LIKE

Saturday, December 14, 2013

Tadika for Aleesya

I dah decide nak hantar Aleesya gi school next year. Yela, dia pon nak masuk 4 tahun dah. Kena la gi school. Sampai bila nak dok ngan ibu dia. Apa pun, mesti rindu kat ibu lepas ni. Bolehlah sekali sekala nanti mummy anta awak gi umah ibu. Thanks to ibu, kak ngah, kak wanie, induk sebab jaga aleesya since dia 6 months lagi until now. Love uols. Muawh!

Berbalik pada citer tadika Aleesya, I yang excited sebab first time anak nak sekolah. Cuma barang tak prepare lagi. Tunggu 2nd open day on 22nd dec ni untuk bayar yuran dan explaination from her teacher.

Good luck my dotter. Love u always. Walaupun kadang2 mummy marah2 awak, im so sorry. I cant control my stress. Whatever it is mummy love u so much!

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru 2013



Saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru di luar sana terutama guru-guru yang pernah mengajar saya di Sek. Keb. Seri Makmur (Sungai Besar), Sek. Rendah Agama Ehyaul Falah (Sungai Besar), Sek. Keb. Taman Medan (Petaling Jaya), Sek. Rendah Agama Taman Medan (Petaling Jaya), Sek. Rendah Agama Medan Harun (Petaling Jaya), Sek. Men. Keb. Taman Medan (Petaling Jaya), Sek. Men. Teknik Slim River (Perak) dan Pensyarah-pensyarah di UNISEL. Love u all!! Muawh!!

Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda


Wednesday, January 30, 2013

Dilema Mummy: Nursery or Babysitter?


Dilema kebanyakan ibu yang bekerja adalah meninggalkan anak kepada orang lain untuk diasuh dengan baik. Samada perlu tinggalkan anak ke rumah pengasuh, taska atau maid kat rumah? Mana satu better? Sekarang mummy di dalam dilema. Memandangkan Aleesya pun dah besar.

Selama ni dia dijaga di rumah pengasuh dari umur dia 6 bulan lagi (sebelum tu nenek dia jaga). Setakat ni mummy puas hati la walaupun ada sikit2 kekurangan dia. Beberapa faktor yang buat mummy dalam dilema sekarang ni:
  1. Tahun ni Aleesya dah 3 tahun. Selama ni dia dok umah pengasuh sorang2. Setakat ada sorang dua budak je yg bertukar ganti. Tak pernah lagi biasakan dia dengan ramai2 budak. Tahun depan dah kena gi preschool. 
  2. Mummy nak kena keluar rumah seawal 6.30 pagi. Memandangkan opis hour mummy dah bertukar dari 9.00 pagi ke 8.30 pagi. 
  3. Anak Mummy kena pergi sekolah!
Tu la dia dilema mummy. Yang menjadi persoalan mummy:

Hantar Rumah pengasuh:
- Aleesya terjaga. Jarang kena penyakit (Alhamdulillah).
- Makan minum cukup. pengasuh dia tak lokek. Sayang dia lagi ada.
- Kalau amik lambat pengasuh tak kisah. Cuma mummy yang segan la.
- Masalah mummy nak hantar awal pagi.
- Sampai bila nak dok umah pengasuh? Aleesya kena gi school.

Hantar ke Taska:
- Aleesya dapat belajar dan berdikari serta bergaul dengan rakan2
- Boleh hantar awal.. Ambil lambat kena cas.
- Boleh ke anak i tu berkawan??
- Takut dia bergaduh.
- Takut menangis.
- Cikgu akan paksa dia makan tak?
 (Biasala..dah biasa pengasuh jaga..banyak yang risau...)

Maid jaga:
- Takutnya kalau maid jahat!! Argghhh!!
- Takut gak dia menggatal dengan laki i... 
- Dia dera anak i tak nanti?
- Mana nak cari maid sekarang? 
- I duduk rumah burung.. Tak seswai kot.. Bilik 3 je..
- No Privacy..

Hmmm.. Susahnyaaa... Tapi setelah difikirkan, mummy bercadang nak hantar anak ke Nursery minggu depan. Biar dia berdikari... Belajar... Haa anak.. Kamu jangan nakal2.. Dengar cakap cikgu nanti.. Keputusan muktamad mummy akan citer kat next post sekali dengan nursery apa. Dah lama mummy survey nursery ni.. Memandangkan dia ada tadika sekali bawah satu kampeni. Senang la mummy nanti. testimoni pon tunjuk parents yang hantar taska & tadika ni sume puashati. Bukan takde tadika yang branded ni.. Cuma jauh sikit dari rumah.. pastu area sini dorang takde daycare. Susah la kalau time cuti sekolah kannn..

So, jumaat ni baru mummy nak gi tengok taska tu. Harapnya ayah Aleesya pun setuju la ye. =)


Tuesday, January 29, 2013

Teruskan ke tak?



Sejak dua minggu ni, menda ni jadi persoalan pada mummy. Nak pergi ke tak? Hari tu masa apply rasa semangat nak pergi. Tapi bila dah dapat, mummy dalam dilema. Sebab-sebab mummy dalam dilema:

  • Boleh ke mummy ni pegang tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja dan student dalam satu masa?
  • Kalau mummy sambung, lambat la aleesya ada adik kan.. Hehehe.. Bukan apa, mummy kalau boleh anak kedua tak nak la beranak masa umur 30.. Orang kata time tu badan rasa lain. 
Nak bincang sungguh2 ngan hubby masa tak cukup je. La ni kan dia kursus 6 bulan. Masa dia takde tu la banyak persoalan yang datang. Bila dia ada tak terfikir pulak. Nak berbincang kat sms macam tak seswai la pulakkan. Sebab dapat sms pon kejap2.. Cepatla april... 

Plan mummy sekarang ni, pergi je register februari nanti.. Tak mo bayar yuran dulu.. Tengok time table dia ok ke tak.. Kalau kelas dia on weekdays, agak2 sempat ke mummy nak memecut dari Bangsar ke Shah Alam nun.. Kalau ok, mummy proceed je.. Kalau tak ok, next time insyaAllah ada lagi peluang tu kan..
Amin..