LIKE

Thursday, October 20, 2011

Ayam Masak Halia

Morning uols… Kuching Trip part II mummy citer kendian ey.. Hari ni mummy nak berkongsi resepi.. Ayam Masak Halia… Ni salah satu lauk fevret hubby mummy.. Semalam berkesempatan la nak masak untuk dia.. Dia pun baru balik dari outstation.. Satu bonus untuk dia kalau mummy masak tau.. Hehehe.. Semalam terlebih rajin sikit nak masak.. Sempatla masak Puding Roti gak (nanti mummy kongsi resepi).. Mummy MC uols.. Tetibe tekanan darah tinggi naik.. Adush!!

Bahan-Bahan:
  • Ayam bahagian dada di potong kecil2 – Ikut suka la nak banyak mana
  • Halia Muda dihiris nipis2 – mesti yang muda tau!
  • Sos Tiram
  • Kicap Pekat
  • Bawang Besar – Hiris
  • Bawang putih – Ketuk je
  • Tepung jagung
  • Garam
  • Daun Bawang – Optional
  • Cendawan/Bunga Kobis – Optional
Cara-Cara:
1- Memula tu kena la tumis dulu bawang besar ngan bawang putih bagi naik bau.
2- Dah tu, letak la sos tiram ngan ayam… ala2 goreng simple2 je ayam tu..
3- Pastu, masukkan kicap pekat sikit.. kalau nak itam, masuk la banyak..hehehe..mummy letak gak kicap kipas udang..sesaje..
4- Letak la air sikit ye dek non bersekali ngan tepung jagung.. tepung jagung ni jangan letak banyak..nanti kang jadi pekat sangat tp kalau dah letak terlebih tu, curahla air..pastu biar la dia masak lama sikit..
5- Dah agak2 ok tu, masukkan la bahan-bahan yang optional tu…pastu garam secukup rasa… Siap!!

Hehee… senang je kan.. Cam main masak-masak je.. Campak Sana, Campak sini..siap…
Leh la uols try k! Lauk simple lepas balik keje.. GudLuck!

Daun Bawang

Bawang, halia, cendawan

Masa masukkan kicap pekat

Siap Hidang! Mummy masak sekali dengan bayam bening(rebus). Tu tak ya la kongsi resepi ey.. Senang bangat.

0 comments: