LIKE

Wednesday, August 24, 2011

Dugaan untuk mummy di bulan Ramadhan


Di hari baik bulan baik ni, mummy dihadapkan dengan dugaan. Tak la sebesar mana pun, tapi bolehla meruntun hati dan jiwa mummy. Hehehe. Lebih kurang seminggu je lagi kite nak berpuasakan. Pastu tibalah hari raya yang dinanti2.

Nak dipendekkan cite, tetibe gigirl mummy demam panas lak sabtu lepas. Tapi kemuncak demam panas dia petang hari ahad ari tu. Dah la gigirl mummy ni susah makan ubat. Memang dia akan bukak mulut, tapi lepastu dia muntahkan balik ubat tu. Sekali isi perut dia kuarkan. Haish. Tapi bile mummy fakir balik, ok gak la dia demam seminggu nak raya, di buatnya dia demam time raya, tak ke haru?? Dah la tahun ni turn raya kat Sarawak. Tahun lepas masa balik Sarawak, dia pun demam. Mudah2an tahun ni dia tak demam dah kat sana nanti. Sian atok ngan nenek Sarawak tak dapat main ngan Aleesya nanti. Moody je manjang.

Satu kesah lagi, pasal baju raya mummy lak. Baju raya untuk hari raya pertama ok. Nak sedondon sekeluarga. Tahun ni tema family kitorg kaler Fushia. Kalau yang tak tau kaler fushia tu cam ne, ni ha mummy tempek kat sini kaler dia. Fevret kaler mummy ni sebenarnya. 

Kalau nak tau, kain tu mummy beli bulan 4 ari tu. Sebab tailor mummy kat subang tu memang dah pesan awal2. Anta kain sebelum bulan 5. Last2 tailor tu cakap dia tak leh jahit yang kain mummy kaler fushia tu. So, ok la. Mummy reserve sepasang kain nak anta kat dia. Konon2nya nak beli kain lain la. Kalau korang nak tau, kain yang mummy dah beli tu ada goldush yang bulat2 tu. So, dia kata mesin dia tak lepas nak jahit tu. Benda alah tu pon tak leh bukak. Gam dia kuat.

Nak di pendekkan citer lagi, minggu tu mummy balik kampung. Try la tanya2 kat mak ada tak orang leh jahit. Mak pon bgtau la ada satu tailor ni. Petang tu gak, mummy terus gi umah dia. Tunjuk la kain yang mummy beli tu, dia kata boleh jahit. Lega la mummy. Tak yah la beli kain lain kan. Lepas, minggu lepas ahad tu, mummy nak gi amik. Yela, minggu depan dah tak leh amik dah. Flight pagi sabtu. Mummy amik dekat nak buka dah. Rupanya dia baru nak siapkan baju mummy ngan gigirl. Masa amik tu, mummy menunggu la dia siapkan baju gigirl. Yang paling geram tu, baju mummy untuk raya pertama (kaler fushia tu la) tak dapat buat. Geram gak sebenarnya. Kalau dia cakap awal2 ok la. Ada la masa mummy nak gi cari baju siap. Ni mana nak sempat cari. Geram2.. Harap2 last2 minit ni dapat la baju baru yang sama kaler.. Amin..


0 comments: