LIKE

Thursday, December 2, 2010

Kisah Aleesya yang Demam

Kali ni nak bercerita pasal baby perempuan saya...Aleesya Hani.. Baru-baru ni dia demam panas. tengah malam pada 22/10/2010. Check temperature dia, hampir cecah 39o C. Sangat risau. En. Lensabulat pulak takde kat rumah. Kursus 4D 3N kat pangkor. Berbalik pada demam Aleesya tu, sepanjang malam berjaga la saya ni sebab nak tuam dia ngan air sejuk supaya suhu dia turun. Tapi turun pun sikit je. Dugaan...

Pagi Selasa tu, cepat2 la bawak Aleesya ke klinik. Doc pun check, memang suhu dia average 38o C je. Tapi, lepas je balik klinik, terus suhu dia jatuh ke 36++o C. Legaaaa rasanya.. Aktif pun aktif. Tak leh dok diam. Tapi dia kurang makan dan minum susu. Tapi kena paksa gak dia minum susu sebab nak bagi makan ubat demam kan... Ingatkan demam dia baik. Rupanya malam tu panas lagi. Tuam lagi sekali. Esoknya memang tak keje la kan. Sakit kepala + ngantok. Pegi klinik untuk check Aleesya lagi ngan saya pun amik MC dan ubat sakit kepala. Malam tu Aleesya tak demam dah. Alhamdulillah.....

Tiba-tiba, Malam sabtu Aleesya demam lagi. Kali ni suhu 39.4o C pulak. sangat tinggi. Kali ni En. Lensabulat ada kat umah. Dapat kami bergilir-gilir jaga dia. Call mak, dia kata tuam Aleesya dengan air sejuk. Basahkan kepala dia. Jangan selimut. Ni kerana adik saya pernah kena sawan sebab panas dalam. Bahayaaa.... Saya pun buat seperti yang mak suruh sementara tunggu pagi esok (Hari minggu). Kali ni Aleesya memang betul-betul demam la. Merengek sepanjang malam. Pagi tu, bila dia bangun, merengek lagi. Kami (mamiween & En. Lensabulat) pun bersiap sebab nak bawak Aleesya ke Klinik. Kali ni pegi klinik yang biasa saya pergi dari zaman sekolah lagi. Kira klinik family saya. Klinik ni bernama Poliklinik Mindaku, Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Doc check suhu Aleesya. Masih tinggi. Doc pun masukkan ubat demam dalam bontot dan basahkan kepala dia. Tak lama lepas tu, suhu dah turun. Alhamdulillah. Banyaknya ubat Aleesya kena makan. Dah la susah makan ubat dia ni. Sabo je la.. hehee...

Tips dari doktor kalau anak demam panas (kalau tetibe demam tengah malam):

  • Mandikan dengan air suam. Kalau tak mandi, lap tapi dengan air sejuk.
  • Jangan pakai baju tebal dan stokin. Kalau boleh, pakai diaper je.
  • Jangan selimut.

0 comments: