LIKE

Monday, August 15, 2011

Nikon Coolpix P300


Hari ni mummy nak citer pasal gadget baru mummy tu. Actually, Nikon Coolpix P300 ni keluar mac 2011. Dia seakan2 dslr. Cuma dia kecik je la. Kita panggil dia anak dslr k. Hehehe..

Berbekalkan resolusi 12.2 mp dan pengesan CMOS (di mana setiap pixels menerima cahaya yang lebih). So, dalam keadaan/kawasan yang kurang cahaya, gambar tetap boleh diambil tanpa menggunakan flash dan hasilnya gambar akan terang. Contoh kawasan yang kurang cahaya seperti muzium.

Nikon Coolpix P300 juga boleh merakam video full HD 1080p menggunakan teknologi Vibration Reduction (VR) yang membantu mengurangkan imej kabur / goyang. Ia juga dilengkapi dengan lensa NIKKOR dengan zoom 4.2x sudut lebar yang berkelajuan tinggi.

Nikon Coolpix P300 juga dilengkapi ciri yang biasa terdapat pada kamera dslr seperti Aperture Prority (A), Shutter Prirority (S), Full Manual (M) yang ada pada bahagian atas kamera tu. Cam mummy ni Cuma guna A je la. Tak pandai sangat nak adjust2 ni. Belum belajar lagi dgn sifu mummy a.k.a hubby mummy..

Saiz kamera ni 103 x 58.3 32 mm dengan berat 189g. Boleh dibawa ke mana2 je tanpa perlu bersusah payah nak angkut beg kamera yang besar2 cam dslr tu. Heee… Untuk makluman juga, kamera ni hanya ada 1 kaler je iaitu HITAM.

Menurut salesman kat kedai kamera tu gak, bateri dia boleh tahan sehingga lebih kurang 250 snap. Jadi tak perlu la mummy beli extra bateri. Mummy beli kat Fotokem, Sunway Pyramid. Sekarang dorang memang tegah wat sale. Sesapa berkira2 nak beli kamera untuk raya ni, bolehlah jenguk2 ke cawangan dorang k..

Lagi gambar di bawah mummy snap menggunakan kamera ni. Enjoy!



 Nampak beza gambar kat atas ni? Ni menggunakan Aperture Prority (A) paling rendah iaitu 1.8. Kalau perasan, gambar kat kotak tu blur2 tp sekeliling dia sangat sharp. 


Yang ni pulak, keadaan sebenar gelap / kurang cahaya (masih di tempat parking). Tetapi bila gambar diambil dia jadi terangkan.


Nikon





Lagi detail mengenai kamera Nikon Coolpix P300, boleh layari Nikon.com.my

0 comments: