LIKE

Tuesday, May 22, 2012

Saat-Saat Mencemaskan!



Pagi tadi masa odw nak pergi kerja, mummy dengar hotfm. Hot check hari ni "Saat-Saat Mencemaskan". Terus mummy teringat saat mencemaskan bagi mummy. Kisah ni 2 tahun lepas.



Pagi tu (4/3/2010) mummy bangun macam biasa. Dekat jam 7 pagi. Biasa la bila dah 3rd trimester, kerap sangat ke toilet. Bangun2 tido, mummy terus gi toilet. Buang air macam biasa. Lepas tu keluar balik la sebab nak kejut hubby bangun gi keje ngan ambil towel untuk mandi. Nak siap2 gi keje.

Tetibe mummy terasa air keluar dan basah.. Mummy intai, nampak air warnanya pink2 sikit. Terus mummy pelik. Air ketuban ke ni? Rasa panik sangat tapi masih buat2 cool. Mummy pun kejutkan hubby bgtau yang air ketuban dah pecah. Dia terus panik dan masuk toilet. Nak bersihkan diri la kot. Masa tu pon mummy tak sure dia mandi ke tak.. hehehe..



Mummy pun relax lagi.. Call mak bagitau air ketuban dah pecah. Masa tu mak dah pindah ke Kuala Selangor. Mak suruh pergi hospital cepat. Mummy bagitau la yang mummy nak mandi dulu. Sebabnya mummy pernah baca buku, kalau air ketuban pecah dan masih belum rasa sakit, kite perlu bersihkan diri dulu jika perlu. Of kos masa tu mummy rasa perlu sangat sebab pagi2 lagi kan.. Tapi bila mummy berdiri je, air ketuban keluar lagi dengan banyaknya.. Terus rasa takut dan panik. Yela, mummy memang dah tau kedudukan baby breech. Kang dibuatnya kaki terkeluar dulu, tak ke naya kan.. Seriau pulak..



Hubby pon terus angkat beg yang nak bawak ke spital dan kejut adik mummy bagitau nak gi spital dan dia perlu ambil mak dengan adik2 yang lain dekat Kuala Selangor. Kebetulan abah mummy takde sebab kena outstation ke Indonesia. Memang takde orang yang leh bawak mak ke KL la.

Odw nak gi spital pon satu masalah gak. Tau2 je la Federal Highway bila waktu pagi. Jem! First time nak beranak kan. Takut lak kot2 berslain dalam kete. Dah la baby songsang. Hubby plan nak carik la polis trafik kot2 ada. Selalunya dorang ada je jaga jalan kat Federal Highway tu. Tapi waktu tu, sorang pon nan ado... Agaknya waktu masih awal lagi kot. Kitorang pon redah la ke PPUM.

Federal Highway yang jem!


Sampai2 sana, terus bagitau guard yang jaga Wad Bersalin tu (masa tu wad yang lama tu). Guard tu suh guna wheelchair. Tapi mummy tak nak. Gagah lagi nak berjalan. Naik la tingkat satu. Sampai2 nurse suh tukar baju dan bukak semua barang kemas. Dia suh buang air dulu. Pastu dia suh mummy masuk bilik apa ntah. Tempat orang ready nak di bawak ke labor room kot. Masa tu ada lagi sorang kat situ. Leh muat dua katil je pon. Ada sorang pembantu dok cek2 mummy sume, masukla sorang doktor. Mummy terus bagitau yang baby breech. Pastu dia nak pastikan apa yang mummy cakap betol, dia pon bawak mesin scan tu dan scan. Dan kompom breech! Dia pon terus keluar dan bising2 suh call doktor bius dan bla.. bla.. Kebetulan mummy dengar yang doktor bius tu tengah ada kelas. Lecturer kot.. hihihi.. Terus mummy dengar suara doktor bising2 kata ada emergency.. Kena standby OT (Operatian Theatre).. Pastu doktor tadi pon masuk..dia cakap kat jiran sebelah mummy tu, "u nanti dulu." Bole ek cam tu.. Tapi orang tu pon relax je.. Lom sakit kot..

PPUM


Mummy dah mula takut.. yela, perut nak kena potong kan.. Lagi2 bila akak kat opis mummy ni ada pengalaman yang ubat bius tu tak kena ngan dia. Terasa sakit bila pisau letak kat perut. Terus kena bius satu badan. Masa tu mummy selawat banyak2. Sampai dalam OT, doktor bius pon mulakan tugas dia. Doktor ni perempuan dan baik. Sepanjang mummy dalam OT, dok bersembang dengan dia la.. Tak lama lepas tu, baby pun keluar.. Jam 9.06 pagi. Dengar la nurse ngan pembantu2 situ cakap lebatnya rambut dia.. hehehe.. Hilang dah nervous mummy.. Syukur Alhamdulillah...

Sepatutnya 8/3/2010 mummy kena gi checkup untuk bincang dengan doktor pasal kedudukan baby mummy yang breech tu. Tapi nak buat macam mana, dah terawal la pulak.

Due mummy yang betol patutnya pada 25hb mac 2010. Agaknya baby tak sabar sangat nak kua kot. Hehehe.. Seminggu sebelum tu pon mummy banyak berjalan. Berjalan Soping. Dari pagi sampai malam. Dari satu shopping mall ke shopping mall lain dalam satu hari. Dasatkan? Kaki dah bengkak2 giler siap beli kasut baru lagi. Kan orang kata nak senang bersalin, banyakkan berjalan. Tapi kekdahnya, baby mummy breech. Macam mana pun memang kena kuar ikut tingkap la gamaknya.

Sekarang baby tu pon dah besar. Dah macam2 ragam dah.. Hehehe...

Ni la babynye.. Dah big girl sekarang. Nama: Aleesya Hani binti Ahmad Hazmi.
(Gambar ni baru snap semalam. Jumpa bear makngah, suka giler dia..)




2 comments:

Anonymous said...

eeeeeeiiii....geram la mngah ngn dak ni..... tau masa bby dulu...gigit2 dia...hahhaaha.... -mamakid...

mamiween said...

hahahaha...nape tak gigit je dulu2? hahaha