LIKE

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran


Selamat Hari Raya Aidilfitri mummy ucapkan pada semua muslimin dan muslimat. Maaf Zahir Batin kalau ada terkasar bahasa.

Pada yang memandu balik kampung tu, dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Jangan lupa servis kete tu sebelum buat perjalanan yang jauh. Kalau tetibe terkandas kat jalan raya, tak ke naya? kalau kite sorg2 takpe la.. Ni dgn anak bini.. tak sian ke kat dorg tu nanti?

Pada yang masih mencari2 baju raya, tudung raya tu, kuih raya, langsir raya, dan apa saje selamat bersoping ye...

Pada yang tak dapat cuti tu pulak, mummy ucapkan selamat bekerja. Tahun depan cuti panjang time raya hokey... Raya sakan pulak..

Di sini mummy nak ucapkan kepada pemandu kapal mummy sekeluarga esok supaya bawak kapal terbang tu hati2...

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin sekali lagi..


Sesi Mencari Baju Raya II

Sesi mencari baju raya telah berakhir. Bertungkus lumus mummy sekeluarga semalam ke Shah Alam semata2 nak cari baju raya yang mummy maksudkan kat post semalam. Sebelum berbuka tu cari2 kat Sacc Mall. Ada la yang berkenan dari butik Salikin Sidek, tapi harga dia mak aih..rm3k lebih tu... cukup beli bj raya untuk keluarga...

Last2 ada la jumpa baju yang dicari2 tu kat satu butik ni. Apa ntah nama dia. Tp saiz lak takde. Yang ada saiz besar je. Hampa sungguh. Pas berbuka, jalan2 kat PKNS, Anggerik Mall lak. Tapi takde yang berkenan di hati. Pastu gi Alam Sentral, mak aih....susah dapat parking. Kitorg kua je dari situ.. Hubby kata, kite gi Subang Parade je. Amik je baju ari tu pastu jahit sendiri. Mummy pon setuju je la. Sebab dah suntuk sangat nak cari. Tudung pun tak cari lg.

Dah sampai Subang Parade, terus ke butik tu. Nasib baik baju tu ada lagi. Tp dorg dah simpan la sebab dorg nak repair. Tp sebab mummy nak gak baju tu, dorg jual jugak. Mummy mintak kurang, tp dorg bg less 15% je.. Kira ok la..kurang rm50.. Terus bayar... pheww..lega dah ada baju raya tema tahun ni.. Blouse kuning pon dapat kat Subang Parade gak. Mummy mintak kurang banyak la sebab dia pon dah nak tutup. Hehehe... Lega... Selesai masalah mummy bab baju. Tudung je belum selesai lagi ni.. Tengahari ni masa lunch hour, mummy nak cari tudung pulak. 3 kaler hokey.. Fushia, kuning dan biru ala2 turqoise... hihihihi... last minit shopping ok.. Malam ni dah tak leh kuar dah sebab nak packing barang.. esok tak dan nye nak packing... Flight kul 11 pagi.. Semoga tudung2 yang mummy cari dapatla kesemuanya tengahari ni... Amin~~ Doakan mummy berjaya ok... !! Chaiyok! Chaiyok!


Thursday, August 25, 2011

Sesi Mencari Baju Raya I

Adalah ini dimaklumkan bahawa petang ini (selepas opis hour dan amik gigirl) ialah sesi mummy untuk mencari baju raya yang berwarna Fushia dan Kuning. Diharapnya baju2 kaler tersebut terdapatlah di kedai2 yang akan mummy singgah petang ini ye. Tak lupa juga kepada tudung2 yang seswai ngan baju yang mummy akan beli dan bawa nanti. Sekian sahaja dari mummy buat masa ini.

Kalau dapat baju cam ni pun best. Dah cantik dah. Pilihan mummy macam ni la. Dah jumpa seakan-akan cam ni kat Subang Parade tapi ada rentas sikit. Jahit macam senget tu la. 
Pic credit to BusanaBellaMuslim

Baju kaler kuning lak, mummy nak blouse je. Kalau mcm ni pon dah ok. Mestilah kena bawah punggung. 
Pic credit to CoolspottersClothing




Wednesday, August 24, 2011

Dugaan untuk mummy di bulan Ramadhan


Di hari baik bulan baik ni, mummy dihadapkan dengan dugaan. Tak la sebesar mana pun, tapi bolehla meruntun hati dan jiwa mummy. Hehehe. Lebih kurang seminggu je lagi kite nak berpuasakan. Pastu tibalah hari raya yang dinanti2.

Nak dipendekkan cite, tetibe gigirl mummy demam panas lak sabtu lepas. Tapi kemuncak demam panas dia petang hari ahad ari tu. Dah la gigirl mummy ni susah makan ubat. Memang dia akan bukak mulut, tapi lepastu dia muntahkan balik ubat tu. Sekali isi perut dia kuarkan. Haish. Tapi bile mummy fakir balik, ok gak la dia demam seminggu nak raya, di buatnya dia demam time raya, tak ke haru?? Dah la tahun ni turn raya kat Sarawak. Tahun lepas masa balik Sarawak, dia pun demam. Mudah2an tahun ni dia tak demam dah kat sana nanti. Sian atok ngan nenek Sarawak tak dapat main ngan Aleesya nanti. Moody je manjang.

Satu kesah lagi, pasal baju raya mummy lak. Baju raya untuk hari raya pertama ok. Nak sedondon sekeluarga. Tahun ni tema family kitorg kaler Fushia. Kalau yang tak tau kaler fushia tu cam ne, ni ha mummy tempek kat sini kaler dia. Fevret kaler mummy ni sebenarnya. 

Kalau nak tau, kain tu mummy beli bulan 4 ari tu. Sebab tailor mummy kat subang tu memang dah pesan awal2. Anta kain sebelum bulan 5. Last2 tailor tu cakap dia tak leh jahit yang kain mummy kaler fushia tu. So, ok la. Mummy reserve sepasang kain nak anta kat dia. Konon2nya nak beli kain lain la. Kalau korang nak tau, kain yang mummy dah beli tu ada goldush yang bulat2 tu. So, dia kata mesin dia tak lepas nak jahit tu. Benda alah tu pon tak leh bukak. Gam dia kuat.

Nak di pendekkan citer lagi, minggu tu mummy balik kampung. Try la tanya2 kat mak ada tak orang leh jahit. Mak pon bgtau la ada satu tailor ni. Petang tu gak, mummy terus gi umah dia. Tunjuk la kain yang mummy beli tu, dia kata boleh jahit. Lega la mummy. Tak yah la beli kain lain kan. Lepas, minggu lepas ahad tu, mummy nak gi amik. Yela, minggu depan dah tak leh amik dah. Flight pagi sabtu. Mummy amik dekat nak buka dah. Rupanya dia baru nak siapkan baju mummy ngan gigirl. Masa amik tu, mummy menunggu la dia siapkan baju gigirl. Yang paling geram tu, baju mummy untuk raya pertama (kaler fushia tu la) tak dapat buat. Geram gak sebenarnya. Kalau dia cakap awal2 ok la. Ada la masa mummy nak gi cari baju siap. Ni mana nak sempat cari. Geram2.. Harap2 last2 minit ni dapat la baju baru yang sama kaler.. Amin..


Thursday, August 18, 2011

Puasa VS Kerja

Hari ni mummy ada program kat opis yang dinamakan Santapan Minda. Tajuk untuk hari ni ialah Puasa Vs Kerja. Penceramah jemputan pula ialah Imam Muda Hassan. Juara Imam Muda Musim ke-2 yang telah ditayangkan di Astro Oasis yang lalu. Imam Muda Hassan ni pernah masuk Akademi Al-Quran tahun lepas, tapi tersingkir awal. Rezeki dah kat Imam Muda kan. Imam Muda Hassan ni berasal dari Kampung Sungai Wangi, Perak. Umur Imam Muda Hassan ni sebaya mummy. Hehehe.. Sedih la jugak dengar cerita dia. Umur dia 7 tahun, dia dah kematian ayah dia. Al-fatihah..

Ok2, kite citer pasal program tadi okey.. IM Hassan cerita pasal puasa yang boleh dikaitkan dengan kerja. Mula2 dia tanya, apa objektif atau matlamat Puasa ni. Matlamat puasa ni terdapat di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 iaitu Mudah-mudahan menjadi orang yang bertaqwa. Maksud Taqwa mengikut kata Saidina Ali ialah:
1 – Takut dengan Allah S.W.T
2 – Beramal dengan Al-Quran
3 – Ada sifat redha (Bersyukur)
4 – Bersiap sedia menghadapi Hari Akhirat.

IM Hassan juga cakap yang puasa merupakan terapi terbaik untuk tubuh badan manusia. Ia dapat memberi kesihatan yang baik kepada kita. Dapat membuang dan mengurangkan toksin yand sedia ada. Beliau juga berkata, di bulan puasa kite perlu sentiasa berdoa. Tak perlu berwuduk, tadah tangan dan lafaz di mulut untuk berdoa. Sekadar lafaz di dalam hati.

Seronok la dengar ceramah IM Hassan ni. Tak ngantuk pun. Akhir sesi ceramah tu, ada sesi bergambar beramai2. Beliau juga bagi laman web beliau. Moh la kite ke sana. Klik IMHassan.





Berkongsi Resepi

Mummy selalu jenguk2 web MyResepi ni. Sebab kat web ni, orang akan share resepi dorang. Dan ada banyak pilihan resepi yang lain boleh kite amik dan praktikkan. Sangat menolong golongan yang mcm mummy ni (golongan baru nak belajar masak ok..). Juga boleh tengok gambar dan komen2 mereka yang dah pernah mencuba satu2 resepi tu. Sangat Mudah!



Berbuka Puasa di Midvalley

Semalam mummy sekeluarga berbuka puasa di restoran Kenny Rogers, Midvalley. Haruslah book awal2 kan. Mummy book by phone masa kat opis lepas tengahari tu (org Selangor cuti tp kite keje..huhu). Sampai midvalley dalam kul 6 petang. Terus ke KR untuk order makanan. Lepas order makanan tu, kitorg gi poney kat gardens. Kat situ apa lagi yang kitorg buat, shopping baju raya gigirl mummy la. Amik gak la baju ngan suar mummy nak tu. Hehehe.. Tak sabar nak tunggu gigirl pakai masa raya nanti.

Abis shopping terus gi KR. Lapar bangat sih..hehehe.. Sampai2 minuman kami dah terhidang. Makanan je belum lagi. Orang pon ramai. Mummy bagila gigirl mummy ni minum (memang dah order air khas untuk dia) sebab dia kuat minum. Hehehe.. Memang tak mo lepas dah.. Penat la mummy pegangkan.. sebab gelas kan..

Lepas berbuka kat KR, kitorang ke Carrefour lak. Mummy nak beli bahan untuk kek lapis. Mummy tak guna Golden Churn Butter okey… Tak pernah guna pun sebab mahal sangat.. Kalau nak buat kek lapis, kena 500g butter.. Kalau guna butter tu, harga butter saje dah rm20.. Mummy guna Buttercup atau Anchor saje. Kek lapis ni ex-classmate masa kat U order. Kepingin katanya.. Jumaat ni nak kena bagi dah. 



 Gigirl terpegun kot kan...

 Nak buat peace la tu.. Tp peace gigirl mcm 1 Malaysia. Hahaha


 Minum air dengan penuh khusyuk


                           
Makan nak suap sendiri je gigirl mummy ni. Ampun maap ye pekerja KR, budak ni memang tak nak bersuap. Jadi bersepah lah dia makan.


 Ini saje pun dah buat mummy kenyang sangat. Tu pun tak abis. (ececehceh)


Kena dera tarik bakul. Heheehe

Wednesday, August 17, 2011

Photo Magnet & Fridge

Hari ni mummy takde mood. So, hari ni mummy just upload gambar photo magnet yang dah dilekatkan kat fridge.





Tuesday, August 16, 2011

Photo Magnet Dah Sampai

Hari ni mummy excited terlebih (ke terexcited lebih?) sebab photo magnet yang mummy redeem minggu lepas dah dapat hari ni.. Cute sangat.. Tak sabar nak balik rumah sebab nak letak kat fridge. Kalau uols nak tau, mummy beli photo magnet ni menggunakan voucher yang dijual di Milkadeal. Ada promotion masa tu. Less 61%. Harga asal RM72 untuk 6 keping gambar bersaiz 4" x 3" tiap satu tapi mummy dapat RM28 je. Mummy boleh redeem voucher pada 11hb Ogos tu hari, tp hari ni dah dapat. Kejap je kan. 


Sape2 yang berminat pada photo magnet ni, sekarang Groupon tengah buat promotion gak dengan harga yang sama. Cepat2 sebelum terlambat. Ada 3 hari sebelum deal berakhir. Memang sangat puas hati dengan harga yang ditawarkan. Korang boleh compare harga asal kat web company yang buat photo magnet tu sendiri. Klik Photodelivery.


Ni ha photo magnet yang mummy dapat. Gambar ni mummy main pilih je. Kalau ikut hati, banyak lagi gambar nak tp boleh 6 je ye...


Monday, August 15, 2011

Nikon Coolpix P300


Hari ni mummy nak citer pasal gadget baru mummy tu. Actually, Nikon Coolpix P300 ni keluar mac 2011. Dia seakan2 dslr. Cuma dia kecik je la. Kita panggil dia anak dslr k. Hehehe..

Berbekalkan resolusi 12.2 mp dan pengesan CMOS (di mana setiap pixels menerima cahaya yang lebih). So, dalam keadaan/kawasan yang kurang cahaya, gambar tetap boleh diambil tanpa menggunakan flash dan hasilnya gambar akan terang. Contoh kawasan yang kurang cahaya seperti muzium.

Nikon Coolpix P300 juga boleh merakam video full HD 1080p menggunakan teknologi Vibration Reduction (VR) yang membantu mengurangkan imej kabur / goyang. Ia juga dilengkapi dengan lensa NIKKOR dengan zoom 4.2x sudut lebar yang berkelajuan tinggi.

Nikon Coolpix P300 juga dilengkapi ciri yang biasa terdapat pada kamera dslr seperti Aperture Prority (A), Shutter Prirority (S), Full Manual (M) yang ada pada bahagian atas kamera tu. Cam mummy ni Cuma guna A je la. Tak pandai sangat nak adjust2 ni. Belum belajar lagi dgn sifu mummy a.k.a hubby mummy..

Saiz kamera ni 103 x 58.3 32 mm dengan berat 189g. Boleh dibawa ke mana2 je tanpa perlu bersusah payah nak angkut beg kamera yang besar2 cam dslr tu. Heee… Untuk makluman juga, kamera ni hanya ada 1 kaler je iaitu HITAM.

Menurut salesman kat kedai kamera tu gak, bateri dia boleh tahan sehingga lebih kurang 250 snap. Jadi tak perlu la mummy beli extra bateri. Mummy beli kat Fotokem, Sunway Pyramid. Sekarang dorang memang tegah wat sale. Sesapa berkira2 nak beli kamera untuk raya ni, bolehlah jenguk2 ke cawangan dorang k..

Lagi gambar di bawah mummy snap menggunakan kamera ni. Enjoy!



 Nampak beza gambar kat atas ni? Ni menggunakan Aperture Prority (A) paling rendah iaitu 1.8. Kalau perasan, gambar kat kotak tu blur2 tp sekeliling dia sangat sharp. 


Yang ni pulak, keadaan sebenar gelap / kurang cahaya (masih di tempat parking). Tetapi bila gambar diambil dia jadi terangkan.


Nikon





Lagi detail mengenai kamera Nikon Coolpix P300, boleh layari Nikon.com.my

Sunday, August 14, 2011

Gadget Baru Mummy

Meh sini mummy nak citer. Alkisahnya kalau nak tau, mummy selalu snap pic yang mummy upload kat blog ni guna henpon je. Sebab tu la gambarnya tak berapa nak jelas dan terang. Mummy dok la bising2 kat hubby mummy tu. Nak pakai kamera dia punyala payah. Nak pasang lens la, bateri la, mcm2 lg..menyusahkan tol. Kadang2 nak snap pic gigirl mummy pun payah. Guna henpon, faham2 je la kan. 

Dek kerana mummy dah bising nak kamera sendiri, Jumaat yang lepas, lepas kitorg renew roadtax kete, singgah la kat sunway pyramid. Usha2 la kedai kamera yang ada. Dalam kepala mummy ni nak Nikon coolpix s1100pj. Tp bila test2 gambar dia tidak memuaskan hati mummy dan hubby. Sebelum ni mmg selalu la dengar iklan kat Hotfm pasal nikon yang baru P300.. Usha la yang itu. Memang sangat puashati. Ala2 mcm adik dslr.. hehehee... pikir dok pikir, last2 mummy amik la P300 tu. Pasni apa yang mummy nampak best2 dan pelik2, leh la mummy snap sepuas hati.. Next post mummy akan citer sikit dan contoh gambar yang mummy amik guna p300 k..tungguu...  


Gambar ni masih mummy ambil guna henpon lagi.




Sos Karamel

Dah lama mummy nak buat sos karamel ni. Nyum! nyum! Sedap. So, hari khamis yang lepas sempat la buat.. mummy buat setengah sukatan dari resepi sebenar. Tu pun dah dikira banyak. Sedap makan dengan biskut, roti, kek dan sebagainya. Ni la hasil yang mummy buat ari tu.




Resepi ni diambil dari web myresepi.com, Kalau nak cuba, boleh la. Sebagai dessert bulan puasa ni kan.


Bahan-bahan:
1 cawan gula
6 sudu mkn butter
1/2 cawan whipped cream


Cara-cara:
1 - masak gula dgn api sederhana, sampai warna coklat2.
2 - bila dah mendidih, masukkan butter.. (bila masuk butter,gula tu akan membuak, so better gunakan periuk yg tinggi sikit)
3 - selepas butter td dah sebati dgn gula..alihkan dr api sebentar dan masukkan cream td,kacau2 hingga sebati lps tu masak dgn api kecil sekejap.


Malam tu lepas berbuka, mummy makan sos karamel ni dengan choc lava cake dan ais krim yam. Memang mantap! 




Thursday, August 11, 2011

Tart Nenas Gulung

Korang nak tau, minggu ni mummy punya la teringin nak makan tart nenas gulung.. Ada la member ofis (department lain la) ni nak bagi, eh mummy beli... Tapi tak gak dia hantar2.. Semalam dia dtg ada meeting kat dept mummy pon dia tak dok anta..lupa katanya..hish... So, tak leh jadi, ptg balik keje tu mummy beli la jem nenas, acuan tart nenas gulung tu (acuan ke namanya?) ngan berus untuk sapu kuning telur nanti..

Nak dijadikan cter, buka puasa mummy tak masak, so leh la terus buat biskut ni.. Oleh kerana hubby takde, takde sape la jaga gigirl mummy tu. Dok sibuk gak ikut mummy ke dapur. Ingatkan dah bagi pensel ngan buku kat ruang tamu tu dia ok.. Rupa2nya ikut mummy gak ke dapur.. haish budak ni.. Dah dia pon ok dok diam kat dapur tu, mummy pon teruskan projek mummy ni...1st time wat ni..berdebar2 gak la..takut tak jadi...

                                        Kusyuk menulis sambil meniarap

                                        Sebelum sapu kuning telur

                                          Lepas sapu kuning telur

                                              Dah siap bakar

                                               Jem yang terlebih

                                                Kuning telur

                                                Sesi mencuci

                                 Dah siap dalam bekas - nak bagi member ofis

                                     Peace ke 1 Malaysia? - bak kata kak mala...


Resepi Tart Nenas Gulung:

Bahan-Bahan:
226 gram butter / 1 cawan - suhu bilik
1 biji kuning telor.
1 sudu teh esen vanilla.
20 gram gula.
40 gram tepung jagung,
50 gram tepung kastard.
20 gram susu tepung -boleh tukar ke coffemate powder pun ok
240 gram tepung gandum.

1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

Cara cara:
- pukul butter + gula. masukkan telur + esen vanilla - pukul hingga sebati
- masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung - gaul sebati
- tepung gandum - gaul sebati

Lepas tu masukkan dalam acuan tart gulung tekan keluar, letak jem dan gulung.. bakar 350F atau 170/180 C selama 17-19 minit.

Tada! Hasilnya lebih kurang 60 biji! seronok!

Berbuka Puasa - 10/8/2011

Buka puasa semalam mummy tak masak apa2 pun.. Hubby pon takde sebab ada majlis berbuka puasa kat INTAN, Mont Kiara. Dah alang2 buka sorang2 ni, mummy order je la Domino's Pizza. Sebelum habis ofis hour semalam, mummy order online siap2. Senang bila order online ni. Duduk depan pc, pilih menu apa nak, anta.. Nanti kul 7 pm dia anta la ke rumah (mummy siap2 pilih dorg anta kul 7pm).

Menu yg mummy pilih ialah:


Print Screen je dr email...siap ada rege lagi...set pizza tu dapat e-coupon dr email..





Haa..tgk..banyak giler menu mummy order..last2 tak abis pon...hehee...tu la dia tamak sangat...

Wednesday, August 10, 2011

Dilema Bulan Ramadhan


Selamat Berpuasa pada yang beragama Islam. Walaupun mummy lambat wish (hari ke-10 dah ko), tp masih ok lagi la kan. 

Berbalik kepada tajuk post hari ni, inilah yang terjadi pada mummy ngan ofismate. Yang berbuka kat luar ok la kan. Pilih je makanan berkenan. Ni kes yang masak kat umah ni. tetiap hari dok chit chat nak masak apa berbuka nanti. Hari ni plan nak masak sup ayam, ikan goreng ngan kangkung goreng. tapi lupa pulak nak keluarkan ayam dari fridge. Alamatnye kite tgk je la apa kami sekeluarga buka hari ni.. kekekee

Kat ofis ni, mummy dok surfing resepi tart nenas. Plan nak buat malam ni untuk makan saje2 ok.. bukan untuk raya.. hehehe... kalau dah terer baru boleh buat bg org makan.. Tgk cara2 mcm senang.. Tp apapun kena praktis dulu.. dah menjadi nanti mummy update dlm blog hokey!! 

FYI, semalam mummy buat Choc Lava Cake. Tunggu next post untuk gambar dan resepi.. Tata~~