LIKE

Saturday, April 7, 2012

Trip to Cameron Highlands

Dah lama kepingin mau ke Cameron Highlands ni.. Dari gigirl dalam perut lagi.. Tapi masa tu tak berani nak pergi sebab teringin nak ke sini masa dah 8 bulan.. takut terberanak pulak kat Cameron ni.. Kitorang ke Cameron tengah bulan 3 ari tu.. Pergi weekend je.. Nak ajak family mummy tapi dorang sibuk nak siapkan rumah dulu.. So, kitorang pergi bertiga je la.. Best kalau gi jalan2 ramai2...

Kitorang stay dekat Rosa Passadena Hotel. Booking hotel guna agoda. Kitorang bertolak pagi2 sabtu. Gigirl pon belum bangun masa tu. Plan nak mandikan dia kat RnR je kalau dia bangun. Memang elok sangat la sebab dia bangun sebelum RnR Tapah. Kat situ la mandikan dia bagi cantek2...

Sampai je Cameron., tempat pertama singgah ialah Bharat Cameron Valley Tea. Kalau uolls nak tau, kat sini ada strawberry cheesecake tau.. sangat sedap kek dia.. Dorang ni ada branch gak kat Bangsar. Boleh la singgah2 ye..
Bharat Valley Tea

Lepas tu terus kami ke hotel untuk checkin.. Okay la hotel ni.. 1 malam kat sini bayar untuk RM 250 pada musim cuti sekolah. Bilik ada 1 queen dan 1 single. Lepas checkin, kami nak gi makan.. Cari punya cari tempat makan, terjumpa la satu restoran ni.. Nik Ikan Bakar dan Tomyam.. Punya la ramai orang.. Makanan kami pun sangat lambat sampai... Maybe sebab cuti sekolah kot kan..
Rosa Passadena & Nik Ikan Bakar 

Petang dan malam tu, kami jalan2 kat pasar malam je.. Beli makan untuk malam pon kat situ.. punah diet mak.. adush..
Pasar Malam

Esoknya pagi2 lepas checkout, terus ke Ladang Teh Sungai Palas.. Nak sangat ke situ sebab cafe dia kan cantik.. tempat filem ombak rindu shooting.. tapi, nak masuk ke dalam tu 2km dari jalan luar.. dengan jalan yang sempit.. seriau giler bila kete berselisih dengan kete lain.. macam serik nak ke sini pon ada.. masa kitorang pergi tu takde orang jaga lagi.. maybe sebab pagi kot...
Boh Tea Sungai Palas Valley

Lepas tu, singgah la ke rose valley, strawberry park, bee farm dan Bharat cameron Valley Tea semata nak makan Strawberry Cheesecake..hihihi...
Flower & Strawberry

Strawberry Cheesecake again & Strawberry Smoothies



Trip to Kota Kinabalu, Sabah

Sebulan lebih baru la mummy berkesempatan nak update pasal holiday kitorang sekeluarga di KK ari tu.. Mana taknya, pergi ujung bulan 2, tapi bulan 4 ni baru la nak update. Lagipon sebab projek mummy dah implement.. so, leh la dengan senang hati update blog yang dah bersawang2 ni.. hehehe..

Beli tiket ni masa airasia buat big sale dalam bulan 5, 2011 cam tu.. Plan asal pergi sembilan (9) orang je.. Tetibe last minit, adik mummy yang dari Labuan balik semenanjung, dia pon nak join ditambah lagi dengan opah mummy... So, total yang dari semenanjung dah bertambah jadi 11 orang.. Dah macam rombongan dah.. Rombongan Cik Siti ke KK (sempena nama mak mummy..hihihi).

Trip kitorang dari 20 Februari 2012 hingga 23 Februari 2012.. Ni la alkisah perjalanan kami...

20/2/2012: Pagi - Bertolak dari Kuala Selangor Jam 8.00 pagi.. Abah mummy dah upah kawan dia untuk hantar kitorang ke LCCT. Flight kitorang jam 12 tengahari. So, mummy yang mintak pagi2.. Kalau boleh, Jam 7 pagi bertolak.. Ni sebab kisah mummy sekeluarga time raya ari tu.. Serik dah.. haish...

Ni masa dalam van nak ke LCCT

               Lebih kurang jam 10 kitorang dah sampai LCCT, dan terus check-in menggunakan kiosk.. Lama gak la nak menunggu sampai flight kitorang tu.. 
menunggu.....

               Petang - Sampai KK jam 2.30 petang.. masa masing2 dah lapar sebab tak amik makanan pun masa dalam flight.. Nasib baik la Abg Jasdar, tokey bas persiaran yang mummy dah book awal2 tu dah sampai... Terus dia anta kitorang ke hotel. Kitorang stay kat Promenade Service Apartment

Hotel ni sangat murah dan selesa. Sesuai la untuk kitorang yang travel ramai2 ni.. Cuma dia bukan la betol2 apartment. Dia cuma bilik cam hotel biasa tu.. Ada yang untuk 2 orang dan 4 orang.. So, mummy dah book untuk bilik 2 orang 3 bilik, dan 4 orang 1 bilik... Harga bilik memang sangat berbaloi.. Mummy book melalui website dia.. Bilik 2 orang hanya berharga RM 50 untuk satu malam manakala 4 orang berharga RM 90 untuk satu malam.

              Petang tu aktiviti kitorang cuma berjalan area pasar filipina.. Dari promenade tu, kitorang cuma melalui warisan square shopping mall untuk ke pasar tu.. takde la jauh sangat pon..

Area Pasar Filipino

21/2/2012: Hari baru la trip kitorang dengan Abg Jasdar, empunya Bas Persiaran akan bawak kitorang jalan untuk tengok Gunung Kinabalu. Ofismate mummy yang cadangkan untuk amik Abg Jasdar ni. Harga berbaloi la.. Dia cas RM 400 untuk 9 orang dewasa untuk 1 hari. So, mummy amik 2 hari penuh dan pergi balik ke airport. Pergi balik airport dia cas RM 140.
Transport kami

Tapi yang bawak kitorang tu adik kepada abg jasdar. Nama dia man. orangnya baik la.. Tak kisah dengan kerenah kitorang yang macam2 ni.. Okey, pagi tu dah janji dangan abg man n i jam 8 pagi mesti dah naik van. Sebelum tu, kitorang bekpes kat restoran Seri Malindo. Restoran ni betol2 dekat dengan lif blok kitorg kat promenade ni. (Blok 2). Makanan sedap dan murah.. Buka dari pagi sampai malam.
Restoran Seri Malindo

Kitorang sampai dekat Nabalu Park (salah satu tempat nak tengok gunung kinabalu) Jam 9 pagi. Masa ni kitorang sangat bernasib baik sebab dapat tengok Gunung Kinabalu dengan jelas. Sebabnya, tak sampai setengah jam lepas tu, kabus tebal dan tutup Gunung Kinabalu. Memang tak dapat tengok gunung dah lepas tu.

Gunung Kinabalu


Lepas Nabalu Park, kitorang nak ke Poring Hot Spring pulak.. tapi dalam perjalanan tu lalu la Kundasang.. tapi tak singgah pun sebab nak terus ke Hot Spring. Masa balik pun tak dapat singgah sebab ujan. 
Poring Hot Spring

Lepas dah mandi2 dekat hot spring, kitorang nak ke Gayang Restoran pulak untuk makan seafood. Tapi dalam perjalanan nak balik tu, singgah la kat kaki gunung kinabalu atau nama dia kinabalu park.. 

Kinabalu Park

Restoran Gayang - Gambar makanan tak sempat snap sebab memasing lapo...

Balik hotel masing2 kepenatan... dan kitorang dikejutkan dengan kedatangan orang Labuan. Suami adik mummy.. Dia memang tak join holiday kali ni sebab dia keje.. Tak sangka pulak malam tu dia datang lepas keje.. Dan join kitorang sampai hari akhir.. Selalunya kitorang akan berkumpul dalam bilik yang 4 orang tu.. So, bila ada orang ketuk bilik, ingatkan sebab kitorang buat bising.. Rupanya adik ipar mummy datang.. Hepi la adik mummy tu sebab husband dia datang.. hehehe...terkezut sume orang...rupanya dia dah tanya pada hubby mummy no bilik tu..

22/2/2012: Trip untuk hari ni cuma jalan2 dalam bandar KK je.. Kitorang pergi Zoo, muzium pastu lunch.. Pas lunch kitorang bali hotel sebab mak mummy tak bape sihat.. sakit perut katanya.. Petang lak ke pasar filipino dan malam ke pasar kampung air. Ingatkan pasar kampung air ni ada jual makanan. Rupanya banyak jual mutiara je.. Lepas ke Pasar Kampung Air, kitorang ke Pasar Filipino balik sebab belakang pasar tu ada gerai2 makanan laut... Kalau dah sampai KK tak try makan sini memang rugi...
Zoo

Muzium Sabah

Pasar Kg Air

23/2/2012: Hari last kitorang memang tak pergi mana2 pon.. Cuma tunggu transport nak hantar kitorang ke airport je.. Adik mummy tak jadi balik semenanjung. So, kitorang terpaksa berpecah.. yang balik semenanjung ke naik airasia.. yang balik labuan naik MAS.
Nak balik dah!


Notakaki mamiween:
No. Telefon Abg Jasdar: 0198337969
Website Promenade Service Apartment: http://www.promenadeapartment.com.my/

               

Wednesday, April 4, 2012

Khasiat Epal


Pepatah Inggeris ada mengatakan pengambilan sebiji epal setiap hari dapat menjauhkan seseorang itu daripada memerlukan rawatan kesihatan daripada seorang doctor. Sejauh mana kebenaran dan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ini?

Epal kaya dengan vitamin C yang dapat membantu sistem imuniti badan kita. Pengambilan buah ini juga dikatakan dapat mengurangkan kereputan gigi kerana setiap gigitan bagaikan “cucian” yang dapat membunuh bacteria.

Kajian mendapati quercetin yang terkandung di dalam buah epal dapat melindungi sel-sel otak dari serangan pelbagai penyakit termasuklah Alzheimer.

Penyelidik-penyelidik dari Perancis juga mendapati sejenis flavanoid yang dikenali sebagai phloridzin hanya boleh didapati dari buah ini.

Boron, yang terdapat di dalam buah epal ini dikatakan dapat menguatkan tulang.

Buah epal dapat menghindar wanita yang sedang putus haid dari mengalami osteoporosis.

Pektin yang berupaya mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah. Pengambilan 2 biji sehari buah epal dapat menyerap kolesterol sebanyak 16 peratus.

Buah epal juga berupaya mencegah penyakit kanser dan kencing manis.

Ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet epal hijau sahaja selama tiga hari berturut-turut.


*sumber dari Majalah Kembara plus