LIKE

Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday (4)


credit to JoyofBaking

Tuesday, November 22, 2011

Kek Lapis Coklat Cheese

Seperti yang dijanjikan

Bahan A:
250 gm butter
300 gm brown sugar
4 biji telur gred A / 5 biji kalau guna gred B
90 gm serbuk koko
200 gm tepung gandum

Bahan B:
500 gm cream cheese - mummy guna 2 ketol cheese philadelphia
100 gm gula
4 biji telur gred A / 5 biji kalau guna gred B
1 sudu tepung gandum

Cara-cara Bahan A:
1- Pukul butter dengan gula sampai kembang
2- Masukkan telur sebiji-biji
3- Masukkan serbuk koko
4- Masukkan tepung gandum
5- Tuang adunan dalam bekas yang nak dibakar - sebelum tu panaskan oven dulu. Guna api bawah sahaja.

Cara-cara Bahan B:
1- Pukul cream cheese dan gula sampai kembang
2- Masukkan telur satu persatu -Tadi biji, ni satu lak. Apa beza dia?
3- Maukkan tepung gandum
4- Lapiskan adunan ni atas adunan A tadi.
5- Bakar adunan tersebut menggunakan kaedah steam baking dengan menggunakan api bawah sahaja. Suhu 175 darjah celcius (depend pada oven memasing ye) selama 1 jam 15 minit (kalau macam tak masak lagi, tambah la masa lagi sikit .


Notakaki mamiween:
1.  Steam Bake: Membakar dalam oven sekali dengan air. Contohnya, bekas adunan tadi kite letakkan atas
     bekas yang lebih besar yang berisi air. Untuk mengelakkan kek menjadi kering.
2. Sebelum tu, kalau guna loyang macam mummy tu, kena la lapiskan kat bahagian luar dengan aluminium foil
    supaya air tak masuk dalam bekas tersebut.


Bahan A siap diadun

Bahan B siap diadun

Bekas yang dilapis dengan aluminium foil




Siap! Kek ni nampak kecik sebab mummy guna setengah dari bahan. Tetibe teringin nak makan, so wat sikit je la.

Selamat Mencuba!

Monday, November 21, 2011

Tangan Panas Sebab Cili

Pic credit to cokeworldcitizen

Ha...mummy nak share satu petua ni.. Ni apa yang terjadi pada mummy hari ni la.. Dek kerana hari ni EL, so ada la masa untuk memasak pagi dan dinner. Menu dinner mummy hari ni ada sambal belacan. Semalam kat kampung mak petikkan pucuk ubi ngan jantung pisang. Sedap makan ngan sambal belacan.

Hari ni mummy tak pakai blender so ketuk guna lesung batu. Orang kata sedap kalau guna lesung batu. Ntah la..mummy rasa sama je..hehehee... (ari tu baru dok bebel kat blog ni pasal lesung batu) Tapi mummy lapik ngan kain berlapis2 tau.. Lagi pon masa mengetok tu org gi keje..

Nak dipendekkan citer, abis memercik2 la cili padi kat tangan mummy.. Dah lepas tu memang rasa panas je la.. Siram ngan air pon tak hilang.. Tak tahan dengan kepanasan tu, mummy mandi tanpa bukak water heater, tapi kepanasan tu tak reda gak.. Puas macam2 mummy buat tapi tak hilang gak. Pas maghrib, mummy sekeluarga makan. Berpeluh2 dek kerana sambal belacan itu pedas.. Hihihi.. Kitorg suka makan pedas tapi tak berapa nak tahan.. Lepas makan tu, baru mummy sedar yang panas kat tangan tu dah hilang.. Pelikkan??

Jadi, mummy wat conclusion kalau nak hilangkan panas tangan/badan akibat terkena cili padi, kite kena makan dulu makanan yang kite wat dari cili padi. Bagi peluh keluar.. Sekian...

P/s: Ni dari pengalaman mummy je la.. kuang kuang kuang  ;-D

Nak menempek gak, Semoga Harimau Muda menang hari ni!!

Sunday, November 20, 2011

Jalan-jalan di Ikea

Di satu hari yang damai dan tenang, mummy dan ayah pergi ke IPC atau dulu dikenali sebagai Ikano. Motip ke sana sebab nak cari meja komputer. Meja komputer tersebut mestilah bercirikan modern + simple. So, jawapan yang kami dapat --> IKEA!
Misi mencari pun bermula la.. As u know, kat IKEA kan dia ada buat showroom untuk bilik, toilet dll. So, mummy ngan ayah jenguk2 dulu kat showroom dia. Bila dah dapat apa yang kami nak, baru catat kat Shopping List yang tersedia.Pastu nanti baru la pilih yang mana berkenan. Bajet kitorang untuk meja komputer ni ialah tak lebih dari RM200.
Showroom - motip tangkap gambar dapur sebab nak tunjuk kat mak. Hihi


Sebelum turun ke level bawah IKEA tu, kitorg singgah dulu kat cafe dia sebab nak rasa MeatBall yang orang dok perkata. FYI, kitorang tak pernah makan metaball dia sebab setiapkali pergi sana, mesti ramai giler orang kat cafe tu. So, ari tu tengok tak bape nak ramai, singgah la. Amik 10 biji je share 2 orang. Berharga RM10 saja. Hmmm... Bila dah rasa, patutla orang dok perkata metaball dia... memang MARVELOUS! SEDAPP! Sampai ke hari ni kitorang teringat2 lagi. Masa ni gigirl tak ikut. Boleh la menikmati makanan tu.


Dah abis makan, kite sambung shopping.. Kat IKEA ni kan kite kena ambil barang sendiri. Cari la korang kat gudang dia tu. Masa memula tengok barang tu, jangan la lupa nak catit barang tu kat seksyen mane, rak berapa. Sebelum nak ke gudang tu, akan melalui area household. Sempat la mummy grab beberapa brg yang berkenan. Hihihi...
pilih! pilih!

Total semua RM119 = (RM79 + (RM10*4)) --> Dalam Bajet! Like! Like!
Rack 15 
Bila dah sampai rumah, cepat2 ayah pasang sebab tak sabar nak kemaskan meja komputer sekarang which is   meja makan.. huahuahua..
Gigirl sibuk 'tolong' ayah dia

Tadaa! Dah siap pasang!

Friday, November 18, 2011

Kereta Kena Servis Dulu Kalau Nak Jalan Jauh


Motip mummy letak gambar ni adalah sesaja! hahahaha! Sebenarnya mummy nak citer pasal 2nd Maternity & Children Expo kat Midvalley Megamall. Mummy sempat la pergi tengahari tadi dengan ofismate. Semangat Mummy snap gambar tapi rupa2nya mummy tak masukkan memory card. So, apa yang mummy snap tadi simpan dalam memori kamera. Dah la tak bawak kabel, so next time la mummy citer ey walaupun dah lambat sikit. Tapi mummy tak beli pape brg pon kat expo tu sebab sume dah ada plus baru je shopping baju2 gigirl yang dah bertukar saiz tu.

Gambar kat atas tu adalah mesej dari IKEA. Pesan supaya kite selenggara kereta kite mengikut jadual. Macam mummy ni kadang2 buat sendiri je. Tak mengharap hubby buat pun macam sesetengah orang. Laki i bz. Meeting manjang. So mummy kena berdikari sendiri. Lagipun dah biasa buat semua ni since belajar lagi. Tak pernah harap abah mummy buatkan pun sebelum ni. 

Kite kena la selenggara mengikut jadual. Lagi2 kalau nak jalan jauh tu. Karang dibuatnya tetibe kereta buat hal dalam perjalanan, tak ke haru? Kalau laki bini takpe. Ni dengan anak2 kecik. Sian kat dorang. Lagi satu, kalau selenggara kat bengkel2 biasa bolehlah buat hari minggu. Tak payah nak appointment2.. Tapi kalau kat Pusat Servis Kereta macam Proton, Perodua, Kia dll kan kena buat appointment dulu. Kalau hari minggu memang tak dapat la.. Penuh je manjang kan... Nak kena book sebulan baru dapat agaknya. Nak tunggu pun bukan main lama. 

Jadi kepada orang2 diluar sana, sila lah selenggara kenderaan anda (ulang lagi). Kat TV pon selalu ulang benda yang sama lagi2 kalau musim perayaan. Haa..tu je la mummy nak membebel. Membebel lebih2 kang ada lak yang protes.. ;-P

Oleh kerana ni mesej dari IKEA, next entry mummy nak citer pasal IKEA pulak. Daa~~

Thursday, November 17, 2011

Kawasan Larangan!

Dengan ini diisytiharkan bahawasanya DAPUR adalah KAWASAN LARANGAN untuk si gigirl berlegar2!

Nape statement mummy cam ni? Haa.. meh sini mummy nak citer sikit.. Sekarang ni mummy dah pasang safety gate kat dapur. So, gigirl dah tak leh masuk dapur la.. Bukan apa, dapur ni kan tempat berbahaya.. Cewah! Yela, kadang2 pisau atau gunting atas kabinet tu je. Si gigirl tu dah boleh mencapai. Apa yang mummy risaukan, kalau2 dia tarik wayar thermopot dia.. Mane la tau kan.. Dah la dalam tu air memang sentiasa panas kan. Karang dia tarik, tertumpah lak air panas.. Mintak elak la sume tu..

Kejadian yang berlaku:
1 - Baru2 ni mummy ada buat kek. Mestila kite nak panaskan oven dulu kan. Bila masa mummy nak masukkan kek tu, pintu oven pon terbukak.. Dengan pantasnya si gigirl gi mencapai bucu pintu oven tu.. yang mana kat situ mmg panas giler.. tergamam la dia sebab dah pegang benda panas kan..

2 - Hari ahad lepas, masa mummy buat kek jugak.. Ayah gigirl ni pon tengah masak nasi goreng.. Gigirl pon menyibok la kat dapur.. Kite dah bagi chance kat dia tengok katun, tp dia bolayan.. Menyibuk jugak nak ke dapur.. Nak, dapur kite tu kecik je.. Mummy ngan ayah masuk dah sempit.. Kamu nak menyibuk2 lak.. Sekali kepala dia terkena bucu handle kitchen kabinet tu. Dah la tajam. Memang dia menangis + meraung sekuat ati.. Kesian bucuk mami..

3 - Mummy tengah sibuk2 nak masak. Tapi masa tu tengah pegang pisau sebab memotong sumthing (mummy pon dah tak ingat apa dia).. Kebetulan ada air tumpah, mummy pon lap je la cam tu.. Tetibe gigirl dtg sambil berlari.. Terus jatuh anak aku.. Haish... Mummy yg tengah pegang pisau terus terpa kat dia.. Tak ke bahaya kan...??? Mintak elak la benda buruk berlaku kan..

Penyelesaiannya:
Mummy dan hubby gi beli safety door gate kat Jusco. Brand Sweet Cherry. Kitorang ni pulak satu hal, dah tau nak gi beli tapi tak ukur dulu saiz pintu dapur tu.. So, kitorang main agak je laa... Beli 1 door gate ngan 2 extensions (LD3-mengandungi 2 pcs batang besi untuk satu kotak). So, bila pasang kat umah kitorang, rupanya kitorang perlu beli lagi satu extension LD2 (mengandungi 1 pcs batang besi). Tapi buat sementara ni, pakai je dulu apa yang ada.. Si gigirl rupanya boleh mencelah kuar dan masuk disebabkan door gate kitorg tu tak cukup extension.

Inprogress:

Tada! Siap pasang!

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday (3)


Kek Lapis Chocolate Cheese 
- resepi dari MIL.
- share resepi kemudian k.

Tuesday, November 15, 2011

My Wishlist for End of 2011

Ada 2(dua) items je...

1) KitchenAid Mixer
uols tau tak kat mana mummy leh dapat mixer ni? Bukan apa mixer yang ada sekarang leceh sikit nak pakai... Kena dok lama kat dapur... Nak pukul butter sampai kembang memang amik masa yang lama... So, kalau mummy dapat mixer kat atas ni, best la.. Makinla aura kerajinan mummy menyerlah untuk buat kek.. Dan selalu la family dan opismate dapat makan kek.. dan yang paling penting, makinla badan kembang sebab makan kek...hihihi.. Takpe2, pas opishour kite gi gym.. Dapat 20 minit workout pon kira ok apa..

Wishlist yang kedua pula ialah:

2) Samsung Galaxy Tab 10.1
wishlist yang kedua ni pulak mummy perlukan untuk update blog dan facebook mummy di mana2 compare guna henfon.. Nak update blog guna henfon? huish! Gila Susah.. Hahaha... Bila dah ada Tab ni, tak perlu la mummy nak bukak laptop lagi.. Dan berebut dengan gigirl.. Tapi bila dah ada tab ni nanti pon, menjadi kemusykilan kat mummy ni... Adakah gigirl tidak akan berebut ngan mummy lagi? Adakah dia akan bergembira dengan menggunakan laptop mummy? Cewah... Macam budak besor dah.. Padahal 2 tahun pon belum lagi.. 

Mummy mengharapkan supaya impian mummy untuk mendapatkan dua items ini tercapai pada ujung tahun ini atau awal tahun depan... Wish Me Luck!

P/S: Tahun ni bonus bape bulan ey? ;-P



Sunday, November 13, 2011

Pink + Purple + White

Hari ni mummy sekeluarga pergi kenduri kawen kat Dewan Seri Melati, Perbadanan Putrajaya. Actually, yang kawen ni anak kepada kawan parents mummy + kawan adik mummy yang kat Labuan tu + kawan kitorang gak.. hehehee... Warna tema wedding ni ialah pink+ purple + white. Dekat kad jemputan tu dah siap2 tulis tema pakaian untuk tetamu.. Alahai.. Nasib baik takde masalah kat mummy sekeluarga.. memang banyak baju warna cam tu..

Makanan memang best! Rasa nak tambah lagi tapi malu... hihihi.. Cendol pon sedap... Nak kata sebab lapar tak gak.. pagi tu mummy dah siap breakfast.. Bila pengantin sampai je kat pelamin, tetibe ada bunga api kuar... MC majlis ni Halim Othman and the geng dari Suria FM. Dia pon terkejut ada bunga api dalam dewan.. hehehe..

Pengantin diarak ke Pelamin

Bersanding

Mamam


Baca Doa






Pengantin menuju pelamin

bunga api

Friday, November 11, 2011

sebelas sebelas sebelas



Cantik tarikh hari ni.. 11.11.11... Ada yang kahwin ari ni.. ada yg beranak ari ni.. ada yang sambut bufday ngan anniversary ari ni.. tak kurang jugak, ada yang berpisah ari ni..tapi kalau boleh biarlah sumenye yang hepi2 saje kan... pada baby yang lahir hari ni kat terengganu, cantikla tarikh IC dorang.. 111111-11-****... Kalau bernasib baik, ada la yang dapat 111111-11-1111.. kan...

Hari ni takde la yang istimewa sangat kat mummy.. biasa je sumenye... cuma ari ni, bertarikh 11.11.11 umah mummy dah ada unifi.. bolehlah surfing sepuasnya...

Takde apa yang mummy nak citer dah.. sebab gigirl dah bereput lappy ngan mummy..

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday

Dessert For Yesterday = Bread Pudding + Corn Ice Cream

Tuesday, November 8, 2011

Cant Wait!!


Tak lama lagi umah kitorang akan ada Internet... Bestnyee.. Lepas ni boleh la surfing sepuas2nya... Dan yang penting, berblogging sepuas hati.. Huahuahua... Nampaknya pasni jarang la surfing dan blogging time ofis hour.. (alamak! kantoi sudah!)... Kalau uols nak tau, sebelum ni memang kitorg ada pakai streamyx tp sebab dah pindah dari umah kat Subang Jaya tu, terpaksa la terminate streamyx tu.. Udahnye pakai mobile broadband je..

Masalah yang datang pulak, umah kitorg (Puchong area) ni tak support lak untuk coverage mobile broadband tu.. bila dah cukup setahun , baru la kitorang terminate (baru2 ni je). Banyak gunakan kalau kitorang balik kampung je.. Yang peliknya, kat kampung laju je.. Isk..isk.. Bila baru2 ni kitorg terminate mobile broadband ni, kitorg rasa x best.. setakat surfing guna fon, sangat limited dan tak best.. Jadi, setelah berbincang suami isteri, kitorang sepakat untuk register Unifi. Yeah! Hari ni hubby gi register dan jumaat ni dorang nak pasang.. best! best! Rasa nak apply cuti je hari jumaat ni.. hahahaa.. Over gitew kan! Perasaan hubby mummy tak tau la cam ne sebabnya dia kena korbankan chanel sport ngan mustika dari astro.. hehehe..

Nanti bila dah install kat umah, mummy citer detail lagi k.. Hehehe...

Al-Hijab Movie

Cuti raya haji lepas, mummy ngan adik beradik sepakat nak beli citer Al-Hijab ni kat Astro First. Sebab tengok iklan dia cam seram je.. Yela, citer Pierre Andre sebelum ni kan seram2 mcm Jangan Pandang Belakang ngan Jangan Tegur. Sebelum mummy citer pendapat mummy pasal citer ni, meh kite tgk sinopsis dulu. Walaupun citer ni dah ditayangkan sebulan lepas, tapi ni just review dari mummy je la.. yang baru sempat nak tengok..
Sinopsis Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.







Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. 


Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. 



Pandangan Mummy... 
  • Starting citer ni dia mengisahkan kisah orang lain (bukan kisah Rafael) yang sesat dalam kawasan yang sama dan bertemu dengan satu geng (yang sesat gak) yang nak bawak tunang rakan dorang pergi berubat sebab kena rasuk sebelum tu. Tak tau la apa kena mengena dengan citer ni sebenarnya.. Mummy tak dapat nak berfikir..
  • Ada sedikit tanda tanya semasa Rafael terima sms daripada nombor yang tidak dikenali. Macam mana orang tu boleh tau no fon dia dan tau yang dia ni nak bukak hijab.
  • Pastu lak, lepas dia bukak hijab tu, memang la dia leh nampak hantu2 ni. Tapi ada satu part ni masa perjalanan dia balik ke rumah, orang lain leh nampak hantu ni tp dia tak nampak.
  • Pastu lak tetibe kete dia rosak, dia tahan satu lori ni. Lakonan Bell Ngasri, Munir Phyne Ballerz ngan sorang mamat indon (xtau la nama sape). Part ni lawak giler. Terkekek2 mummy gelak adik beradik. Masa part ni pon, Rafael tu leh dok sama kat belakang ngan hantu. Tapi dia tak nampak. Org lain yang nampak.
  • Rafael leh berjalan kaki balik umah sendiri. Siap singgah dulu kat kuarters lama. Sampai umah tertido jap, mandi bagai..jam baru kul 1:48 am...Sekejap je kan.. Hehehe..Malam tu gak la Rafael ni kena kaco ngan hantu yang ikut dia tu.. 
  • Bole la layan gak citer ni.. Hehehe.. 
  • Sape2 yang belum tengok tu, leh la langgan citer ni kat astro first.. RM15 je. 

"BERSEDIALAH BILA HIJABMU DIBUKA....."

Tuesday, November 1, 2011

Lesung Batu vs Blender


VS

 
 


Nape tajuk entry mummy kali ni cam ni? haa.. ni mummy nak cite pasal neber umah mummy ni.. ada ke patut pukul 5 pagi lebih dah ketuk2 lesung batu nak wat sambal ke tumis bagai?! nape ko tak guna blender ke? atau dry blender tu? atau pon ko lapik la lesung batu tu dengan kain yang banyak.. agak2 la nak ketuk2 sambal pepagi buta.. tak salah ko nak masak tp agak2 sikit.. kite ni dok umah sarang burung.. ko tak pikir ke org bawah tengah tido ke hape? nasib gigirl mummy tak bangun.. kalau tak dah satu hal nak melayan dia pepagi buta.. dah rasa dok umah flat la pulak pepagi tadi.. hangen tol.. sebelum ni ko nak ketuk2 sambal kul 7 - 8 malam, mummy tak kisah lagi.. leh sabar lagi.. mummy ni ebendo nak wat sambal belacan secoit pon guna dry blender hokey.. lantak la yang penting mummy tak tumbuk2 lesung batu bg org bawah hangen kan..