LIKE

Thursday, June 14, 2012

Lempeng ke Lempang?

Buat masa ni, makanan fevret mummy ialah lempeng yang dimakan bersama sambal ikan bilis. Ikan bilis tu pulak mestilah ditumbuk dulu.. Perghhh.. Sedap giler. Festime makan masa kat kampong.. Ada gak orang jual lempeng eyh.. sekeping rm1.50 saiz dia besar dan tebal. Memang puashati. Jumaat ni mummy balik kampong lagi.. Nak makan lagi.. Hehehe… Gigirl pon suka makan lempeng..


Ni versi lempeng mummy buat.. terlebih tepung sikit.. Hehehe.. Saiz pon kecik dan nipis… Macam tuan dia…kuang..kuang..kuang.. Kang lempeng jadi lempang..

Udah..udah..ntah hape mummy ngarut ni.. Ni la bila jasad di ofis, jiwa di rumah.. (Pengsan nak menyiapkan 150 pudding thrifle untuk kenduri sabtu ni..tu je yang larat mummy nak wat mak…)

Tuesday, June 12, 2012

Gigirl Vs Basikal

Mummy belikan basikal ni seminggu yang lepas. Mummy rasa anak mummy ni dah big girl.. Tu yang beli beskal ikut kesesuaian umor.. Ingatkan dia tak pandai kayuh. Automatik dengan sendirinya dia pandai kayuh sendiri tau..Basikal ni harusla tinggalkan kat kampung.. Rumah mummy rumah burung.. Tak seswai main beskal ni kat umah kitorg..


Ni gaya kalau mummy nak tangkap gambar dia.. Tertutup muka nak oi...

Ntah apa yang dia suka sangat ni..

Monday, June 11, 2012

Bantal Kekabu

Mood hari ni….Monday Bluesss.. Pagi tadi punya la malas nak bangun gi keje… Memang rasa nak MC je.. Tapi bila pikir balik, bukannya sakit pun.. Kalau sakit kepala ke, badan ke, perut ke, leh la wat alasan nak MC.. Ni sakit sikit pun takde..yang ado, sakit hati sebab kena bangun pagi.. Kekeke..

Post kali ni bukan nak citer kemalasan mummy nak gi keje.. Tapi nak citer 1st time mummy gi beli bantal kekabu sendiri. Family mummy jarang beli bantal kekabu ni. Selalunya kitorang beli bantal pasaraya je. Lebih lembut. Hehehe..


Ni la rupa pokok kekabu

So, sabtu lepas tu mummy ngan hubby gi la jalan2 cari bantal kekabu kat area Assam Jawa. Situ je pon yang mummy tgk banyak org berjual. Kenapa mummy nak cari bantal kekabu? Alkisahnya, minggu sebelum tu gi pasar malam Kuala Selangor. Dah tu tetibe ternampak la orang jual selimut, sarung bantal ngan cadar. Kekdahnya, terus la mummy ni membeli.. 3 helai sepuloh hengget. Sambar sekali ngan selimut bulu dia yang comel tu.. Ala2 pinky gitew.. hehehe.. Lagi pon nak tinggalkan kat kampong je.. Len kali balik kampong senang.. Kitorg ada bantal ngan selimut sendiri.. hehehe.. gatai je.. Pastu mummy pon gatai2 la kunun nak buat bantal untuk gigirl.. Siap beli kain sume.. Last2, tempah je ngan org.. hahahaa.... Lagi senang..

Dah tu, sarung dah ada.. bantal lak…nan ado… cadangnya nak beli bantal pasaraya je la.. Tapi, tau je la bantal pasaraya ni kan besor.. Tu yang nak cari bantal kekabu.. Sebab bantal kekabu ada banyak saiz..
So, masa kitorang carik2 bantal, berkenan la dgn satu kedai ni. Kalau dari KL dia sebelah kiri. Nama kedai mummy tak hengat. Tak snap pic pon masa tu. Kat kedai tu memang ada banyak saiz bantal la.. Makcik ni la yang ngajo term “bantal pasaraya” ni.. So, mummy tanya la, kalau sarung bantal yang beli kat pasar malam tu, bantal yang mana satu yang muat? Dia Tanya, “yang 3 helai sepuloh hengget ke?” mummy iyekan je la.. So, dia tunjuk la bantal yang rege rm20.. katanya muat2 dan ngam2… Kalau bantal rege rm18, katanya muat gak cuma ada longgar2 sikit.. Jadinya, udah mummy pon ada 3 je sarong bantal, so beli je la 3 bantal.. dua yang rege rm20, 1 yang rege rm18.. Memang tak leh kurang ye rege dia kecuali kalau korang beli 4 biji bantal. Tu pun dalam rm2 hengget je kurang dia.. Katanya kekabu tu dah mahal.. Hehehe…

Balik2 terus mummy sarungkan bantal2 itew… 

Sarung bantal 3 helai rm10 - boleh dapat kat pasar malam Kuala Selangor


Bantal kekabu - yang kotak2 tu yang rege rm18.. kecik sikit.. Saiz ikut berat..


Tadaa!! Dah pakai baju.. Mana satu bantal yang kecik tu?


Sebelum gi beli bantal ni, kitorg pekena cendol bakar kat Assam Jawa dulu.. Sedap laaa... 
Cendol Tapai Rm2.80



Friday, June 8, 2012

Cinta Hatiku

Seminggu ni my gigirl tinggal kat kampung sebab pengasuh dia bercuti.. Lagi pun bagi la chance bercuti kan.. Bila tinggal kat kampung ni, terpaksa la mummy ngan hubby berulang alik dari kampung je.. Tapi bukan tiap hari la.. Selang seli.. Sejak ada Hihgway Latar ni, memang senang dan cepat untuk sampai ke ofis mummy. Sejam je dah sampai. Sampai ofis kul 7 pagi atau 7.10 pagi.. Awalkan.. Masa tu, Plaza Tol Jalan Duta Tak jem lagi. Awal sangat..

Gigirl ni bila kat kampung dia seronok la sebab ramai yang melayan. nenek pun manjakan sangat dia tu. Tapi, walaupun ramai yang manjakan dia, dia tetap cari mummy. Kadang2 tu rasa tak sampai hati nak tinggal.. Tu pasal kitorg selang seli. Contohnya isnin balik kuala..Selasa lak balik Puchong..Cam tu la seterusnya.. Hari ni mummy balik kuala.. Dapat la jumpa gigirl.. Esok pulak cuti.. Lagi la sonot..hehehe...

Peace!

suka sangat tgk kasut.. macam mummy dia gak..

sibuk juga nak tarik bakul

masa ni demam.. 

ayu tak saya pakai tudung? hehee

sayang zara....

fuh! fuh! nak tiup api..

suka sangat ngan air kelapa

sedaaapppp...

lari! lari!

alaaa...hehehe



sengetkan pale...tak sempat nak rotate..


tolak! tolak!

ngantuk laa...

masa ni sian mata dia bengkak.. kena gigit serangga kot.. dekat seminggu gak baru nak surut..


Monday, June 4, 2012

HIKMAH, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT AL QURAN


BISMILLAH  (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.  Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

SURAH  AL-FATIHAH  (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.  Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapa membacanya  ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak  yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini,  keatas  air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat  iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa  membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari  mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap  sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

SURAH  BANI  ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.  Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH  THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

SURAH  AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH  AL-MU’MINUN  (Orang-orang  Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali  ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.  Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

SURAH  AL-AHZAB  (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

SURAH SABA‘  (Saba‘)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi  sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia  mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

SURAH SHAAD  (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk neraka jahannam dengan hina.” [Al-Mukmin: 60]


Friday, June 1, 2012

Grand Lexis, Port Dickson

Hujung minggu lepas mummy sekeluarga beristirehat di Grand Lexis, PD (dulu dikenali sebagai The Legend International Water Homes). Dah lama plan nak gi sini. Sebelum nama dia belum tukar lagi. Gi sini pon sebab anniversary kami suami isteri. Memang tiap kali anniversary kitorg akan bercuti. Kalau ikut mummy, nak gi Penang (again) atau Terengganu. Tapi memandangkan kedua2 tempat tu perlu tempuh perjalanan yang panjang, so kitorg decide gi PD je.. Penat la nak jalan jauhkan.. Lagipun masa tu tak plan apa2.. Sebab memasing sibuk dengan kerja. Kitorg stay untuk satu malam je.. Kalau dua malam kopak la.. hehehe.. 

Nak gi PD ni leh ikut dua jalan. Samada korang nak ikut highway atau jalan dalam. Jalan dalam ni maksudnya ikut sepang. Lalu F1 Circuit tu. Kitorg lebih prefer ikut jalan dalam la sebab lagi dekat kalau dari Puchong. Tol pon kurang. Hehehe.. Sekarang PD dah ada macam2. Kalau nak short vacation boleh la gi PD je. Paling dekat dengan Klang Valley.

Waktu check-in hotel ni jam 3 petang. So, kitorg kuar umah lewat sikit. Bajet lunch kat PD, pastu terus ke hotel. Bila sampai hotel, mak aih...ramai tol orang. Yela, cuti sekolah kan. Singapore pun cuti gak. Memang ramai la. Parking pun susah dapat. Kalau dah dapat parking cantek, memang malas la nak kuar dah. Actually, kat sini ada dua jenis hotel. Satu, Grand Lexis Hotel yg mana semua bilik dia ada private swimming pool.. Satu lagi, Lexis Hotel (dulu dikenali sebagai The Legend Water Chalet). Lexis Hotel ni dalam bilik takde swimming pool. Cuma ada bathtub yang ala2 jacuzzi tu dan bilik mandi dia terbuka.. Lebih kurang cam tu la beza dia.. Hihihi..

Grand Lexis ni ada 3 jenis bilik, iaitu Tower Block (area bangunan tinggi dia atau dipanggil sky), Landscaped Garden (macam area rumah teres) dan Water Villas (atas laut). Kitorang amik Executive Pool Villa yang di atas laut dan menghadap laut (Full Seaview). Maksud menghadap laut ni bilik dia yang paling hujung la.. dan hanya nampak laut yang terbentang luas. Untuk menghadap laut ni, hanya ada 3 jenis bilik sahaja iaitu, Executive Pool Villa, Premium Pool Villa dan Grand Pool Villa. Cas tambahan diperlukan jika korang pilih untuk menghadap laut.

Rate Price for 2012

Pergi sini kalau bawak budak2 la yang paling best. Bila2 masa je dorang boleh berendam. Time mummy gi ari tu, memang ramai la budak2 yang hepi. Siap ada yang bawak toto a.k.a comforter lagi. Mummy ingatkan, kalau nak gi sini kena bawak makan siap2.. Malas tu nak kua bilik. Lagi2 kalau bilik jauh. Memang la hotel ni sediakan buggy service, tapi lecehla tiap kali kuar nak call dorang kan.. Ari tu mummy tak bawak makan apa pun. Memang kena tepon untuk order makan la. Harga makanan pun sangat berpatutan. Okey je.. 

2 katil king - memang leh bawak ramai2

dari dalam bilik leh nampak air laut tu.. keruh.. ;-P

Dalam kabinet ni ada fridge ngan dvd player. 

wardrobe

dapur

moh kite wat air

siap ada microwave. tu pasal leh bawak makan siap2.. tak lupa gak, fridge pun ada tapi diletakkan dalam kabinet dekat dengan tv.

bathroom

toilet

toiletries - siap ada berus gigi dan colgate yang comel. 2 set only

ayah layan anak mandi




kite boleh tutup pintu pool tu untuk safety. Sebelum sampai sini, mummy risau gak kalau2 tengah tido tetibe gigirl terjun kat air tu. Rupanya pintu leh tutup dan lock. Siap ada dua lock okey.. lock biasa yang pusing tu dan selak kat atas tu. Selamat...

Apabila pintu dibuka.
our room

Water Villas ada 3; Caspian, Arabian & Mediterranean. kitorg punya caspian.






Malam tu bosan2 dok bilik je.. Kitorg berjalan la area hotel. Nak kua ke PD malas lak nnt takde parking. Kan cuti sekolah.. orang ramai.. parking pun full.. Taman permainan ni kat area garden.

Grand Lexis 

Budak ni ingat kusyen tu tempat baring ke hape? isk..isk..

Banana Split with 3 Scoop Ice Cream for my gigirl

Char Koay Tiew for me

Nasi Goreng 1 Malaysia for hubby. 

Ni je la gambar untuk tatapan semua. Kalau nak stay sini leh gi kat web dia www.grandlexispd.com
Untuk staf gomen, ada less 15% tau. Book by phone je. Masa check-in jangan lupa bawak ID card.
Pada yang bukan staf gomen, so far mummy survey, book melalui web hotel ni terus atau Cuti.My yang murah sikit. Agoda dan Booking.com sama harga tapi mahal sikit dengan dua tadi. Lepas ni kitorg nak try stay kat Gold Coast Sepang tu pulak. Bila? Tak tau lagi.. Huahuahau... kalau ada bajet.. ;-P