LIKE

Wednesday, April 4, 2012

Khasiat Epal


Pepatah Inggeris ada mengatakan pengambilan sebiji epal setiap hari dapat menjauhkan seseorang itu daripada memerlukan rawatan kesihatan daripada seorang doctor. Sejauh mana kebenaran dan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata ini?

Epal kaya dengan vitamin C yang dapat membantu sistem imuniti badan kita. Pengambilan buah ini juga dikatakan dapat mengurangkan kereputan gigi kerana setiap gigitan bagaikan “cucian” yang dapat membunuh bacteria.

Kajian mendapati quercetin yang terkandung di dalam buah epal dapat melindungi sel-sel otak dari serangan pelbagai penyakit termasuklah Alzheimer.

Penyelidik-penyelidik dari Perancis juga mendapati sejenis flavanoid yang dikenali sebagai phloridzin hanya boleh didapati dari buah ini.

Boron, yang terdapat di dalam buah epal ini dikatakan dapat menguatkan tulang.

Buah epal dapat menghindar wanita yang sedang putus haid dari mengalami osteoporosis.

Pektin yang berupaya mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah. Pengambilan 2 biji sehari buah epal dapat menyerap kolesterol sebanyak 16 peratus.

Buah epal juga berupaya mencegah penyakit kanser dan kencing manis.

Ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet epal hijau sahaja selama tiga hari berturut-turut.


*sumber dari Majalah Kembara plus

0 comments: