LIKE

Saturday, December 31, 2011

Red Velvet Cake (RVC)

Cuti Isnin lepas mummy berkesempatan la buat RVC.. Hari2 akhir sebelum my sis balik Labuan. Jenuh nak mencari barang topping dia.. Mascarpone Cheese.. Mummy dapat dekat Cold Storage The Gardens. Ni la rupa Cheese tu.. 

Mummy ikut resepi dari JoyOfBaking. Dah dua kali la kiranya mummy buat ni.. Nak buat senang je tapi cheese tu mahal dan susah dapat.. Hari tu mummy wat pon cepat je habis.. Rupa2nya adik2 ngan mak mummy suka gak makan kek ni.. Leh la len kali wat lagi kan.. 

Jom Makan!


Kalau nak tengok resepi, leh la refer kat web JoyOfBaking tu.. Hehehe..
Ni video cara2 buat dia...

Friday, December 23, 2011

Berombak Rindu


Akhirnya, mummy dah tengok filem Ombak Rindu yang orang dok kata2 tu..  Dan yang bestnye mummy dapat gak tengok ngan hubby.. Hehehe.. Kitorang tengok ramai2 dengan beberapa ofismate mummy.. Kitorang tengok hari kedua terakhir tayangan kat pawagam..

Best la citer Ombak Rindu ni.. cuma part memula tu sebab dia terlalu nak ikut novel, jadi scene tu pendek2 sangat.. Citer ni pon sedih gak la.. Mummy ni dah la sensitip.. Tengok orang nangis pon mummy leh nangis.. Apa lagi mcm citer Ombak Rindu ni.. Aaron Aziz nangis?! Mummy pon nangis la.. Sedih jugak bila menjiwai watak Izzah lakonan Maya Karin tu.. Kalau mummy jadi macam dia, memang sedih la.. Huhuhu.. Tapi yang mummy bengang masa tengok citer ni, hubby dok kacau2 mummy. Baru nak feeling2 tetibe terbantut sebab dia kacau. Rasa cam bawak dak kecik lak.. Hehehe.. "jangan marah B... Syg tau B sedih tu B kacau syg kan.." Hehehe.. Ada ke patut dia kata mummy cam Mila dalam citer tu.. Adeh..

Dua hari ni mummy dok dengar OST Ombak Rindu ni je.. Layanzz...




Feeling habih!! Confirm mummy beli DVD dia nanti bila kuar..

Flaming Steamboat

Semalam mummy sekeluarga gi dinner kat Flaming Steamboat branch Shah Alam. Dah lama plan nak makan kat Flaming ni.. Sejak pregnant lagi.. Tapi semalam baru dapat gi. Shah Alam ni branch baru dia. Kat Seksyen 33. Pas keje semalam, amik gigirl kat umah ibu, amik hubby kat rumah, kitorang terus ke sana. Dah siap book by phone dah.. Sana dia sediakan surau. So, bolehla solat Maghrib je kat sana.

Sampai sana, terus bayar dan makan. Semalam dia tak bukak ruang makan bawah. So kena naik atas untuk makan. Harga untuk sorang rm28.50 termasuk tax. Boleh la tengok website dia nak tau detail.

So far pendapat mummy ok je la.. Sebab mummy dah muak kot makan yang bahan yong tau fu tu.. Ari tu mummy beli stock banyak kat Hikmah Food, Gombak. Bagi mummy, Yuen Steamboat ngan Seoul Garden best lagi la. Flaming ni environment dia lagi cantik la compare Yuen tu.. Seoul Garden memang lagi best la dari yang lain tu.. Tengok la harga dia pon cam ne..hehehe

Aksi orang lapar

Air dan dessert



Lepas makan tu, dah alang2 kat shah alam, kitorg singgah funfair kat stadium Shah Alam. Memula ingat nak balik terus. Tapi gigirl ni bila nampak lampu warna warni, dia excited lebih.. So, kitorg saja la bawak dia ke funfair.. 


Thursday, December 22, 2011

Demam Melanda

Seminggu mummy tak update blog.. Ni gara2 demam dan sibuk pulak dengan kerja kat opis (patutnya ujung tahun ni relax2 la kan.. Ni tak, mummy dok sibuk kejar deathline yang laju ke depan ni.. gegege..)
Last weekend, mummy tetibe dilanda demam... Nasib baik masa tu kat kampung. Ada la org leh tolong jaga Gigirl.. Kalau tak, haru gak la.. Mesti dia nak menempek ngan mummy dia je.. Takpe la mummy yang demam.. Jangan gigirl demam dah la.. Gamaknya kena dok kampung la sebab mummy tak leh cuti dah.. Kang keje tak siap!

Ubat yang mummy kena makan


Selain dari mummy yang demam, ada sorg lagi kenit yang demam.. Tada...
Akid lepas baik demam

Friday, December 16, 2011

AirAsia oh AirAsia!

Leganyaaa mummy petang ni.. dah setel problem mummy pasal AirAsia.. 8hb Dis hingga 11hb Dis ari tu AirAsia ada buat sale kan yang tiket 10sen tu kan? Kali ni mummy dapat book gak. Fly ke Langkawi.. Memang dah lama mummy nak gi sana.. Konon2 nak honeymoon kat sana pas kawen ari tu.. tapi takde peluang berhoneymoon pun. Sale AirAsia tengah tahun ari tu dah book fly ke tempat lain bulan dua ni..

Dari pengalaman mummy sale AirAsia sebelum ni, memang la dasat. Sebabnya, sebelum ni memang mummy mengadap je masa nak booking tu. Dah la time ofis hour tau.. Petang dah nak balik tu baru mummy punya booking setel dan confirm. Tu citer sale sebelum ni la..

So, sale yang terbaru ari tu, mummy plan nak buat tengah malam.. So, mummy tido siap2 dulu.. Siap set alarm kul 12 malam. Tengah malam tu mummy bangun dan memulakan misi.. Booking tiket flight AirAsia Sale… Bayangkan dari pukul 12 malam mummy start misi, tapi masih tak berjaya gak.. Asyik masuk Waiting Room je.. Dah pukul 3 pagi tu, mummy set alarm pukul 4 lak.. Kononnya nak tido la.. Tetibe lak mummy dah leh masuk page booking.. Apa lagi, terus bangun la nak proceed nak buat booking.. Dah pilih2 sume bagai, siap nak ke payment.. Mummy ingat nak bayar cash la guna online banking. Tapi asyik failed je.. Baru mummy teringat agaknya tak leh buat online banking waktu sebab pukul 3 pagi kan.. Terus la mummy guna card credit.. Just click link itinerary kat bawah page tu. Dia akan gi page payment yang memula la.. Yang menyampahnya guna card credit ni sebab dia ada cas tau.. total 3 org rm48 kena cas.. membazir sungguh..

Bila dah confirm tu, mummy check la balik booking mummy kan… Arrggghhh!! Terkezut dan geramnya mummy tengok bila seat mummy 3 beranak takde.. Macam mummy amik free seating je.. Padahal mummy dah pilih seat awal2 tadi tu… Cas seat mummy tu jadi cas spoilage.. RM36 tu.. Tak pasal2 takde seat.. Mummy tak puas hati, mummy anta email kat AirAsia, tapi takde reply2.. Hari ni baru mummy berpeluang nak buat call kat call centre dorang.. Akhirnya mummy dapat kembali seat mummy.. Legaa sangat2.. Kalau tak, tak pasal2 membazir RM36 dan bayar balik untuk pilih seat lak…

Thanks AirAsia!! So far mummy naik AirAsia ni ok la walaupun ada satu kes kitorg 3 beranak nyaris2 tak dapat balik kampung time raya ari tu…Nak tau kisah, klik sini.. Berbaloi la dengan bayaran dia.. Kalau yang rasa2 tak ok tu dengan AirAsia, korang naik la MAS.. Korang banyak duit.. hehehee… OPS! 

Kalau korang ada problem macam mummy ni, jangan malu2 call AirAsia.. No dia 600859999.. Rate call dia RM1.95/minit.. Kalau nak benda setel, tak salah menunggu kan.. Memang kena tunggu lama sikit la.. So, sabar je la.. Info lanjut, sila layari web AirAsia.

p/s: sekali tiga post mummy hari ni.. hehehe.. Sume banyak bercerita.. 

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

**********************************************************************************************

Petikan diambil dari kosmo

     "Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

         PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental              disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.
“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.
Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.
Tiong Lai memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka."

**********************************************************************************************


Oh tidak! Risaunya kalau jadi macam ni.. Baru dua hari mummy balik lambat pun dah kesian giler dengan Gigirl. Main sorang2.. Tengok tv sorang2.. Ayah dia ada tapi sibuk kat depan laptop.. Kesian jugak kat ayah dia sebab mummy balik baru dia leh mandi makan sume.. Tak mo la mummy selalu balik lambat.. Kadang2 tu bolehla kan.. Kang anak ke mana, laki ke mana.. Yela, sampai rumah dah pukul 9 malam.. Wat itu ini, pukul 11 malam dah terlelap.. Esok pagi2 dah keluar keje.. Kalau satu kete ada peluang la nak bersembang2.. tapi lain2 kete.. Cam no? Langsung takde bersembang dengan hubby.. Hmm.. Nak kata dah lama kawin tak gak.. Belum pon 3 tahun lagi.. 
En. Suami, mummy nak apply keje SuriRumah Sepenuh Masa boleh? hihihi... Bila la masa tu akan tiba kan? 

Lesen Mati = Bufday


Lesen kete mummy mati 12/12/11 ari tu.. hari org Selangor cuti sempena bufday sultan Selangor.. Tapi mummy dah mintak hubby renewkan sebelum tu.. Nasib baik hubby sudi tolong renewkan.. Sekarang kan dorg tukar tarikh lesen kite mati ikut bufday kite.. 

So, bufday mummy ialah pada 13 Mac. Mummy ingatkan lesen mummy tu mati 13/3/2012. Sebab mummy renew setahun je.. Rupanya dorg wat 13/3/2013.. Dan yang paling bestnye, mummy tak kena cas rm15 tu.. sebab lesen mummy mati sebelum bufday mummy. 

Ada akak kat ofis ni, masa dia renew bulan sebelas ari tu, dia kena cas rm15 sebab lesen dia mati selepas bufday dia. Bufday dia bulan 10 tapi lesen mati selepas bufday dia.. So, kena la cas rm15.. Jadi, pada sesapa yang nak renew lesen nanti dan lesen korang tu mati selepas bufday korang, standby la bawak duit lebih.. Sebab kena cas rm15.. Mane la tau korang bawak duit ngam2 ke.. Tak le nanti nak kena datang lagi..

Memang la tak kisah pun kalau kena cas tu.. setakat rm15 kan.. tapi kalau org cam mummy memang kisah sebabnya bukan mummy yang nak tarikh tu ditukar.. Dorang yang buat peraturan kena tukar.. So, nape lak kite2 ni yang kena bayar.. kan... tu yang mummy mintak hubby tolong renewkan.. Kalau mummy yang pergi sendiri, mesti mummy banyak tanya ngan banyak cakap kat org pejabat pos tu.. Tak pasal2 lak dia bengang ngan mummy.. kekeke

Lesen kete mummy yang dah renew! Bayar untuk setahun, tapi dapat lebih setahun.. Tang tu mummy tak bising la.. kikiki...

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday (6)

Pemandangan di waktu malam

Saturday, December 10, 2011

Persamaan Blog Kami

Hari ni mummy nak share satu blog ni.. 'Doa Buat Alanna'.. 1st time mummy baca teresak2 menangis.. Dah la masa tu kat opis.. nape mummy menangis? kalau nak tau baca la blog tu sendiri.. Mummy tak dapat nak bayangkan kalau perkara tu jadi kat mummy.. minta simpang la.. tapi setiap kejadian ada hikmahnya kan..

Mummy memang follow blog dia tu. Saja untuk jadi bacaan mummy kat opis atau umah. Dah bape hari mummy tak tinjau blog dia. Hari ni baru tinjau sat. Tengok2 dia pakai template blog sama cam mummy.. Nama template mummy ialah Classy Pink.. Sebab mummy pilih template ni, simple dan pink.. Rasa teruja bila template blog kite sama org lain.. Hihihi.. Panggilan diri dia dalam blog pon sama cam mummy.. itu la persamaan kitorang.. hehehee.. 

Jom la tinjau blog dia dan sama2 kite sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah anak dia.. Mummy harap mummy Alanna tabah dengan dugaan Allah.. Mummy kagum dengan mummy Alanna.. Amin~~


Friday, December 9, 2011

Pencarian Berakhir

Ingat tak semalam mummy dapat surprise dari hubby mummy? So, lepas amik gigirl kitorang terus ke sunway pyramid. Motip utama haruslah nak cari casing ngan screen protector tab mummy. Jenuhla mencari. Kalau boleh mummy tak mo la tebal2 cam diary tu.

Kul 9pm baru dapat jumpa casing yang berkenan. Sebijik sama cam ofismate mummy. Jangan kitorg tetukar nanti dah la. hehehe..

Entry ni mummy test guna tab ni. Lambat sikit gla sebab mummy tak biasa guna lagi. Ni la dia casing yang mummy amik. mummy amik hitam je. yang ada semalam pun kaler hitam ngan pink je. kalau agak2 boring ngan hitam ni, tukar la dgn kaler lain.


p/s: last2 guna pc gak.. hadoi! 

Thursday, December 8, 2011

Surprise!!

Hari ni mummy sangat HAPPY!! sebabnya mummy dah dapat salah satu dari wishlist mummy.. Mummy sangat gembira, terkejut dan macam2 perasaan ada.. Masa memula dapat pagi tadi, sebelum gi assembly tempat mummy keje, rasa berdebar2 jantung mummy tau masa tu.. Siap tangan menggeletar bagai la.. Hahaha.. Macam tak percaya!! Hubby mummy hadiahkan wishlist mummy tu.. Rupanya dia dah planning dengan ofismate mummy, Nadieeyya Rahman

Cam ni citernye, tengah bulan 11 ari tu, Nadieeyya ni offer la kat mummy benda ni dengan harga promotion untuk staff je.. Memandangkan husband dia ex-staff satu kampeni ni, so leh la beli benda ni dengan dia.. Apa benda ni? Haaa..nanti dulu.. Sape2 yang dah penah baca entry mummy sebelum ni tau la kot apa dia.. Masa Nadieeyya offer tu, mummy sangat excited la.. Citer la kat hubby sebab mummy memang nak sangat tau benda ni.. Kena book dan bayar terus sebelum bape hb ntah.. tak ingat dah.. Dapat benda ni akhir bulan.. Tapi akhirnya mummy tak beli pon sebab memandangkan masa tu nak pakai duit untuk benda lain.. Ada sikit frust la.. Tapi takpe.. lom ada rezeki.. Cewah! Sedapkan hati sendiri yang frust.. Hihihi..

Tetibe pagi ni Nadieeyya bagi mummy benda ni.. Mummy macam... Hmm... Erkk.. "Untuk aku ke Nad?" "Sape punya?" Masa ni jantung dah berdegup laju dah.. Mana taknya, brg yang mummy idam2kan ada kat tangan sekarang... Haish.. Biar betol Nad ni.. Akhirnya Nad bagitau la sape yang bagi kat mummy... 

Waahh!! I Love u B!! Love u So Much!! Muawh!! Muawh!! Muawh!!

Tak sangka tau dapat present ni. Siap berikat ribbon kuning.. hehehe.. Pandai ey korang berpakat... Malu mummy heret ke assembly tadi.. Mesti org tau br dapat hadiah.. hehehe. Sebelum ni, Nadieeyya ada la update entry kat blog dia pasal surprise. Bila mummy baca entry tu, mummy tanya dia sape kawan dia yang nak wat surprise kat wife dia tu? Sebab cam best sangat2.. Tapi dia kaver line cakap kawan sekolah dia dulu.. Haish.. Hampeh ko Nad.. Ko pekena aku.. hehehee.. Tapi kalau dia bagitau awal2 takde la surprise kan? kan? 

Pada pembaca2 sume, perasaan mummy sangat gembira, excited, sume ada.. seperti berada di awang awangan.. terbang ke sana ke mari dengan senyuman yang lebar.. sampai ofismate cakap, muka mummy bulat hari ni sebab senyum manjang... Hihihi.. 

Ni la surprisenye....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Samsung Galaxy Tab 10.1

Notakaki mamiween: 
1- Apa yang merunsingkan mummy lepas ni ialah sesi berebut dengan gigirl. Kita tunggu dan lihat.. =D


Kenny Rogers (KR) IOI Mall Puchong

Hari Selasa ari tu, pas anta PIL ke airport (sebab dorang nak balik Kuching dah), mummy, hubby dan gigirl ke IOI Mall.. Cadangnya nak ke Sunway Pyramid.. Tapi rasa malas lak sebab bila fikir balik tu nanti akan tempuh jem kan.. Org lain keje, kitorg je cuti.. kekeke...

Lastly, gi IOI Mall je yang kat Puchong tu.. Dekat sikit dari umah kitorang.. Memula plan nak tgk Puss In Boots.. Sesaja la nak bawak gigirl tgk wayang.. !st time nak bawak dia.. Tapi kat IOI, sume citer katun adalah 3D. Celah mana gigirl nak pakai spek 3D tu.. So, cancel.. Tapi dalam hati berkata2 supaya hubby setuju kalau kite tgk Ombak Rindu.. Tapi, hampa.. Huhuhu.. Gigirl mesti tido punya kalau tengok Ombak Rindu.. Dia pon seharian tak tido lagi.. 

Tak jadi tgk wayang, kitorg gi makan je.. Selalunya kalau gi IOI mesti kitorg akan makan Ayam Penyet.. Ari tu pon nyaris2 nak makan Ayam Penyet.. tapi tetibe mummy teringin nak makan kek dan ayam panggang lada hitam (dalam bahasa melayu dia) tu yang decide ke KR. Kat KR pon ada kek.. Muffin tu la kek dia.. hehee.. Sebenarnya memula nak kek SR (Secret Recipe) sebab ikutkan nafsu.. tapi bila dah kenyang, kansel! 

Gigirl dapat lolipop jugak akhirnya dari mummy.. Beria2 dia nak masa kitorg lalu kat Famous Amos. Tak sampai hati, belikan la jugak.. Refer entry sebelum ni pasal lolipop gigirl.

Mummy pon menyempat amik ni: Choc Chip with Pecans.. Nyum! Nyum!

Suasana KR IOI Mall Puchong

Vanilla Muffin. Sedap makan panas2!

Me!



Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday (5)


Cucu-cucu nenek

Tuesday, December 6, 2011

1st Kek Karamel

Ni la kek karamel yang mummy wat... pasni nak try lagi.. tp kali ni kena doublekan bahan karamel tu supaya tebal sikit dan ikut step resepi.. sebab mummy tersalah teknik... 1st, mummy kacau kuat2 telo kuning dia masa nak wat karamel tu sampai berbuih2 gitew.. 2nd, mummy tak tapis bahan karamel tu masa nak tuang kat loyang.. mane taknye.. gigirl menjerit2 nak didukung.. adoyai anakku..

mummy ikut resepi fromintankitchen... sedap kek ni bila kite makan dengan karamel sekali... tak susah pun nak wat.. pasni mummy nak wat lagi sekali tapi guna kaler yang soft je.. hehee.. yg 1st ni mummy guna pewarna yg sedia ada kat umah ni je..


Monday, December 5, 2011

Minggu-minggu yang sibuk

Mummy tak dapat nak update blog selalu la sekarang ni. Memandangkan mummy buzy yang teramat sangat... Mana taknya, mummy kena kejar kerja mummy... mummy ni bukan la hardcore programmer.. walaupun hanya menggunakan php.. tp mummy tidak la sepower itu.. bayangkan la mummy kena setel projek less than 2 months! gilos! menci ar... stress mummy sebab keje... memang rasa nak benti je 24hrs bila projek dari kayangan datang.. huhuhu...


Bila nak hilangkan stress, mummy pun main la game... Farmscapes... Best woo game ni.. kite kena bina ladang.. hehehee.. Game ni mengisahkan sorg atok ngan sorg cucu sama2 nak membesarkan dan memajukan ladang dorg dari dijual pada developer yg nak wat shopping mall kat tanah dorg.. So, mummy pon tolong la depa ni supaya tanah dorg tak kena jual... leh la cucu ni nnt mewarisi ladang tersebut.. kekekee.. cenggitu la kesimpulannya...


Hasil kek karamel mummy pon mummy tak citer lagi kan... nanti ada masa mummy citer la.. tp tu 1st time wat... rasa ada..presentation cam erkk... hmmm.. tu je la mummy leh komen... heheheee...
Ini bukanla kek yang mummy wat tau.. tapi nak tunjuk kat korg yang kek karamel tu cenggini la rupanya kalau korang malas nak gugel.. hhihi..
Picture credit to ratuhati

Thursday, December 1, 2011

Aksi Gigirl Dapat Lolipop

Aksi gigirl bila dapat lolipop. Kalau mintak kat mummy memang mummy takkan bagi dan belikan. Dia pandai mintak kat nenek sebab tau mummy takkan belikan. 



Notakaki mamiween: 
1- Gambar diambil menggunakan henpon sahaja.. Hihihi... 
2- Nenek, jangan belikan Aleesya lolipop lagi. Sebab dia sangat comot bila makan.