LIKE

Friday, December 16, 2011

Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

**********************************************************************************************

Petikan diambil dari kosmo

     "Ibu bapa sibuk, anak boleh sakit mental

         PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental              disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.
“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.
Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.
Tiong Lai memberitahu, kajian itu walaupun tidak mengkaji punca berlakunya peningkatan berkenaan tetapi beliau berpendapat masalah kesihatan mental itu berpunca daripada ramai ibu bapa yang sibuk bekerja dan tiada masa mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak mereka."

**********************************************************************************************


Oh tidak! Risaunya kalau jadi macam ni.. Baru dua hari mummy balik lambat pun dah kesian giler dengan Gigirl. Main sorang2.. Tengok tv sorang2.. Ayah dia ada tapi sibuk kat depan laptop.. Kesian jugak kat ayah dia sebab mummy balik baru dia leh mandi makan sume.. Tak mo la mummy selalu balik lambat.. Kadang2 tu bolehla kan.. Kang anak ke mana, laki ke mana.. Yela, sampai rumah dah pukul 9 malam.. Wat itu ini, pukul 11 malam dah terlelap.. Esok pagi2 dah keluar keje.. Kalau satu kete ada peluang la nak bersembang2.. tapi lain2 kete.. Cam no? Langsung takde bersembang dengan hubby.. Hmm.. Nak kata dah lama kawin tak gak.. Belum pon 3 tahun lagi.. 
En. Suami, mummy nak apply keje SuriRumah Sepenuh Masa boleh? hihihi... Bila la masa tu akan tiba kan? 

0 comments: