LIKE

Monday, October 31, 2011

Jadi Contraktor Tak Berbayar

Sekarang ni mummy jadi pekerja tak berbayar untuk update blog hubby mummy and the geng.. Jom la visit blog hubby mummy and the geng ni. Actually, blog ni dari blog yang lama.. Just rename dan wat sikit modification je.. Blog ni pon masih under construction.. Mummy la contractor dia.. Huahuahua.. eh hubby mummy and the geng, ni kena cas tau.. 10%.. Kejam tak i? kekeke... Bila dah ke blog tu, like la group dorang ek.. Like! like! like! Mahap bos.. saya boring tengok coding sistem, jadi saya tengok coding untuk blog.. hehehe.. tak boring.. ya ampun!!

Eh, lupa lak.. Just klik kat link ni PhotoClix|Photography je untuk ke blog tersebut..

Motip letak gambar pokok ni? sama je.. Mummy baru tukar gel dia.. Nampak fresh kan.. Nak tumbuh anak baru dah.. Harapnya blog PhotoClix pun akan memberi impak yang sama atau lebih bagus lagi.. Amin~~

Sunday, October 30, 2011

Jalan-jalan di Hari Sabtu

Semalam saja nak bawak gigirl berjalan ke Sunway Pyramid. Yela, pagi tu mummy tinggalkan dia sebab kena gi keje.. Sian dia kena tinggal, so kitorg bawak la dia gi jejalan..

Sampai2 je Pyramid, dia tido.. Kitorg yang kelaparan ni gi lunch dulu. Memula ingat nak makan McD je.. Tapi ternampak Paparich, terus masuk situ. Mummy order Ipoh Kuey Tiew Soup + Checken Steamed dengan air cendol Kacang Merah.. Marvellous!! Mummy suka sangat cendol kacang merah tu. Sejak pregnant gigirl dulu, mummy macam dah addicted pada kacang merah.. Sume nak kacang merah.. Apa yang mummy perasan sekarang, gigirl pon suka kacang merah.. Dan2 nak abis makan dah, gigirl pon bangun.. terus la kitorg orderkan dia nasi ayam.. Dia pon lom makan time tu.. Sekarang kena order dia menu yang lain.. dah big girl la katakan.. hehehee... Kejap je..rasanya cam baru je lahirkan dia..


Jom Jalan! Sunglass mummy jugak yang gigirl suka main.. Isk...isk..

Ipoh Kueytiew Soup + Chicken Steamed

Red Bean Cendol! Like!

Dry Mee ape ntah + Chicken Steamed


Pas lunch, terus gi jusco dan outlet2 lain... memberi barang keperluan.. eceehh.. hehehe...

Dah penat berjalan, masa untuk teatime.. Takdela teatime pon.. kite tukar nama, choctime! leh?? hehee..
Sambil2 minum dan makan kek, gigirl tgk org main ice skating.. suka sangat dia.. Sesekali bawak berjalan kat tempat ramai orang tak salah kan.. Kalau tak, tiap minggu balik kampung je la.. Balik kampung pun dia suka gak.. sebab ramai yang melayan dia.. Tu pun nenek dia dok call tanya 'gigirl tak balik ke?'... Aiyak! hehehee..

Choctime!!

Red Velvet Cake

Khusyuk tengok orang main ice skating.. 

we!

Jeling-jeling..


Hari sabtu je kite berjalan ye.. Ahad dok umah.. Mummy nak rehat2.. Hehe.. Tata~~

Saturday, October 29, 2011

Hari Cuti di Hari Deepavali

Cuti sehari je kan.. takde la plan nak gi mana2.. Cuma hubby mummy je la ada photoshoot untuk budak konvo kat Putrajaya dengan member dia. So, mummy hanya plan nak gi soping je for the whole day.. Tapi apakan daya, nak soping sorang2 macam tak best pulak kan.. Kena la tunggu dia abis..

So, pagi tu pergi ofis untuk siap2kan kerja2 yang tertangguh dek non.. Dah janji dengan ofismate, nadieyya.. Memasing bawak anak.. Hehehe.. Bekerja bersama anak..

Lebih kurang kul 1 lebih, hubby sampai ofis terus kitorang gi soping dekat midvalley.. Mesti korang tertanya2 kan nape asik2 midvalley? 1st, sebab dah biasa dangan midvalley.. dari memula bukak dulu dah selalu ke situ.. 2nd, sebab dekat dengan ofis la... hahaha...

Sampai2 midvalley, terus gi Pizza Hut.. Lunch dulu! Mak aih.. ramai giler orang.. hari cuti kan.. lepas gaji pulak tu.. hehehe.. Kitorang try Pizza Ultimate Cheesy 7.. Rupanya semata2 cheese sahaja, so tambah topping la bagi sedap sikit.. mummy bg 3 1/2 star.. boleh? sukati la... kekekee...

Aleesya dan Raoul - beza umur 8 bulan

Menu gigirl - Garlic Bread + Mushroom Soup

Sweet and Spicy Chicken Wing - My fevret

Haaa.. sms sape tu??

Dak comot pas makan


Ultimate Cheesy 7 Pizza

Gigirl nak bebear besar

Reflexology, done by blind


Friday, October 28, 2011

Laksa Jusco Midvalley

Dah lama mummy kepingin mau makan laksa kat jusco midvalley ni. Sejak puasa tak makan tau. Yela, dah lama tak pergi midvalley. Cuti Deepavali yang lepas bersoping kat sana, tapi tak dapat makan gak sebab ada orang nak makan Pizza Hut yang baru tu. Ultimate Cheesy 7 Pizza. Aroma laksa ni memang menggugurkan jiwa.. Buat perut lapar tau.. Harga dia sekali dengan air ice lemon tea ialah RM9.45. Kalau lunch hour selalu ada dessert tp hari ni dessert dia dah abih.

Sebelum
Yummy!

Selepas
Tinggal bawang je.. Hehehe.. 

Nak tunjuk gak kat sini, salah satu barang yang mummy sempat sambar time lunch tadi.















My fevret lip balm. Dari time sekolah, U sampai sekarang suka pakai lip balm ni.. sebab berperisa.. Nyum.. hehehe... Sekarang Body Shop tengah ada sale tau. Esok nak pergi lagi sebab nak beli body butter.. Buy 1 Free 1... Suka!!!

E'eh..nape gambar ke tepi ni? Layanzzz.....

Thursday, October 27, 2011

Resepi Lasagna

Hari ni mummy nak share kan resepi lasagna. Dah member2 dok cakap takde pon resepi kat blog. heheee.. Actually, dapat resepi ni masa mini gathering umah cik shida yang berapa kerat je datang. Bukan gathering kan umah cik shida tau.. Gathering kat umah Kak Affe one of penyewa umah cik shida. Sape cik Shida?? Dia tu makcik yang sudi menyewakan umah aka bilik tambahan kepada kami seramai 6 orang dengan kadar sewa rm150/pax.. Tapi yang datang masa mini gathering tu hanyalah 4 orang dan sorang kumbang. Kumbang ni bukan penyewa umah cik shida, tapi classmate kitorang masa belajar kat U dulu.. Satu2nya kumbang dalam kelas kitorang.. Hehehe..

Nak dijadikan citer, pas makan2 tu (hasil dari potluck dan masakan tuan rumah - mengancam asam pedas u..nak resepi!) tuan umah ni sempat la buat lasagna yang mummy tak sempat makan.. hehehe.. Sebab nak balik kampung cepat punya pasal.. lagipun dah nak malam.. Sempatla amik resepi dan buat pas balik dari kampung.. Mengancam wey..hehehe.. Nyum! nyum! Jom la..tak ya citer banyak..kite terus tengok resepi dia k..

Bahan-Bahan:

  • Ayam bahagian daging - potong kecil2 atau boleh juga guna ayam/daging cincang 
  • Kulit lasagna - mummy guna San Remo
  • Bawang merah dan putih cincang halus
  • Mozarella Cheese
  • Parmesan Cheese
  • Cheddar Cheese
  • Sos Prego atau juga boleh guna sos cili/tomato yang biasa
  • Susu Segar
  • Lada Benggala
  • Cendawan Butang - optional
  • Serbuk Oregano - optional
  • Garam
  • Butter
  • Tepung jagung / gandum
Cara-cara tumisan:
1-  Tumis bawang tu...
2-  Dah agak2 bau, letak ayam tadi..
3-  Pastu letak la sos prego..
4-  Dah tu, letak la susu segar tadi..
5-  Pastu letak la lada dan cendawan...serbuk oregano, garam..dah siapp

Cara-cara Sos cream:
1-  Didih susu segar bersama butter
2-  Letakkan cheddar cheese sekeping atau 2
3-  Last sekali letakkan tepung jagung

Cara-cara lasagna:
1-  Letakkan kulit lasagna yang dah direndam dengan air panas dekat bekas yang nak dibakar nanti (ikut pengalaman mummy, kena rendam dulu, kalau x keras...)
2-  Pastu tuangkan sos cream tadi bersama mozarella cheese dan parmesan cheese
3-  pastu letak pulak bahan tumisan bersama2 cheese. Letak balik kulit lasagna dan ulang step sama sampai la  penuh bekas tu... sekian... 

Ni la hasilnya...tada! Thanks kepada puan Affe kerana berkongsi resepi ye...muawh!! Dalam tempoh beberapa minit je habis dibedal oleh sang bedal..hehehe...



Wednesday, October 26, 2011

Happy Deepavali (Wordless Wednesday)

Tuesday, October 25, 2011

Sakit Kepala Menyerang!!! Dush! Dush! Dush!

Haa.. tengok title pon dah tau kan.. Sejak dua menjak ni, mummy selalu kena sakit kepala.. Jenis yang sakit sebelah2 kepala lak tu.. Tapi mummy selalu kena sakit kepala sebelah kanan.. Bila search pasal sakit kepala ni, rupanya ia salah satu penyakit MIGRAIN!!  Hamek ko.. Ingatkan hubby je sakit migrain.. Mummy pon sama.. Tapi apa yang mummy perasan, dia kerap berlaku waktu bekerja je tau.. Maybe lebih kurang 8 - 9 jam mummy hadap komputer.. Kerja mummy ni memang memerlukan mummy hadap komputer.. Aiseh.. Kena tukar kerja ke? hehehee...

Lepas hadap komputer tu, mummy akan hadap jem lak masa driving.. Memang akan menambahkan lagi sakit kepala ni. Pastu ada la satu hari tu mummy gatal2 gi check mata.. result dia ada la rabun silau sikit. Kanan 0.75 kiri 0.25.. Mummy pon xtau la tu seteruk mana.. Kalau ikut salesgirl tu, dia suggest suh buat spek la.. Tak kuasa i.. Rimas.. Bukan takde spek.. ada.. cuma tu spek time sekolah la.. pesen dia dah ketinggalan la kot kan..

Tapi kan, mummy rasa mummy tau pengubat sakit kepala yang mummy hadapi sekarang ni.. Pengubatnya ialah SHOPPING! Lama giler mummy tak soping sakan.. Kalau time belajar dulu org gelarkan mummy ni SHOPAHOLIC. Tapi seyes giler.. Soping ni memang salah satu terapi tau... Esok hari cuti mummy nak luangkan masa dengan bersoping.. yiehaaa!!!

Monday, October 24, 2011

Kuching Trip aka Balik Kampung part II

Hokey uols.. Hari ni mummy nak habiskan citer pasal Kuching Trip kitorang tempoh hari. Lepas kitorang makan kat Top Shop, balik umah rehat2 dan tido...zzzzz...abis citer... =P
Ops! Ops! Jangan marah.. nak sambung citer la ni...

Hari ketiga - Kitorang nak gi Pasar Serikin. Kalau nak tau, Serikin ni terletak di sempadan Kuching-Kalimantan. Banyak barang2 indon kat sini. Pasar ni bukak sabtu ngan ahad je. Macam2 barang ada jual kat sini. Kalau pandai tawar-menawar lagi bagus. Hari kitorang pergi tu cuaca mendung je.. Best sikit bersoping.. Lepas balik dari Pasar Serikin, singgah jap Gua Angin. Ala2 cam berkelah gitew. MIL masak nasi dan lauk pauk pagi tu. Syok la gak sebab dapat berkelah. Hihi.. Jom layan gambar area Pasar Serikin ni.

Sebelum nak sampai Pasar Serikin, akan lalu pasar ni. Jual barang hasil tanaman atau hutan. Ulat Molong ada jual kat sini gak. Geliii....

Ni la suasana Pasar Serikin. Macam2 ada jual. Fikir nak bawak balik semenanjung je banyak hal.. hehehe



Telekung sini murah la jugak..






Kalau ada highchair cam ni kat semenanjung, mummy dah beli dah...hehee

Ni langsir tau..

Gua Angin.. Berangin2...


Lepas kitorang balik dari Pasar Serikin - Gua Angin, destinasi seterusnya ialah..... Kedai Kek Lapis Dayang Salhah... Singgah kedai kek ni sebab member ofis kirim.. Mummy tak beli untuk diri sendiri.. Kalau nak makan, wat je.. Hehehehe... 


Pilih-pilih

Kek Lapis Lady Gaga pon ada??! Kelassss!!

Dah setel soping kek lapis, kitorang ke Pasar Satok lak atau orang Kuching panggil pasar minggu. Pasar ni bukak hari jumaat malam sampai ahad.. Tapi ahad tu sampai tengahari je la. Kiranya ini adalah destinasi terakhir kami sebelum balik semenanjung. Macam2 gak ada kat sini... dari makanan, bahan mentah, pokok2, haiwan2, cenderahati dan sebagainya.. Sampai lenguh kaki nak jalan dah.. Almaklumla, pulun berjalan dari pagi lagi kan...




Kalau tak sempat beli kek lapis, leh beli kat sini.. Banyak gak pilihan..

Kuih cincin



Malam last kitorang kat Kuching, PIL mummy buat bbq.. Panggil sedara-mara terdekat je.. Kalau uols nak tau gak, hari tersebut juga merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan mak abah mummy ngan mak abah mertua mummy.. Kebetulan kan? Dorang kawen tarikh yang sama dan pada tahun yang sama... sangat kebetulan... Tak puas lagi jalan2 kat Kuching ni.. Walaupun ia merupakan kampung hubby mummy, tapi bukan la selalu kami balik ke sana.. huhuhu.. sedih2... InsyaAllah akan datang lagi dan jalan2 lagi selain hari raya k.. hehehee



Thursday, October 20, 2011

Puding Roti

Hari ni mummy share resepi je la ye. Hehehe.. Post yang ni lak Resepi Puding Roti. Puding Roti ni sebagai dessert kami sekeluarga semalam selain dari buah mangga yang amik dari kampung tu. Kali ni mummy wat sikit je.. dalam 5 keping roti je.. Ingatkan nak bawak ofis tapi malam tadi je dah tinggal separuh.. Tak jadi la. Lainkali buat banyak sikit baru bawak opis..

Bahan-Bahan:
  • 5 keeping roti – mummy guna roti gardenia
  • 400 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Kismis


Cara-Cara:
1-  Sapu butter pada setiap keeping roti.. Sebelah bahagian sahaja.
2-  Tabur kismis setiap lapis roti tu. Mummy tabor choc chips sekali. Hihihi.
3-  Pada bekas yang lain, pukul telur bersama gula hingga gula larut.
4-  Masukkan esen vanilla dan butter lebihan. Pukul hingga sebati.
5-  Masukkan susu segar dan kacau sebati.
6-  Tuang bahan2 tersebut pada roti yang dah disusun – susun ikut suka. Dan biarkan ia terendam sehingga kembang.
7-   Bolehla bakar.

Susun roti dalam bekas. Mummy guna bekas kecik je. Sebab selalunya mummy makan sorang je pastu yang lebih tu bawak opis. Mane la nak tau kali ni hubby makan gak. Siap bertambah. Tu pasal tak jadi bawak opis. Kena wat lagi next time.

Susu Segar. Guna Susu Cair pon boleh. Tapi kena kurangkan gula.

Adunan yang nak dituang dalam roti

Tunggu hingga kembang

Bila bakar, roti akan menjadi kembang. Masa ni jangan bukak oven. Nanti terbantut tumbesaran roti. Hehehe. Tunggu la hingga masak. Cam ne nak tau dah masak? Dah agak2 kecoklatan tu, tandanya dah masak.

P/s: Mummy tak sempat lak nak snap pic dah siap. Hehehe.. Sedap... Cubalah! Sepatutnya ada sos vanila tapi mummy tak sempat buat. Makan dengan aiskrim pon boleh atau sos karamel atau sos coklat. Yummy!