LIKE

Tuesday, February 14, 2012

Sumpahan Kum Kum


Layan la gak tengok citer ni.. Compare citer Keramat yang tak faham hujung pangkal.. Nasib baik donlod je.. Tak la rugi duit.. Cuma rugi masa..

Berbalik pasa sumpahan kum kum ni, citer ni mengisahkan seorang gadis yang mukanya banyak jerawat gi jumpa bomoh yang bernama mak tom untuk jadi cantik.. Haish..pelik la.. Keje kilang je tp nak pakai susuk bagai untuk cantik.. Nape la tak gi jumpa doktor dulu kan.. Pastu pantang makan.. Mungkin la jerawat tu leh berkurang..kalau setakat parut tu, pakaila concealer ngan foundation tebal sikit.. Pas gadis ni gi jumpa mak tom tu, mmg dia jadi cantik la.. Tp takde la cantik mane pon.. Just jerawat kat muka dah hilang la.. Dek kerana tak tahan sangat nak tgk muka dia yg cantik tu, gadis ni pon gi tgk la muka dia kat cermin.. Tetibe je muka dia jadi buruk giler..terus la si gadis berjumpa mak tom balik. Mak tom bagitau, si gadis kena minum darah 9 org anak dara sunti..dan2 kuar umah mak tom, si gadis tenampak gadis yg lain...anak dara mak tom.. Si gadis pon menjadikan gadis yang lain ni sebagai mangsa pertama dan terakhir..nape pertama dan terakhir? Kena la tgk citer ni br tau...hehehe..

Gadis rtama tu ialah anak mak tom.. bila mak tom dapat tau, mak tom dah agak sape yang bunuh anak dia.. Mak tom pon apalagi, dia umpan la si gadis masuk hutan.. Motip? Harusla nak bunuh si gadis kan.. Dengan nafas2 yang terakhir, si gadis pon sempat bagitau yang dia akan hapuskan seluruh keturunan sunti mak tom.. dah tu apa lagi, org amalkan benda salah..bila mati jadi hantu la... Kebetulan mak tom ada anak lelaki dan cucu perempuan la.. So target si hantu gadis nak bunuh cucu mak tom (masa ni mak tom pon dah mati).
Siap ikut cucu mak tom balik KL lagi... Dah tu apa jadi? dapat ke si hantu gadis ni bunuh cucu mak tom? Sila la subscribe citer ni kat Astro First.. Tak pon, donlod je.. Hihihi...

Susah2 je gi jumpa bomoh pastu nak ikut pantang yang memang susah nak elakkan...ha la..pantang dia ialah tak boleh tgk cermin selama 44hari.. Gilos! Kalau mummy la, hari pertama dah langgar pantang..mana taknya, cermin keliling umah..boleh dikatakan setiap sudut ada cermin..nak mandi nampak cermin, nak tgk tv nampak cermin, tido pon ngadap cermin..haiyoo....

Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments: