LIKE

Saturday, April 7, 2012

Trip to Cameron Highlands

Dah lama kepingin mau ke Cameron Highlands ni.. Dari gigirl dalam perut lagi.. Tapi masa tu tak berani nak pergi sebab teringin nak ke sini masa dah 8 bulan.. takut terberanak pulak kat Cameron ni.. Kitorang ke Cameron tengah bulan 3 ari tu.. Pergi weekend je.. Nak ajak family mummy tapi dorang sibuk nak siapkan rumah dulu.. So, kitorang pergi bertiga je la.. Best kalau gi jalan2 ramai2...

Kitorang stay dekat Rosa Passadena Hotel. Booking hotel guna agoda. Kitorang bertolak pagi2 sabtu. Gigirl pon belum bangun masa tu. Plan nak mandikan dia kat RnR je kalau dia bangun. Memang elok sangat la sebab dia bangun sebelum RnR Tapah. Kat situ la mandikan dia bagi cantek2...

Sampai je Cameron., tempat pertama singgah ialah Bharat Cameron Valley Tea. Kalau uolls nak tau, kat sini ada strawberry cheesecake tau.. sangat sedap kek dia.. Dorang ni ada branch gak kat Bangsar. Boleh la singgah2 ye..
Bharat Valley Tea

Lepas tu terus kami ke hotel untuk checkin.. Okay la hotel ni.. 1 malam kat sini bayar untuk RM 250 pada musim cuti sekolah. Bilik ada 1 queen dan 1 single. Lepas checkin, kami nak gi makan.. Cari punya cari tempat makan, terjumpa la satu restoran ni.. Nik Ikan Bakar dan Tomyam.. Punya la ramai orang.. Makanan kami pun sangat lambat sampai... Maybe sebab cuti sekolah kot kan..
Rosa Passadena & Nik Ikan Bakar 

Petang dan malam tu, kami jalan2 kat pasar malam je.. Beli makan untuk malam pon kat situ.. punah diet mak.. adush..
Pasar Malam

Esoknya pagi2 lepas checkout, terus ke Ladang Teh Sungai Palas.. Nak sangat ke situ sebab cafe dia kan cantik.. tempat filem ombak rindu shooting.. tapi, nak masuk ke dalam tu 2km dari jalan luar.. dengan jalan yang sempit.. seriau giler bila kete berselisih dengan kete lain.. macam serik nak ke sini pon ada.. masa kitorang pergi tu takde orang jaga lagi.. maybe sebab pagi kot...
Boh Tea Sungai Palas Valley

Lepas tu, singgah la ke rose valley, strawberry park, bee farm dan Bharat cameron Valley Tea semata nak makan Strawberry Cheesecake..hihihi...
Flower & Strawberry

Strawberry Cheesecake again & Strawberry Smoothies



1 comments:

Liza Wahid said...

bestnyer...last aq g form 2 ween. sonoknye tgk plus best family la uols..