LIKE

Wednesday, January 30, 2013

Dilema Mummy: Nursery or Babysitter?


Dilema kebanyakan ibu yang bekerja adalah meninggalkan anak kepada orang lain untuk diasuh dengan baik. Samada perlu tinggalkan anak ke rumah pengasuh, taska atau maid kat rumah? Mana satu better? Sekarang mummy di dalam dilema. Memandangkan Aleesya pun dah besar.

Selama ni dia dijaga di rumah pengasuh dari umur dia 6 bulan lagi (sebelum tu nenek dia jaga). Setakat ni mummy puas hati la walaupun ada sikit2 kekurangan dia. Beberapa faktor yang buat mummy dalam dilema sekarang ni:
  1. Tahun ni Aleesya dah 3 tahun. Selama ni dia dok umah pengasuh sorang2. Setakat ada sorang dua budak je yg bertukar ganti. Tak pernah lagi biasakan dia dengan ramai2 budak. Tahun depan dah kena gi preschool. 
  2. Mummy nak kena keluar rumah seawal 6.30 pagi. Memandangkan opis hour mummy dah bertukar dari 9.00 pagi ke 8.30 pagi. 
  3. Anak Mummy kena pergi sekolah!
Tu la dia dilema mummy. Yang menjadi persoalan mummy:

Hantar Rumah pengasuh:
- Aleesya terjaga. Jarang kena penyakit (Alhamdulillah).
- Makan minum cukup. pengasuh dia tak lokek. Sayang dia lagi ada.
- Kalau amik lambat pengasuh tak kisah. Cuma mummy yang segan la.
- Masalah mummy nak hantar awal pagi.
- Sampai bila nak dok umah pengasuh? Aleesya kena gi school.

Hantar ke Taska:
- Aleesya dapat belajar dan berdikari serta bergaul dengan rakan2
- Boleh hantar awal.. Ambil lambat kena cas.
- Boleh ke anak i tu berkawan??
- Takut dia bergaduh.
- Takut menangis.
- Cikgu akan paksa dia makan tak?
 (Biasala..dah biasa pengasuh jaga..banyak yang risau...)

Maid jaga:
- Takutnya kalau maid jahat!! Argghhh!!
- Takut gak dia menggatal dengan laki i... 
- Dia dera anak i tak nanti?
- Mana nak cari maid sekarang? 
- I duduk rumah burung.. Tak seswai kot.. Bilik 3 je..
- No Privacy..

Hmmm.. Susahnyaaa... Tapi setelah difikirkan, mummy bercadang nak hantar anak ke Nursery minggu depan. Biar dia berdikari... Belajar... Haa anak.. Kamu jangan nakal2.. Dengar cakap cikgu nanti.. Keputusan muktamad mummy akan citer kat next post sekali dengan nursery apa. Dah lama mummy survey nursery ni.. Memandangkan dia ada tadika sekali bawah satu kampeni. Senang la mummy nanti. testimoni pon tunjuk parents yang hantar taska & tadika ni sume puashati. Bukan takde tadika yang branded ni.. Cuma jauh sikit dari rumah.. pastu area sini dorang takde daycare. Susah la kalau time cuti sekolah kannn..

So, jumaat ni baru mummy nak gi tengok taska tu. Harapnya ayah Aleesya pun setuju la ye. =)


0 comments: