LIKE

Tuesday, May 15, 2012

UPPA JPS Family Day@Tiara Beach Resort, Port Dickson

Weekend lepas, ofis hubby mummy buat family day dekat Tiara Beach Resot, Port Dickson. Bukanla family day yang besar2 tu.. Hanya unit dorang je. Bilik pon bayar sendiri. Hihihi.. Ramaila staf yang bawak kaum keluarga lain.. At least, mummy leh kenal la dengan staf hubby mummy ni..

Mummy bukanla nak citer pasal family day tu sangat sebab mummy tak snap pic pon. hanya pic gigirl mandi kolam je. Seksi yu... hihihi... Actually, Tiara beach Resort ni jauhla dari bandar PD tu.. Lepas Teluk Kemang.. Jauh lagi..kira2 ada la kot 12km dari Teluk Kemang.. Tiara Beach Resort ni sebenarnya apartment yang ada taman tema air sendiri. Mummy pon tak pasti apartment persendirian atau tak. Persekitaran resort ni agak kotor la.. Macam takde orang bersihkan persekitaran luar dia. Lif pulak memang tak leh pakai. Kebetulan mummy sekeluarga dok blok D, ada 2 lif tak salah. Dua2 tak leh pakai. Nasib la kalau orang dapat bilik atas sekali. Berpeluh la naik tangga.. Toilet dalam bilik mummy lak, kira kotor la.. sebabnya boleh pulak tetibe lumut kat celah2 jubin tu kuar.. Nasib baik la dok situ semalam je.. Best lagi rumah mummy.. Bersih walaupun tak kemas.. Hahahaha..

Aktiviti family day ni tak banyak pon. Cuma mandi-manda, pastu dinner malam tu sama2 dekat Restoran Tomyam Nasreen (mummy takde amik gambar pon), pagi2 esoknya, buat sarapan sama iaitu sandwich sardin dan salad.. Lepas sarapan, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.. Lepas tu, mandi la sampai kecut.. hahaha.. Mummy tak mandi... Malas la nak basah2.. Kitorang checkout kul 1. Tu pun lepas urusetia mintak kebenaran untuk checkout lambat sikit.

Pelampung ni beli kat Teluk Kemang. Pelampung gigirl lupa bawak. Boleh? 

Suka main air.

"Laju la sikit ayah tolak"

Dah lama berendam, kehausan.. Habis satu botol dia minum..

Comelnyaaa...hihihi

Bersantai la tu konon...



3 comments:

nadieeyya said...

Tempat tu bukan tepi pantai la eyh?

mamiween said...

Bukan..hehe..nama je ada beach..

Ina, Melaka said...

Memang persekitaran apartment -- milik persendirian -- kotor sangat, lalat jangan cakap le, merata-rata. Tapi nasib baik, owner apartment yang saya sewa tu agak prihatin soal kebersihan.