LIKE

Monday, November 21, 2011

Tangan Panas Sebab Cili

Pic credit to cokeworldcitizen

Ha...mummy nak share satu petua ni.. Ni apa yang terjadi pada mummy hari ni la.. Dek kerana hari ni EL, so ada la masa untuk memasak pagi dan dinner. Menu dinner mummy hari ni ada sambal belacan. Semalam kat kampung mak petikkan pucuk ubi ngan jantung pisang. Sedap makan ngan sambal belacan.

Hari ni mummy tak pakai blender so ketuk guna lesung batu. Orang kata sedap kalau guna lesung batu. Ntah la..mummy rasa sama je..hehehee... (ari tu baru dok bebel kat blog ni pasal lesung batu) Tapi mummy lapik ngan kain berlapis2 tau.. Lagi pon masa mengetok tu org gi keje..

Nak dipendekkan citer, abis memercik2 la cili padi kat tangan mummy.. Dah lepas tu memang rasa panas je la.. Siram ngan air pon tak hilang.. Tak tahan dengan kepanasan tu, mummy mandi tanpa bukak water heater, tapi kepanasan tu tak reda gak.. Puas macam2 mummy buat tapi tak hilang gak. Pas maghrib, mummy sekeluarga makan. Berpeluh2 dek kerana sambal belacan itu pedas.. Hihihi.. Kitorg suka makan pedas tapi tak berapa nak tahan.. Lepas makan tu, baru mummy sedar yang panas kat tangan tu dah hilang.. Pelikkan??

Jadi, mummy wat conclusion kalau nak hilangkan panas tangan/badan akibat terkena cili padi, kite kena makan dulu makanan yang kite wat dari cili padi. Bagi peluh keluar.. Sekian...

P/s: Ni dari pengalaman mummy je la.. kuang kuang kuang  ;-D

Nak menempek gak, Semoga Harimau Muda menang hari ni!!

2 comments:

Anonymous said...

best la blog nih...bykkan crita psl jln2 cari mkn lg ye...nti bley gi try... :)

mami ween said...

tq.. datangla jenguk selalu ye..