LIKE

Wednesday, June 15, 2011

Penang Story II










Monday, June 6, 2011

Penang Story

Penang Map

Haaa... Lama sungguh mummy tak update blog.. bizi der.. Last week jejalan ke Penang sempena anniversary kitorg yang ke2.. Lagipun dah lama nak ke Penang ni sejak pregnant kan Aleesya dulu.. Mengidam nak makan2 kat sana.. Penang kan syurga makan.. hihii... (makin kembang la mummy).. Kitorg pergi dari 28th May hingga 30th May.. 3 hari 2 malam... Stay kat Hydro Hotel, Batu Ferigghi.. Online booking lagi murah dari walk-in.. 

1st day tu kitorg sampai hotel dalam jam 2.30 petang. relax2 dalam hotel jap. Gi lunch kat tempat makan depan hotel. Penat wey.. huhu.. Petang tu kitorg ke Bukit Bendera. Laju sgt train dia sekarang. Kalau dulu amik masa lebih kurang 30 minit untuk naik atau turun tp sekarang 5 minit je.. Lajukan… Kitorg bayar rm16 untuk 2 org dewasa.. Kanak2 bawah 3 tahun free.. Lepas kat Bukit Bendera, kitorg nak ke Padang Kota Lama lak.. haa.. yg ni jenuh.. GPS tak jumpa tempat.. Dia dok pusing2 kat market.. Last2 kitorg guna map je. Dekat jam 9 malam baru jumpa. Tp ok la sebab dapat makan Pasembuq (loghat Penang). Mummy makan pasembur ngan cococut shake. Hubby lak makan nasi ayam je sebab dia kata dia lom makan nasi lagi hari tu. Yela, masa lunch dia makan mee udang (tak best langsung. Nasi ayam kan boleh dapat kat tempat lain. Makan la makanan yg mmg femes kat penang kan..hehe..ikut saje).

2nd day tu nak ke Balik Pulau ada kenduri aqiqah ngan cukur jambul anak ofismate, Kak Ila. Tp sebelum tu kitorg ke Chowrasta dulu. Apa lagi kalau ke sana kan, beli jeruk la… Pastu cari kedai Joez Coconut sebab nak beli Jeli Kelapa yg dalam tempurung kelapa tu. Sekarang kat KL Sentral pon dah ada. Kat Penang RM3.70 satu. Pastu baru la kitorg ke Balik Pulau. Tp dah ke sana tak dapat lak makan Laksa Janggus Balik Pulau. Rupanya kedai dia bukak jam 3 petang ke atas. Makan laksa kat umah Kak Ila je la. Sedap gak.

3rd day = Last day, kitorg dapat makan Nasi Kandar Line Clear. Itu pun sebab husband Kak Ila bawak dan belanja. Thanks to Kak Ila dan hubby. Susah2 je belanja kitorg dan teman kitorg. Dah la Kak Ila dalam pantang lagi masa tu. Terharu I tau.  Kalau dorg tak bawak, jenuh gak la kitorg nak mencari.. Bayangkan kedai dia di lorong antara kedai2.. Petang tu, bertolak la kitorg dari Penang jam 4.30 petang. Sampai Puchong ngam2 kul 9 malam.

FYI, tak sangka lak gigirl mummy tu mabuk berjalan.. selama ni mane pernah berjalan jauh.. tup..tup..berjalan ke Penang ni dia muntah lak.. haiyak! abis satu kete bau masam...Mummy pon apa lg, bau perfume dah hilang.. 

Mummy takde idea dah nak cter apa lg..tengok gambar je la.. tp tunggu mummy update next post ok! Hihihi..

p/s: ada orang ingat mummy pregnant lg tau sebab ke Penang. Isk..isk.. macam itu pon ada ka..