LIKE

Sunday, August 14, 2011

Sos Karamel

Dah lama mummy nak buat sos karamel ni. Nyum! nyum! Sedap. So, hari khamis yang lepas sempat la buat.. mummy buat setengah sukatan dari resepi sebenar. Tu pun dah dikira banyak. Sedap makan dengan biskut, roti, kek dan sebagainya. Ni la hasil yang mummy buat ari tu.




Resepi ni diambil dari web myresepi.com, Kalau nak cuba, boleh la. Sebagai dessert bulan puasa ni kan.


Bahan-bahan:
1 cawan gula
6 sudu mkn butter
1/2 cawan whipped cream


Cara-cara:
1 - masak gula dgn api sederhana, sampai warna coklat2.
2 - bila dah mendidih, masukkan butter.. (bila masuk butter,gula tu akan membuak, so better gunakan periuk yg tinggi sikit)
3 - selepas butter td dah sebati dgn gula..alihkan dr api sebentar dan masukkan cream td,kacau2 hingga sebati lps tu masak dgn api kecil sekejap.


Malam tu lepas berbuka, mummy makan sos karamel ni dengan choc lava cake dan ais krim yam. Memang mantap! 




1 comments:

Nina Marhain said...

salam kak, nak tanya.. masak gula tu mmg x payah pakai air ke?