LIKE

Thursday, October 20, 2011

Puding Roti

Hari ni mummy share resepi je la ye. Hehehe.. Post yang ni lak Resepi Puding Roti. Puding Roti ni sebagai dessert kami sekeluarga semalam selain dari buah mangga yang amik dari kampung tu. Kali ni mummy wat sikit je.. dalam 5 keping roti je.. Ingatkan nak bawak ofis tapi malam tadi je dah tinggal separuh.. Tak jadi la. Lainkali buat banyak sikit baru bawak opis..

Bahan-Bahan:
  • 5 keeping roti – mummy guna roti gardenia
  • 400 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu butter
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Kismis


Cara-Cara:
1-  Sapu butter pada setiap keeping roti.. Sebelah bahagian sahaja.
2-  Tabur kismis setiap lapis roti tu. Mummy tabor choc chips sekali. Hihihi.
3-  Pada bekas yang lain, pukul telur bersama gula hingga gula larut.
4-  Masukkan esen vanilla dan butter lebihan. Pukul hingga sebati.
5-  Masukkan susu segar dan kacau sebati.
6-  Tuang bahan2 tersebut pada roti yang dah disusun – susun ikut suka. Dan biarkan ia terendam sehingga kembang.
7-   Bolehla bakar.

Susun roti dalam bekas. Mummy guna bekas kecik je. Sebab selalunya mummy makan sorang je pastu yang lebih tu bawak opis. Mane la nak tau kali ni hubby makan gak. Siap bertambah. Tu pasal tak jadi bawak opis. Kena wat lagi next time.

Susu Segar. Guna Susu Cair pon boleh. Tapi kena kurangkan gula.

Adunan yang nak dituang dalam roti

Tunggu hingga kembang

Bila bakar, roti akan menjadi kembang. Masa ni jangan bukak oven. Nanti terbantut tumbesaran roti. Hehehe. Tunggu la hingga masak. Cam ne nak tau dah masak? Dah agak2 kecoklatan tu, tandanya dah masak.

P/s: Mummy tak sempat lak nak snap pic dah siap. Hehehe.. Sedap... Cubalah! Sepatutnya ada sos vanila tapi mummy tak sempat buat. Makan dengan aiskrim pon boleh atau sos karamel atau sos coklat. Yummy!

0 comments: