LIKE

Sunday, November 20, 2011

Jalan-jalan di Ikea

Di satu hari yang damai dan tenang, mummy dan ayah pergi ke IPC atau dulu dikenali sebagai Ikano. Motip ke sana sebab nak cari meja komputer. Meja komputer tersebut mestilah bercirikan modern + simple. So, jawapan yang kami dapat --> IKEA!
Misi mencari pun bermula la.. As u know, kat IKEA kan dia ada buat showroom untuk bilik, toilet dll. So, mummy ngan ayah jenguk2 dulu kat showroom dia. Bila dah dapat apa yang kami nak, baru catat kat Shopping List yang tersedia.Pastu nanti baru la pilih yang mana berkenan. Bajet kitorang untuk meja komputer ni ialah tak lebih dari RM200.
Showroom - motip tangkap gambar dapur sebab nak tunjuk kat mak. Hihi


Sebelum turun ke level bawah IKEA tu, kitorg singgah dulu kat cafe dia sebab nak rasa MeatBall yang orang dok perkata. FYI, kitorang tak pernah makan metaball dia sebab setiapkali pergi sana, mesti ramai giler orang kat cafe tu. So, ari tu tengok tak bape nak ramai, singgah la. Amik 10 biji je share 2 orang. Berharga RM10 saja. Hmmm... Bila dah rasa, patutla orang dok perkata metaball dia... memang MARVELOUS! SEDAPP! Sampai ke hari ni kitorang teringat2 lagi. Masa ni gigirl tak ikut. Boleh la menikmati makanan tu.


Dah abis makan, kite sambung shopping.. Kat IKEA ni kan kite kena ambil barang sendiri. Cari la korang kat gudang dia tu. Masa memula tengok barang tu, jangan la lupa nak catit barang tu kat seksyen mane, rak berapa. Sebelum nak ke gudang tu, akan melalui area household. Sempat la mummy grab beberapa brg yang berkenan. Hihihi...
pilih! pilih!

Total semua RM119 = (RM79 + (RM10*4)) --> Dalam Bajet! Like! Like!
Rack 15 
Bila dah sampai rumah, cepat2 ayah pasang sebab tak sabar nak kemaskan meja komputer sekarang which is   meja makan.. huahuahua..
Gigirl sibuk 'tolong' ayah dia

Tadaa! Dah siap pasang!

0 comments: