LIKE

Friday, November 18, 2011

Kereta Kena Servis Dulu Kalau Nak Jalan Jauh


Motip mummy letak gambar ni adalah sesaja! hahahaha! Sebenarnya mummy nak citer pasal 2nd Maternity & Children Expo kat Midvalley Megamall. Mummy sempat la pergi tengahari tadi dengan ofismate. Semangat Mummy snap gambar tapi rupa2nya mummy tak masukkan memory card. So, apa yang mummy snap tadi simpan dalam memori kamera. Dah la tak bawak kabel, so next time la mummy citer ey walaupun dah lambat sikit. Tapi mummy tak beli pape brg pon kat expo tu sebab sume dah ada plus baru je shopping baju2 gigirl yang dah bertukar saiz tu.

Gambar kat atas tu adalah mesej dari IKEA. Pesan supaya kite selenggara kereta kite mengikut jadual. Macam mummy ni kadang2 buat sendiri je. Tak mengharap hubby buat pun macam sesetengah orang. Laki i bz. Meeting manjang. So mummy kena berdikari sendiri. Lagipun dah biasa buat semua ni since belajar lagi. Tak pernah harap abah mummy buatkan pun sebelum ni. 

Kite kena la selenggara mengikut jadual. Lagi2 kalau nak jalan jauh tu. Karang dibuatnya tetibe kereta buat hal dalam perjalanan, tak ke haru? Kalau laki bini takpe. Ni dengan anak2 kecik. Sian kat dorang. Lagi satu, kalau selenggara kat bengkel2 biasa bolehlah buat hari minggu. Tak payah nak appointment2.. Tapi kalau kat Pusat Servis Kereta macam Proton, Perodua, Kia dll kan kena buat appointment dulu. Kalau hari minggu memang tak dapat la.. Penuh je manjang kan... Nak kena book sebulan baru dapat agaknya. Nak tunggu pun bukan main lama. 

Jadi kepada orang2 diluar sana, sila lah selenggara kenderaan anda (ulang lagi). Kat TV pon selalu ulang benda yang sama lagi2 kalau musim perayaan. Haa..tu je la mummy nak membebel. Membebel lebih2 kang ada lak yang protes.. ;-P

Oleh kerana ni mesej dari IKEA, next entry mummy nak citer pasal IKEA pulak. Daa~~

2 comments:

Ila Zabidi said...

Mamiween...
betul tu..kena servis kereta sblm jalan jauh..kalau ader org nk tolong buatkan takper kan..kan hehehe

mami ween said...

memang..tak semua orang bergantung pada suami je kan..