LIKE

Friday, June 1, 2012

Grand Lexis, Port Dickson

Hujung minggu lepas mummy sekeluarga beristirehat di Grand Lexis, PD (dulu dikenali sebagai The Legend International Water Homes). Dah lama plan nak gi sini. Sebelum nama dia belum tukar lagi. Gi sini pon sebab anniversary kami suami isteri. Memang tiap kali anniversary kitorg akan bercuti. Kalau ikut mummy, nak gi Penang (again) atau Terengganu. Tapi memandangkan kedua2 tempat tu perlu tempuh perjalanan yang panjang, so kitorg decide gi PD je.. Penat la nak jalan jauhkan.. Lagipun masa tu tak plan apa2.. Sebab memasing sibuk dengan kerja. Kitorg stay untuk satu malam je.. Kalau dua malam kopak la.. hehehe.. 

Nak gi PD ni leh ikut dua jalan. Samada korang nak ikut highway atau jalan dalam. Jalan dalam ni maksudnya ikut sepang. Lalu F1 Circuit tu. Kitorg lebih prefer ikut jalan dalam la sebab lagi dekat kalau dari Puchong. Tol pon kurang. Hehehe.. Sekarang PD dah ada macam2. Kalau nak short vacation boleh la gi PD je. Paling dekat dengan Klang Valley.

Waktu check-in hotel ni jam 3 petang. So, kitorg kuar umah lewat sikit. Bajet lunch kat PD, pastu terus ke hotel. Bila sampai hotel, mak aih...ramai tol orang. Yela, cuti sekolah kan. Singapore pun cuti gak. Memang ramai la. Parking pun susah dapat. Kalau dah dapat parking cantek, memang malas la nak kuar dah. Actually, kat sini ada dua jenis hotel. Satu, Grand Lexis Hotel yg mana semua bilik dia ada private swimming pool.. Satu lagi, Lexis Hotel (dulu dikenali sebagai The Legend Water Chalet). Lexis Hotel ni dalam bilik takde swimming pool. Cuma ada bathtub yang ala2 jacuzzi tu dan bilik mandi dia terbuka.. Lebih kurang cam tu la beza dia.. Hihihi..

Grand Lexis ni ada 3 jenis bilik, iaitu Tower Block (area bangunan tinggi dia atau dipanggil sky), Landscaped Garden (macam area rumah teres) dan Water Villas (atas laut). Kitorang amik Executive Pool Villa yang di atas laut dan menghadap laut (Full Seaview). Maksud menghadap laut ni bilik dia yang paling hujung la.. dan hanya nampak laut yang terbentang luas. Untuk menghadap laut ni, hanya ada 3 jenis bilik sahaja iaitu, Executive Pool Villa, Premium Pool Villa dan Grand Pool Villa. Cas tambahan diperlukan jika korang pilih untuk menghadap laut.

Rate Price for 2012

Pergi sini kalau bawak budak2 la yang paling best. Bila2 masa je dorang boleh berendam. Time mummy gi ari tu, memang ramai la budak2 yang hepi. Siap ada yang bawak toto a.k.a comforter lagi. Mummy ingatkan, kalau nak gi sini kena bawak makan siap2.. Malas tu nak kua bilik. Lagi2 kalau bilik jauh. Memang la hotel ni sediakan buggy service, tapi lecehla tiap kali kuar nak call dorang kan.. Ari tu mummy tak bawak makan apa pun. Memang kena tepon untuk order makan la. Harga makanan pun sangat berpatutan. Okey je.. 

2 katil king - memang leh bawak ramai2

dari dalam bilik leh nampak air laut tu.. keruh.. ;-P

Dalam kabinet ni ada fridge ngan dvd player. 

wardrobe

dapur

moh kite wat air

siap ada microwave. tu pasal leh bawak makan siap2.. tak lupa gak, fridge pun ada tapi diletakkan dalam kabinet dekat dengan tv.

bathroom

toilet

toiletries - siap ada berus gigi dan colgate yang comel. 2 set only

ayah layan anak mandi




kite boleh tutup pintu pool tu untuk safety. Sebelum sampai sini, mummy risau gak kalau2 tengah tido tetibe gigirl terjun kat air tu. Rupanya pintu leh tutup dan lock. Siap ada dua lock okey.. lock biasa yang pusing tu dan selak kat atas tu. Selamat...

Apabila pintu dibuka.
our room

Water Villas ada 3; Caspian, Arabian & Mediterranean. kitorg punya caspian.






Malam tu bosan2 dok bilik je.. Kitorg berjalan la area hotel. Nak kua ke PD malas lak nnt takde parking. Kan cuti sekolah.. orang ramai.. parking pun full.. Taman permainan ni kat area garden.

Grand Lexis 

Budak ni ingat kusyen tu tempat baring ke hape? isk..isk..

Banana Split with 3 Scoop Ice Cream for my gigirl

Char Koay Tiew for me

Nasi Goreng 1 Malaysia for hubby. 

Ni je la gambar untuk tatapan semua. Kalau nak stay sini leh gi kat web dia www.grandlexispd.com
Untuk staf gomen, ada less 15% tau. Book by phone je. Masa check-in jangan lupa bawak ID card.
Pada yang bukan staf gomen, so far mummy survey, book melalui web hotel ni terus atau Cuti.My yang murah sikit. Agoda dan Booking.com sama harga tapi mahal sikit dengan dua tadi. Lepas ni kitorg nak try stay kat Gold Coast Sepang tu pulak. Bila? Tak tau lagi.. Huahuahau... kalau ada bajet.. ;-P




4 comments:

Queen said...

mummy....ai pun nak g jugakkkkk laaa! romentik nyah!

mamiween said...

akak wajib gi..hehehe..pas balik bercuti nnt leh la gi..

Anonymous said...

Bestnye.... huhu..-mamakid

Aimie Mokhtars said...

bestnye.planning nak g sni la