LIKE

Tuesday, November 22, 2011

Kek Lapis Coklat Cheese

Seperti yang dijanjikan

Bahan A:
250 gm butter
300 gm brown sugar
4 biji telur gred A / 5 biji kalau guna gred B
90 gm serbuk koko
200 gm tepung gandum

Bahan B:
500 gm cream cheese - mummy guna 2 ketol cheese philadelphia
100 gm gula
4 biji telur gred A / 5 biji kalau guna gred B
1 sudu tepung gandum

Cara-cara Bahan A:
1- Pukul butter dengan gula sampai kembang
2- Masukkan telur sebiji-biji
3- Masukkan serbuk koko
4- Masukkan tepung gandum
5- Tuang adunan dalam bekas yang nak dibakar - sebelum tu panaskan oven dulu. Guna api bawah sahaja.

Cara-cara Bahan B:
1- Pukul cream cheese dan gula sampai kembang
2- Masukkan telur satu persatu -Tadi biji, ni satu lak. Apa beza dia?
3- Maukkan tepung gandum
4- Lapiskan adunan ni atas adunan A tadi.
5- Bakar adunan tersebut menggunakan kaedah steam baking dengan menggunakan api bawah sahaja. Suhu 175 darjah celcius (depend pada oven memasing ye) selama 1 jam 15 minit (kalau macam tak masak lagi, tambah la masa lagi sikit .


Notakaki mamiween:
1.  Steam Bake: Membakar dalam oven sekali dengan air. Contohnya, bekas adunan tadi kite letakkan atas
     bekas yang lebih besar yang berisi air. Untuk mengelakkan kek menjadi kering.
2. Sebelum tu, kalau guna loyang macam mummy tu, kena la lapiskan kat bahagian luar dengan aluminium foil
    supaya air tak masuk dalam bekas tersebut.


Bahan A siap diadun

Bahan B siap diadun

Bekas yang dilapis dengan aluminium foil




Siap! Kek ni nampak kecik sebab mummy guna setengah dari bahan. Tetibe teringin nak makan, so wat sikit je la.

Selamat Mencuba!

1 comments:

Anonymous said...

nak tanya, acuan saiz berapa untuk buat kek ni?