LIKE

Thursday, August 18, 2011

Puasa VS Kerja

Hari ni mummy ada program kat opis yang dinamakan Santapan Minda. Tajuk untuk hari ni ialah Puasa Vs Kerja. Penceramah jemputan pula ialah Imam Muda Hassan. Juara Imam Muda Musim ke-2 yang telah ditayangkan di Astro Oasis yang lalu. Imam Muda Hassan ni pernah masuk Akademi Al-Quran tahun lepas, tapi tersingkir awal. Rezeki dah kat Imam Muda kan. Imam Muda Hassan ni berasal dari Kampung Sungai Wangi, Perak. Umur Imam Muda Hassan ni sebaya mummy. Hehehe.. Sedih la jugak dengar cerita dia. Umur dia 7 tahun, dia dah kematian ayah dia. Al-fatihah..

Ok2, kite citer pasal program tadi okey.. IM Hassan cerita pasal puasa yang boleh dikaitkan dengan kerja. Mula2 dia tanya, apa objektif atau matlamat Puasa ni. Matlamat puasa ni terdapat di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 iaitu Mudah-mudahan menjadi orang yang bertaqwa. Maksud Taqwa mengikut kata Saidina Ali ialah:
1 – Takut dengan Allah S.W.T
2 – Beramal dengan Al-Quran
3 – Ada sifat redha (Bersyukur)
4 – Bersiap sedia menghadapi Hari Akhirat.

IM Hassan juga cakap yang puasa merupakan terapi terbaik untuk tubuh badan manusia. Ia dapat memberi kesihatan yang baik kepada kita. Dapat membuang dan mengurangkan toksin yand sedia ada. Beliau juga berkata, di bulan puasa kite perlu sentiasa berdoa. Tak perlu berwuduk, tadah tangan dan lafaz di mulut untuk berdoa. Sekadar lafaz di dalam hati.

Seronok la dengar ceramah IM Hassan ni. Tak ngantuk pun. Akhir sesi ceramah tu, ada sesi bergambar beramai2. Beliau juga bagi laman web beliau. Moh la kite ke sana. Klik IMHassan.





0 comments: