LIKE

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday (nak jugak. Gedix sungguh! haha)


Dalam menara Taming Sari. Tunggu next post pasal jalan2@melaka (ntah bila la kan..bz manjang..).

Thursday, September 8, 2011

Ceciter Raya 2011 v2.0 pulak.. =))

Citer raya v2.0 ni haruslah setelah kitorg sampai semenanjung kan. Kat sini tak beraya sangat pun sebab mak abah dah gi umah pakcik2 dan makcik2 yang lain. Hari Jumaat (raya ke-4) lak dah keje. Keje setakat touch je la. hehehe.. Sempat la tengok Final Destination 5 time rehat tu ngan Kak Mala (ofismate). Tapi petang tu balik lambat sebab ada masalah sistem lak. Bengang tol. hahaha... Tahun depan mummy nak cuti raya panjang sebab balik Kuching lambat sikit.


Suka tangkap gambar sendiri. Hahaha.. Tengok belakang tu, penuh ngan barang. hahaha

Boring la. Ada la berjalan raya, ari sabtu (raya ke-5). Gi umah sepupu2 abah je pon. Tak sampai sehari pun, dalam kul 3 dah sampai umah gara2 adik balik dari terengganu nak makan masakan mak (ngada2 je ko ina..hahaha). Petang tu lak teman mak cari hadiah bufday setahun untuk cucu dia (anak buah mummy). Nasib baik sekarang Kuala Selangor dah banyak kedai. Ada wayang, boling, karaoke, tesco dll. Ada la satu kedai mainan dekat ngan tesco ni. Belikan la dia kete mainan. Gambar upload kendian k. Kite citer dulu. Dah beli untuk dia, harusla mummy pon kena belikan untuk gigirl mummy tu. Karang berebut lak. Dia tu barang orang lain pon dia ingat dia punya.

 Masa beraya kat umah kazen.

 Gaya masa dating2 dulu. Suka tangkap gambar cam ni. Mana Gigirl?

Peace! Gambar sendiri lagi. Zaman anak dara dulu suka la posing cenggini.

Gigirl dalam kete depan tu hokey. Tak mo dia dok ngan mummy dia.

Ni la kete dorang. Boboy kaler blue. Gigirl kaler pink.

 Sayang Akid!


Agak2 ada tak ceciter raya 2011 v3.0? Kite tunggu je la. Kalau ada, ada la kan.. Hahaha...

Wednesday, September 7, 2011

Ceciter Raya 2011 v1.0.. Bole?? =D

Malasnya nak update blog....malasnya nak buat kerja.. boleh dikatakan sume malas.. nak dok rumah relax2 sambil sambut raya.. bole? hahaha.. Nak dipendekkan citer, masih mood raya lagi la mummy ni... hehehee..

Okey2... mummy nak citer alkisah raya v1.0 ni.. Nak dipendekkan cter (senang sikit tak ya mummy nak taip panjang2), cam ni la alkisahnya:-

  • Flight kitorg ke Kuching jam 11.45 am. Tiba di LCCT lebih kurang 10.50 am. Ramainya org masa tu. Biasala kan, RAYA... Beratur panjang nak check-in.. Ada la tanya staff lat situ, kitorg nak guna kiosk check-in je.. tp dia kata tak leh sebab ada baby. Terpaksa la kami beratur anak beranak. Sampai kat kaunter jam 11.15 am. Staff situ cakap kena ke kaunter paling hujung (kaunter untuk org lewat kot..hahaha). Dah sampai kaunter situ, dorang kate dah tak leh check-in sebab dah lambat. Hubby merayu2 pun dorang tak nak layan. Dorang kata tak boleh. Kalau nak ke Kuching gak, kena beli tiket baru. Punyala frust hubby mummy. Mummy pon frust gak sebab dah lama tak balik kuching. Hubby dah blah jauh dari kaunter. Mummy lak terpinga2 kat depan kaunter tu. Haish... Tetibe ada sorang staff perempuan tanya mummy, 'nape kak?'. Mummy pon explain la apa yg berlaku secara ringkas.. Cepat2 dia mintak no booking dan call org sana sini. Last2 dapat gak kitorg ke Kuching. Tp kena berlari la nak ke gate perlepasan tu. Dah la gate paling hujung. Memang azab. huhuhu.. Tobat dah..pasni tak mo lambat lagi..
  • Sampai Kuching, mummy dilanda demam selsema dan batuk. Makin ubat sungguh2 sebab tak nak melarat sampai hari raya.
  • Buat persiapan raya seperti biasa. Kat rumah mertua mummy ni, makanan istimewa di pagi raya ialah mi kari Ipoh. Ada la jugak ketupat, lemang dan ayam masak merah. Kalau rumah pakcik makcik kat sebelah tu, macam kat semenajung la. Ada ketupat, lemang, rendang, sate dan mcm2 lg. 
  • Gambar dari sebelum raya di Kuching.


 Bazar Ramadan kat Satok

Sotong kering yang diketuk dengan hammer. Jual kat sebelah rumah je. Ada masa bulan puasa je.

Makanan berbuka family kitorg. 


Persiapan raya - pasang langsir.

Gigirl main bunga api.




Rumah kat sana meriah dengan lampu-lampu dan pelita. Orang sana panggil ber'tuntung'.

Isi biskut raya dalam bekas. Kek lapis haruslah MIL yang potong kan..


Terung, Cili dan bendi yang akan dimakan dengan mi kari.


 Kek Lapis Kukus - Desafair (fevret hubby)


 Sekeluarga di pagi 1 Syawal

 Rumah ngah - kakak MIL (yang lain2 tu sedara mara je)

Anak ayah

Raya ke-2 nak gi beraya rumah kawan hubby

Raya ke-3: Nak balik semenanjung dah.

Gigirl khusyuk baca magazine dalam flight. Konon2 je tu.

 Besarnya aeroplane tu..

Dah nampak tanah semenanjung.

Next post mummy cter raya kat Kuala Selangor pulak. Tapi tak banyak gambar yang mummy snap. Lagipun, tak beraya sangat sebab family dah gi sume rumah pakcik2 dan makcik2. Huhuhu....