LIKE

Thursday, October 27, 2011

Resepi Lasagna

Hari ni mummy nak share kan resepi lasagna. Dah member2 dok cakap takde pon resepi kat blog. heheee.. Actually, dapat resepi ni masa mini gathering umah cik shida yang berapa kerat je datang. Bukan gathering kan umah cik shida tau.. Gathering kat umah Kak Affe one of penyewa umah cik shida. Sape cik Shida?? Dia tu makcik yang sudi menyewakan umah aka bilik tambahan kepada kami seramai 6 orang dengan kadar sewa rm150/pax.. Tapi yang datang masa mini gathering tu hanyalah 4 orang dan sorang kumbang. Kumbang ni bukan penyewa umah cik shida, tapi classmate kitorang masa belajar kat U dulu.. Satu2nya kumbang dalam kelas kitorang.. Hehehe..

Nak dijadikan citer, pas makan2 tu (hasil dari potluck dan masakan tuan rumah - mengancam asam pedas u..nak resepi!) tuan umah ni sempat la buat lasagna yang mummy tak sempat makan.. hehehe.. Sebab nak balik kampung cepat punya pasal.. lagipun dah nak malam.. Sempatla amik resepi dan buat pas balik dari kampung.. Mengancam wey..hehehe.. Nyum! nyum! Jom la..tak ya citer banyak..kite terus tengok resepi dia k..

Bahan-Bahan:

  • Ayam bahagian daging - potong kecil2 atau boleh juga guna ayam/daging cincang 
  • Kulit lasagna - mummy guna San Remo
  • Bawang merah dan putih cincang halus
  • Mozarella Cheese
  • Parmesan Cheese
  • Cheddar Cheese
  • Sos Prego atau juga boleh guna sos cili/tomato yang biasa
  • Susu Segar
  • Lada Benggala
  • Cendawan Butang - optional
  • Serbuk Oregano - optional
  • Garam
  • Butter
  • Tepung jagung / gandum
Cara-cara tumisan:
1-  Tumis bawang tu...
2-  Dah agak2 bau, letak ayam tadi..
3-  Pastu letak la sos prego..
4-  Dah tu, letak la susu segar tadi..
5-  Pastu letak la lada dan cendawan...serbuk oregano, garam..dah siapp

Cara-cara Sos cream:
1-  Didih susu segar bersama butter
2-  Letakkan cheddar cheese sekeping atau 2
3-  Last sekali letakkan tepung jagung

Cara-cara lasagna:
1-  Letakkan kulit lasagna yang dah direndam dengan air panas dekat bekas yang nak dibakar nanti (ikut pengalaman mummy, kena rendam dulu, kalau x keras...)
2-  Pastu tuangkan sos cream tadi bersama mozarella cheese dan parmesan cheese
3-  pastu letak pulak bahan tumisan bersama2 cheese. Letak balik kulit lasagna dan ulang step sama sampai la  penuh bekas tu... sekian... 

Ni la hasilnya...tada! Thanks kepada puan Affe kerana berkongsi resepi ye...muawh!! Dalam tempoh beberapa minit je habis dibedal oleh sang bedal..hehehe...



0 comments: