LIKE

Tuesday, October 18, 2011

Kuching Trip aka Balik Kampung part I

Haaa ko.. Tajuk post pon sama dgn nama album dalam facebook mummy.. senang.. tak ya la mummy susah2 nak fikir hokey... memandangkan mummy pon sekarang selalu saket kepala... menyusahkan je nak pikir tajuk lain.. tu bukan la citer utama yang mummy nak citer.. mummy nak citer masa kitorang balik kuching ujung bulan 9 ari tu... sekali dengan parents mummy.. kiranya dorang melawat besan la sekaligus berjalan ke Kuching. Sape yang dah tengok gambar2 dalam facebook mummy tu, sini la citer detail dia... nak taip satu2 gambar dalam fb tu tak sanggup mummy.. hahaha... Kat sini pon takde la mummy nak citer detail dari A-Z... Just citer sikit la compare kat fb tu.. Nak lagi detail, meh jumpa mummy... Ahaks!

Kali ni kitorang ke sana naik Syarikat Penerbangan kaler oren.. Tau tak apa dia? hehehee.. Buat pertama kalinya mummy pening naik kapal terbang.. adoyai... dah la masa atas awan bergoyang2 macam langgar awan tu.. padahal langit tenang dan cerah je... takut woo.. Masa nak landing lagi horror.. siap senget kapal terbang tu.. hahaha.. lawak2... mummy takkan lupa nama pilot tu... hihihi.. sowie ey encik pilot..

Parents mummy stay umah besan je... senang nak makan besan kata.. hehee.. MIL mummy bizi bebenor.. masak macam2 tau... huhuhu..naik berkilo2 kitorg... hehehe... tapi yang tak bestnye, sampai sana mak mummy tak berapa nak sihat... so, tak dapatla nak berjalan sangat.. Cadang nak gi Kampung Budaya, tapi tak dapat... mummy tak kisah sebab mummy dah pernah pergi.. just nak bawak dorang la especially adik mummy yang bongsu tu.. bagi kenal2 kaum kat sarawak tu..

Hari pertama kitorang kat sana tak gi jalan mana pun.. Sampai pon dah petang... Malam tu je la ada jalan sikit2...tengok2 bandar Kuching area waterfront tu... Sekali tengok area kampung sebab aba mummy nak tengok rumah orang sarawak... Kebanyakan dorang pasang lampu sekeliling umah... cam ne mummy nak explain ek.. Jap gi mummy tunjuk gambar... Lampu ni selalunya dorang pasang kalau ada majlis keraian atau hari raya.. baru nampak meriah.. Mummy suggest kat abah mummy suh pasang kat umah dia nanti (fyi, parents mummy tgah buat umah kat kampung).


Kebanyakan umah pasang lampu cenggini la. Meriah kan... 

Hari kedua lak, kitorang jalan2 gi muzium je... Kat sana ada banyak muzium.. Tapi kitorang gi dua muzium je... Muzium Sarawak dengan Muzium Kucing. Memula nak gi Muzium Islam, tapi tutup lak sebab tgah renovate. 

Ni la Muzium Islam

1st; Muzium Sarawak ni citer pasal sejarah dia la.. Kaum2 yang ada kat Sarawak dan macam2 lagi.. Kat sini tak leh tangkap gambar tapi mummy tengok ada je yang tangkap curik2... 

2nd; Muzium Kucing tu. Boleh bawak kamera tapi kena bayor rm4 ye.. Kalau kamera henpon pon kena bayor tp mummy tak hengat. hehehe.. Kat muzium ni tak de la dia letak kucing hidup. Kang dah jadi Zoo Kucing lak. Cuma dia cerita la jenis2 kucing yang ada dalam dunia ni. Gambar2 kucing, mumia kucing, kubur kucing pon ada...
Masuk2 je muzium terus posing kat sini.

 Gua Kucing

 Salah satu jenis kucing... garang woo.. takkuuuttt....

 Mumia Kucing.. Betol punya...

Kubur kucing

Masih di hari kedua, part malam lak. PIL mummy bawak gi makan kat Top Spot @ Taman Kereta. Tempat makan seafood yang femes kat Kuching. Senang nak cari tempat ini. Betul-betul di sebelah Pullman Hotel. Tempat makan ini di atas roof top. So, pastikan korang tengok signboard ke bangunan Top Spot ini untuk parking. Masuk kawasan parking dan terus naik lift ke tingkat paling atas. Tingkat 6 kalau tak salah.

Konsep cam foodcourt. Banyak restaurant.. pilih je nak yang mana. Ikutkan di sini semuanya adalah chinese restaurant tetapi makanannya dijamin halal. Pernah masuk dalam Warung Kita di Astro Prima. Makanannya memang sedap dan sangat murah hokay (ayah mertuaku yang bayar..hehehe..) Puashatilah makan kat sini.. Kitorang makan kat ABC.. Jom jengah.. 


 Main entrance tempat makan ni.

 Kitorang makan kat sini. ABC Seafood.

 Pemandangan dari Top Spot.

 Family kami. Tapi sayang, adik2 mummy dan adik ipar takde.. Next time ey..

 Antara pilihan2 yang ada..

 Pilihan ikan2 yang ada



Sayur Campur

Ikan pari muda masak asam. Terbaekk!

 Sayur midin goreng belacan - spesies paku pakis. Terbaek! Mest try!

 Ikan ape ntah masak 3 rasa kot.

Butterprawn


Ada lagi hari ketiga ngan keempat. Tapi mummy takde mood nak taip dah. Leh kan mummy citer part II nanti. Terpaksa la tukar tajuk post ni part I. Hehehe.. Tunggu ey mummy update nanti... muawh!! 


2 comments:

Queen said...

tgk intan mcm tgk ewin umur 17 taun. huahuahua...

mami ween said...

hahahaha... intan tu baru 10 tahun kak... kalau cam tu, sekarang akak nampak kite cam umor bape? kekeke