LIKE

Sunday, August 14, 2011

Gadget Baru Mummy

Meh sini mummy nak citer. Alkisahnya kalau nak tau, mummy selalu snap pic yang mummy upload kat blog ni guna henpon je. Sebab tu la gambarnya tak berapa nak jelas dan terang. Mummy dok la bising2 kat hubby mummy tu. Nak pakai kamera dia punyala payah. Nak pasang lens la, bateri la, mcm2 lg..menyusahkan tol. Kadang2 nak snap pic gigirl mummy pun payah. Guna henpon, faham2 je la kan. 

Dek kerana mummy dah bising nak kamera sendiri, Jumaat yang lepas, lepas kitorg renew roadtax kete, singgah la kat sunway pyramid. Usha2 la kedai kamera yang ada. Dalam kepala mummy ni nak Nikon coolpix s1100pj. Tp bila test2 gambar dia tidak memuaskan hati mummy dan hubby. Sebelum ni mmg selalu la dengar iklan kat Hotfm pasal nikon yang baru P300.. Usha la yang itu. Memang sangat puashati. Ala2 mcm adik dslr.. hehehee... pikir dok pikir, last2 mummy amik la P300 tu. Pasni apa yang mummy nampak best2 dan pelik2, leh la mummy snap sepuas hati.. Next post mummy akan citer sikit dan contoh gambar yang mummy amik guna p300 k..tungguu...  


Gambar ni masih mummy ambil guna henpon lagi.




0 comments: