LIKE

Monday, October 24, 2011

Kuching Trip aka Balik Kampung part II

Hokey uols.. Hari ni mummy nak habiskan citer pasal Kuching Trip kitorang tempoh hari. Lepas kitorang makan kat Top Shop, balik umah rehat2 dan tido...zzzzz...abis citer... =P
Ops! Ops! Jangan marah.. nak sambung citer la ni...

Hari ketiga - Kitorang nak gi Pasar Serikin. Kalau nak tau, Serikin ni terletak di sempadan Kuching-Kalimantan. Banyak barang2 indon kat sini. Pasar ni bukak sabtu ngan ahad je. Macam2 barang ada jual kat sini. Kalau pandai tawar-menawar lagi bagus. Hari kitorang pergi tu cuaca mendung je.. Best sikit bersoping.. Lepas balik dari Pasar Serikin, singgah jap Gua Angin. Ala2 cam berkelah gitew. MIL masak nasi dan lauk pauk pagi tu. Syok la gak sebab dapat berkelah. Hihi.. Jom layan gambar area Pasar Serikin ni.

Sebelum nak sampai Pasar Serikin, akan lalu pasar ni. Jual barang hasil tanaman atau hutan. Ulat Molong ada jual kat sini gak. Geliii....

Ni la suasana Pasar Serikin. Macam2 ada jual. Fikir nak bawak balik semenanjung je banyak hal.. hehehe



Telekung sini murah la jugak..






Kalau ada highchair cam ni kat semenanjung, mummy dah beli dah...hehee

Ni langsir tau..

Gua Angin.. Berangin2...


Lepas kitorang balik dari Pasar Serikin - Gua Angin, destinasi seterusnya ialah..... Kedai Kek Lapis Dayang Salhah... Singgah kedai kek ni sebab member ofis kirim.. Mummy tak beli untuk diri sendiri.. Kalau nak makan, wat je.. Hehehehe... 


Pilih-pilih

Kek Lapis Lady Gaga pon ada??! Kelassss!!

Dah setel soping kek lapis, kitorang ke Pasar Satok lak atau orang Kuching panggil pasar minggu. Pasar ni bukak hari jumaat malam sampai ahad.. Tapi ahad tu sampai tengahari je la. Kiranya ini adalah destinasi terakhir kami sebelum balik semenanjung. Macam2 gak ada kat sini... dari makanan, bahan mentah, pokok2, haiwan2, cenderahati dan sebagainya.. Sampai lenguh kaki nak jalan dah.. Almaklumla, pulun berjalan dari pagi lagi kan...




Kalau tak sempat beli kek lapis, leh beli kat sini.. Banyak gak pilihan..

Kuih cincin



Malam last kitorang kat Kuching, PIL mummy buat bbq.. Panggil sedara-mara terdekat je.. Kalau uols nak tau gak, hari tersebut juga merupakan Hari Ulangtahun Perkahwinan mak abah mummy ngan mak abah mertua mummy.. Kebetulan kan? Dorang kawen tarikh yang sama dan pada tahun yang sama... sangat kebetulan... Tak puas lagi jalan2 kat Kuching ni.. Walaupun ia merupakan kampung hubby mummy, tapi bukan la selalu kami balik ke sana.. huhuhu.. sedih2... InsyaAllah akan datang lagi dan jalan2 lagi selain hari raya k.. hehehee



0 comments: