LIKE

Tuesday, November 8, 2011

Al-Hijab Movie

Cuti raya haji lepas, mummy ngan adik beradik sepakat nak beli citer Al-Hijab ni kat Astro First. Sebab tengok iklan dia cam seram je.. Yela, citer Pierre Andre sebelum ni kan seram2 mcm Jangan Pandang Belakang ngan Jangan Tegur. Sebelum mummy citer pendapat mummy pasal citer ni, meh kite tgk sinopsis dulu. Walaupun citer ni dah ditayangkan sebulan lepas, tapi ni just review dari mummy je la.. yang baru sempat nak tengok..
Sinopsis Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.







Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. 


Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. 



Pandangan Mummy... 
  • Starting citer ni dia mengisahkan kisah orang lain (bukan kisah Rafael) yang sesat dalam kawasan yang sama dan bertemu dengan satu geng (yang sesat gak) yang nak bawak tunang rakan dorang pergi berubat sebab kena rasuk sebelum tu. Tak tau la apa kena mengena dengan citer ni sebenarnya.. Mummy tak dapat nak berfikir..
  • Ada sedikit tanda tanya semasa Rafael terima sms daripada nombor yang tidak dikenali. Macam mana orang tu boleh tau no fon dia dan tau yang dia ni nak bukak hijab.
  • Pastu lak, lepas dia bukak hijab tu, memang la dia leh nampak hantu2 ni. Tapi ada satu part ni masa perjalanan dia balik ke rumah, orang lain leh nampak hantu ni tp dia tak nampak.
  • Pastu lak tetibe kete dia rosak, dia tahan satu lori ni. Lakonan Bell Ngasri, Munir Phyne Ballerz ngan sorang mamat indon (xtau la nama sape). Part ni lawak giler. Terkekek2 mummy gelak adik beradik. Masa part ni pon, Rafael tu leh dok sama kat belakang ngan hantu. Tapi dia tak nampak. Org lain yang nampak.
  • Rafael leh berjalan kaki balik umah sendiri. Siap singgah dulu kat kuarters lama. Sampai umah tertido jap, mandi bagai..jam baru kul 1:48 am...Sekejap je kan.. Hehehe..Malam tu gak la Rafael ni kena kaco ngan hantu yang ikut dia tu.. 
  • Bole la layan gak citer ni.. Hehehe.. 
  • Sape2 yang belum tengok tu, leh la langgan citer ni kat astro first.. RM15 je. 

"BERSEDIALAH BILA HIJABMU DIBUKA....."

0 comments: