keje pun baca blog.. tp start hari 16 ogos 2010, tetibe lak nak wat blog sendiri.. rajin ke ek nak update pasni? hmm..kite tunggu dan lihat je la...hehe