LIKE

Friday, December 16, 2011

AirAsia oh AirAsia!

Leganyaaa mummy petang ni.. dah setel problem mummy pasal AirAsia.. 8hb Dis hingga 11hb Dis ari tu AirAsia ada buat sale kan yang tiket 10sen tu kan? Kali ni mummy dapat book gak. Fly ke Langkawi.. Memang dah lama mummy nak gi sana.. Konon2 nak honeymoon kat sana pas kawen ari tu.. tapi takde peluang berhoneymoon pun. Sale AirAsia tengah tahun ari tu dah book fly ke tempat lain bulan dua ni..

Dari pengalaman mummy sale AirAsia sebelum ni, memang la dasat. Sebabnya, sebelum ni memang mummy mengadap je masa nak booking tu. Dah la time ofis hour tau.. Petang dah nak balik tu baru mummy punya booking setel dan confirm. Tu citer sale sebelum ni la..

So, sale yang terbaru ari tu, mummy plan nak buat tengah malam.. So, mummy tido siap2 dulu.. Siap set alarm kul 12 malam. Tengah malam tu mummy bangun dan memulakan misi.. Booking tiket flight AirAsia Sale… Bayangkan dari pukul 12 malam mummy start misi, tapi masih tak berjaya gak.. Asyik masuk Waiting Room je.. Dah pukul 3 pagi tu, mummy set alarm pukul 4 lak.. Kononnya nak tido la.. Tetibe lak mummy dah leh masuk page booking.. Apa lagi, terus bangun la nak proceed nak buat booking.. Dah pilih2 sume bagai, siap nak ke payment.. Mummy ingat nak bayar cash la guna online banking. Tapi asyik failed je.. Baru mummy teringat agaknya tak leh buat online banking waktu sebab pukul 3 pagi kan.. Terus la mummy guna card credit.. Just click link itinerary kat bawah page tu. Dia akan gi page payment yang memula la.. Yang menyampahnya guna card credit ni sebab dia ada cas tau.. total 3 org rm48 kena cas.. membazir sungguh..

Bila dah confirm tu, mummy check la balik booking mummy kan… Arrggghhh!! Terkezut dan geramnya mummy tengok bila seat mummy 3 beranak takde.. Macam mummy amik free seating je.. Padahal mummy dah pilih seat awal2 tadi tu… Cas seat mummy tu jadi cas spoilage.. RM36 tu.. Tak pasal2 takde seat.. Mummy tak puas hati, mummy anta email kat AirAsia, tapi takde reply2.. Hari ni baru mummy berpeluang nak buat call kat call centre dorang.. Akhirnya mummy dapat kembali seat mummy.. Legaa sangat2.. Kalau tak, tak pasal2 membazir RM36 dan bayar balik untuk pilih seat lak…

Thanks AirAsia!! So far mummy naik AirAsia ni ok la walaupun ada satu kes kitorg 3 beranak nyaris2 tak dapat balik kampung time raya ari tu…Nak tau kisah, klik sini.. Berbaloi la dengan bayaran dia.. Kalau yang rasa2 tak ok tu dengan AirAsia, korang naik la MAS.. Korang banyak duit.. hehehee… OPS! 

Kalau korang ada problem macam mummy ni, jangan malu2 call AirAsia.. No dia 600859999.. Rate call dia RM1.95/minit.. Kalau nak benda setel, tak salah menunggu kan.. Memang kena tunggu lama sikit la.. So, sabar je la.. Info lanjut, sila layari web AirAsia.

p/s: sekali tiga post mummy hari ni.. hehehe.. Sume banyak bercerita.. 

0 comments: