LIKE

Monday, February 27, 2012

Red to Purple

Actually nak buat Red Velvet Cake... Tapi time nak letak kaler, rupanya kaler merah tak cukup... terus tukar nama jadi Purple Velvet Cake... Gitu la alkisahnya.. Sekian...






P/s: masih belum tido gara2 upload gambo kat FB.. Lom upload untuk kamera yg satu lagi.. mati guana!

Sunday, February 26, 2012

Status Updated

Wah! Wah! Lamanya mummy tak jengok2 ngan post entry kat blog ni.. Almaklumla..seminggu bercuti.. Actually last week mummy ke KK (Kota Kinabalu) satu family..kitorang kat sana selama 4 hari.. Dari isnin sampai khamis.. Jumaat tu cuti tambahan untuk rehat2 je..

Next entry nanti mummy citer experience kat sana.. Bila tu kite tunggu la ye.. Kat umah baru leh mummy update blog ni.. Kalau kat opis, mummy leh update guna tab je.. So x best la kalau citer takde gamba kan..

Ok, tata.. Nitezzz...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 15, 2012

Blueberry Cheese Tart

No wordless wednesday for today.. today is words day.. kuang kuang kuang... tetibe terajin nak hapdet blog setelah selesai menyiapkan Blueberry Cheese Tart.. Yang sekian lama crust dia dah siap sebenarnya.. Nak buat cam ne.. Kemalasan melanda diri ini.. Hahaha.. tapi hari ni bagai disuntik2 semangat nak siapkan cheese tart tu..

Meh sini mummy bagi resepi...
Bahan A (Crust):

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-Cara:
1- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5- Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Keesokan Harinya:
1- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
2- Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Bahan B (Filling):
1- Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
2- Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

50gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

3- Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
4- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
5- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
nota: mummy bakar selama 15 minit.. whuhuu.. sebab bila 5 minit ni, cheese dia masih lembik lagi..

isi filling blueberry

kemudian, cream cheese tadi

sikit cream cheese untuk diwarnakan.. motip adalah untuk wat corak atas cheese tart nnt

jom melukis

dah siap bakar...


Tuesday, February 14, 2012

Sumpahan Kum Kum


Layan la gak tengok citer ni.. Compare citer Keramat yang tak faham hujung pangkal.. Nasib baik donlod je.. Tak la rugi duit.. Cuma rugi masa..

Berbalik pasa sumpahan kum kum ni, citer ni mengisahkan seorang gadis yang mukanya banyak jerawat gi jumpa bomoh yang bernama mak tom untuk jadi cantik.. Haish..pelik la.. Keje kilang je tp nak pakai susuk bagai untuk cantik.. Nape la tak gi jumpa doktor dulu kan.. Pastu pantang makan.. Mungkin la jerawat tu leh berkurang..kalau setakat parut tu, pakaila concealer ngan foundation tebal sikit.. Pas gadis ni gi jumpa mak tom tu, mmg dia jadi cantik la.. Tp takde la cantik mane pon.. Just jerawat kat muka dah hilang la.. Dek kerana tak tahan sangat nak tgk muka dia yg cantik tu, gadis ni pon gi tgk la muka dia kat cermin.. Tetibe je muka dia jadi buruk giler..terus la si gadis berjumpa mak tom balik. Mak tom bagitau, si gadis kena minum darah 9 org anak dara sunti..dan2 kuar umah mak tom, si gadis tenampak gadis yg lain...anak dara mak tom.. Si gadis pon menjadikan gadis yang lain ni sebagai mangsa pertama dan terakhir..nape pertama dan terakhir? Kena la tgk citer ni br tau...hehehe..

Gadis rtama tu ialah anak mak tom.. bila mak tom dapat tau, mak tom dah agak sape yang bunuh anak dia.. Mak tom pon apalagi, dia umpan la si gadis masuk hutan.. Motip? Harusla nak bunuh si gadis kan.. Dengan nafas2 yang terakhir, si gadis pon sempat bagitau yang dia akan hapuskan seluruh keturunan sunti mak tom.. dah tu apa lagi, org amalkan benda salah..bila mati jadi hantu la... Kebetulan mak tom ada anak lelaki dan cucu perempuan la.. So target si hantu gadis nak bunuh cucu mak tom (masa ni mak tom pon dah mati).
Siap ikut cucu mak tom balik KL lagi... Dah tu apa jadi? dapat ke si hantu gadis ni bunuh cucu mak tom? Sila la subscribe citer ni kat Astro First.. Tak pon, donlod je.. Hihihi...

Susah2 je gi jumpa bomoh pastu nak ikut pantang yang memang susah nak elakkan...ha la..pantang dia ialah tak boleh tgk cermin selama 44hari.. Gilos! Kalau mummy la, hari pertama dah langgar pantang..mana taknya, cermin keliling umah..boleh dikatakan setiap sudut ada cermin..nak mandi nampak cermin, nak tgk tv nampak cermin, tido pon ngadap cermin..haiyoo....

Published with Blogger-droid v2.0.4