LIKE

Tuesday, May 15, 2012

Red velvet Cake Versi II


Suka sangat RVC.. Tapi bila teringin nak makan tu, malas lak nak membuatnya.. Yela, nak buat bukan boleh sikit2 punya. Kena seloyang. Pastu minggu lepas, mummy usha2 la resepi RVC ni. Sebelum ni mummy selalu buat dari resepi JoyOfBaking. Sedap. tapi yang tak tahannya bab cream cheese frosting dia. Kena carik mascarpone cheese tu. Dah tu, kat pasaraya besar macam carrefour, cold storage, jaya grocer je yang ada.. so far tempat lain mummy tak pernah nampak lagi kecuali kedai kek bagus kat seksyen 13, Shah Alam tu..

Resepi RVC versi II ni mummy dapat kat blog fromintankitchen. Resepinya sama je dengan JoyOfBaking tu. Cuma cara pembuatan dia lain sikit. Kita tengok dulu resepi dia dan cara2 buat dia. Baru mummy citer apa bezanya ek..

Bahan-Bahan:
1 1/4 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk koko/coklat
1 sudu besar pewarna merah
1/4 cawan unsalted butter - 57 gram
3/4 cawan gula
1 biji telur - basuh telur dulu tau. Makruh hukumnya kalau tak basuh.
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan buttermilk - boleh ganti dengan 1/2 cawan susu ditambah dengan 1/2 sudu teh cuka/lemon (biarkan 10 minit)
1/2 sudu teh cuka
1/2 sudu teh baking soda

Cream Cheese Frosting:
125 g cream cheese
50g unsalted butter
110g icing sugar - mummy kurangkan jadi 80g
1 cawan whipping cream

Cara-cara:
1- Panaskan oven pada 175 darjah celcius
2- Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Letak tepi.
3- Dalam bekas kecil lain, campurkan serbuk koko dengan pewarna merah sampai ia sebati. Letak tepi.
4- Guna mixer, pukul butter dengan gula hingga kembang.
5- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
6- Kemudian, masukkan esen vanilla dan campuran koko tadi. pukul hingga sebati.
7- Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mula dengan tepung, akhir sekali pon tepung.
8 - Dalam bekas kecil, campurkan cuka dan baking soda dan campurkan pada adunan kek tersebut. Kacau sebati.
9- Tuang adunan dalam bekas 6" dan bakar.

Cream Cheese:
1- Pukul cream cheese hingga kembang
2- Masukkan gula icing dan pukul sebati.
3- Akhir sekali, masukkan whipping cream dan gaul sebati.

Perbezaan dengan JoyOfBaking:
1- JoyOfBaking: Pewarna merah dicampurkan dengan buttermilk
2- JoyOfBaking: serbuk koko diayak sekali dengan campuran tepung.

Untuk resepi ni, mummy gunakan loyang 7".. so, keknye jadi nipis la..tak dapat la dah potong kat tengah2 jadi dua dan sapu cheese frosting tu.. Bagi mummy, mummy lebih suka kek yang dari JoyOfBaking tu, tapi untuk cream cheese, mummy suka resepi ni. Takde rasa muak sangat. Sebabnya mascarpone Cheese tu ada bau pelik sikit. Hehehe... Ni pendapat mummy la..

3 comments:

nadieeyya said...

Perghhh..nak gakkk...

mamiween said...

Jom la lunch sama2 wif lil raoul...

mamiween said...

Jom la lunch sama2 wif lil raoul...