LIKE

Saturday, March 24, 2012

Cucur Susu Lemak Manis



Hari ni mummy nak share satu resepi simple. Boleh makan bila-bila masa saja. Pagi, tengahari, petang atau malam. Resepi cucur susu lemak manis.. Memang sedap sangat.. Nyum! Mummy buat masa tinggal berdua ngan gigirl beberapa minggu lepas sebagai breakfast dan minum petang. Sebabnya adunan banyak untuk kitorg berdua makan. So, goreng dua kali la.. Hihihi..


Bahan-bahan:

1 1/4 cawan tepung gandum

1/2 tsp baking powder

1/2 tsp bicarbonate soda

6 tbsp susu manis

1/2 cawan susu segar/susu cair

Garam secukup rasa


Cara-cara:

1- Ayak tepung gandum, soda bicarbonate, garam dan baking powder dalam mangkuk besar

2- Campurkan susu manis dan susu segar ke dalam tepung

3- Gaul hingga sebati

4- Goreng dengan membulat-bulatkan adunan tesebut.


Rasa dia, rangup di luar dan lembut di dalam.


Selamat Mencuba!


Published with Blogger-droid v2.0.4