LIKE

Wednesday, February 15, 2012

Blueberry Cheese Tart

No wordless wednesday for today.. today is words day.. kuang kuang kuang... tetibe terajin nak hapdet blog setelah selesai menyiapkan Blueberry Cheese Tart.. Yang sekian lama crust dia dah siap sebenarnya.. Nak buat cam ne.. Kemalasan melanda diri ini.. Hahaha.. tapi hari ni bagai disuntik2 semangat nak siapkan cheese tart tu..

Meh sini mummy bagi resepi...
Bahan A (Crust):

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-Cara:
1- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5- Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Keesokan Harinya:
1- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
2- Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Bahan B (Filling):
1- Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
2- Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.

50gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

3- Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
4- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
5- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.

Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
nota: mummy bakar selama 15 minit.. whuhuu.. sebab bila 5 minit ni, cheese dia masih lembik lagi..

isi filling blueberry

kemudian, cream cheese tadi

sikit cream cheese untuk diwarnakan.. motip adalah untuk wat corak atas cheese tart nnt

jom melukis

dah siap bakar...


3 comments:

Queen said...

mummy....nak laaaa 5 ketul! suka buat entri lapar mcm ni

mamiween said...

e'eh...bukan akak ke yg lagi suka wat post makan2 ni..hehee

threekiddosmom said...

mami..taknak bg kitorg rase ke? ekekkee