LIKE

Friday, August 26, 2011

Sesi Mencari Baju Raya II

Sesi mencari baju raya telah berakhir. Bertungkus lumus mummy sekeluarga semalam ke Shah Alam semata2 nak cari baju raya yang mummy maksudkan kat post semalam. Sebelum berbuka tu cari2 kat Sacc Mall. Ada la yang berkenan dari butik Salikin Sidek, tapi harga dia mak aih..rm3k lebih tu... cukup beli bj raya untuk keluarga...

Last2 ada la jumpa baju yang dicari2 tu kat satu butik ni. Apa ntah nama dia. Tp saiz lak takde. Yang ada saiz besar je. Hampa sungguh. Pas berbuka, jalan2 kat PKNS, Anggerik Mall lak. Tapi takde yang berkenan di hati. Pastu gi Alam Sentral, mak aih....susah dapat parking. Kitorg kua je dari situ.. Hubby kata, kite gi Subang Parade je. Amik je baju ari tu pastu jahit sendiri. Mummy pon setuju je la. Sebab dah suntuk sangat nak cari. Tudung pun tak cari lg.

Dah sampai Subang Parade, terus ke butik tu. Nasib baik baju tu ada lagi. Tp dorg dah simpan la sebab dorg nak repair. Tp sebab mummy nak gak baju tu, dorg jual jugak. Mummy mintak kurang, tp dorg bg less 15% je.. Kira ok la..kurang rm50.. Terus bayar... pheww..lega dah ada baju raya tema tahun ni.. Blouse kuning pon dapat kat Subang Parade gak. Mummy mintak kurang banyak la sebab dia pon dah nak tutup. Hehehe... Lega... Selesai masalah mummy bab baju. Tudung je belum selesai lagi ni.. Tengahari ni masa lunch hour, mummy nak cari tudung pulak. 3 kaler hokey.. Fushia, kuning dan biru ala2 turqoise... hihihihi... last minit shopping ok.. Malam ni dah tak leh kuar dah sebab nak packing barang.. esok tak dan nye nak packing... Flight kul 11 pagi.. Semoga tudung2 yang mummy cari dapatla kesemuanya tengahari ni... Amin~~ Doakan mummy berjaya ok... !! Chaiyok! Chaiyok!


0 comments: