LIKE

Thursday, December 8, 2011

Kenny Rogers (KR) IOI Mall Puchong

Hari Selasa ari tu, pas anta PIL ke airport (sebab dorang nak balik Kuching dah), mummy, hubby dan gigirl ke IOI Mall.. Cadangnya nak ke Sunway Pyramid.. Tapi rasa malas lak sebab bila fikir balik tu nanti akan tempuh jem kan.. Org lain keje, kitorg je cuti.. kekeke...

Lastly, gi IOI Mall je yang kat Puchong tu.. Dekat sikit dari umah kitorang.. Memula plan nak tgk Puss In Boots.. Sesaja la nak bawak gigirl tgk wayang.. !st time nak bawak dia.. Tapi kat IOI, sume citer katun adalah 3D. Celah mana gigirl nak pakai spek 3D tu.. So, cancel.. Tapi dalam hati berkata2 supaya hubby setuju kalau kite tgk Ombak Rindu.. Tapi, hampa.. Huhuhu.. Gigirl mesti tido punya kalau tengok Ombak Rindu.. Dia pon seharian tak tido lagi.. 

Tak jadi tgk wayang, kitorg gi makan je.. Selalunya kalau gi IOI mesti kitorg akan makan Ayam Penyet.. Ari tu pon nyaris2 nak makan Ayam Penyet.. tapi tetibe mummy teringin nak makan kek dan ayam panggang lada hitam (dalam bahasa melayu dia) tu yang decide ke KR. Kat KR pon ada kek.. Muffin tu la kek dia.. hehee.. Sebenarnya memula nak kek SR (Secret Recipe) sebab ikutkan nafsu.. tapi bila dah kenyang, kansel! 

Gigirl dapat lolipop jugak akhirnya dari mummy.. Beria2 dia nak masa kitorg lalu kat Famous Amos. Tak sampai hati, belikan la jugak.. Refer entry sebelum ni pasal lolipop gigirl.

Mummy pon menyempat amik ni: Choc Chip with Pecans.. Nyum! Nyum!

Suasana KR IOI Mall Puchong

Vanilla Muffin. Sedap makan panas2!

Me!



1 comments:

Anonymous said...

If you want to increase your know-how simply keep visiting this website and be updated with the
most recent gossip posted here.
Have a look at my site - grumpy cat